DHIA POSITIF HAND MOUTH FOOT DISEASE (HMFD) SAKIT TANGAN MULUT KAKI

17:11

DHIA POSITIF HAND MOUTH FOOT DISEASE (HMFD) SAKIT TANGAN MULUT KAKI, terkejut mummy dapat berita ni dari doktor. Allahuakbar, tak tahu nak cakap mana perasaan bila anak di sahkan POSITIF HAND MOUTH FOOT DISEASE (HMFD) SAKIT TANGAN MULUT KAKI.


DHIA POSITIF HAND MOUTH FOOT DISEASE (HMFD) SAKIT TANGAN MULUT KAKI

DHIA POSITIF HAND MOUTH FOOT DISEASE (HMFD) SAKIT TANGAN MULUT

DHIA POSITIF HAND MOUTH FOOT DISEASE (HMFD) SAKIT TANGAN MULUT

DHIA POSITIF HAND MOUTH FOOT DISEASE (HMFD) SAKIT TANGAN MULUT



TANDA-TANDA HAND MOUTH FOOT DISEASE (HMFD) SAKIT TANGAN MULUT KAKI


3 Oktober 2016 Dhia dan Dzal dedua dah mula demam dengan suhu 38 - 39 darjah celcius. Mummy dah bawa bekal paracetamol siap-siap masa holiday ke Kelantan.

4 Oktober 2016 Dhia masih demam, Dzal pun sama. Mummy masih control dengan paracetamol. Pada malamnya, daddy dapati kaki Dhia berbintik, muka juga ada 2 bintik. 

Kami fikirkan demam campak, tanda-tandanya macam demam campak. Tapi, Dhia dah pernah kena demam campak.

5 Oktober 2016 demam Dhia dan Dzal dah reda. Tapi mummy tetap bawa ke Klinik Kerajaan di Klinik Kesihatan Kajang. Sebab merah-merah di kaki dah banyak.

"anak awak HMFD"...terkejut mummy. "Doktor, mulut dia masih ok. Betul ke HMFD?" Mummy masih tak percaya.

"Ya..keliling mulut dah keluar...confirmed HMFD", doktor sambung lagi.. "Tak ada ubat ye untuk sakit ini. Saya bagi krim tapi ada racun krim ini"


APA PERLU BUAT BILA POSITIF HAND MOUTH FOOT DISEASE (HMFD) SAKIT TANGAN MULUT KAKI ?


Balik dari klinik, nampak tangan, kaki dan mulut Dhia dah naik merah. Di bahagian bontot juga ada kesan merah.

Allahuakbar, mohon cepat sembuh, Dhia. Mummy tak tahu nak kuarantinkan macamana Dhia dan Dzal.

Dzal dah tak demam..tanda-tanda merah pun tak ada lagi. Harap-harap Dzal janganlah terkena HMFD.

DHIA POSITIF HAND MOUTH FOOT DISEASE (HMFD) SAKIT TANGAN MULUT
Krim sapu dari Klinik Kerajaan, Hand Sanitizer Spray beli kat kedai :)

Doktor India dari Klinik Kesihatan Kajang bagi tips untuk mandikan Dhia dengan air garam dan air kunyit. Untuk antiseptik dan bagi cepat kering gatal-gatal.

Baju, tuala dan lantai juga kami cuci dengan dettol setiap masa. Mainan dan bantal serta cadar juga kene cuci nampaknya ni.

Mummy dan daddy penat sedikit tak pe...demi mu anak-anak :). 

Mohon doa kalian juga ye. Doakan Dhia Batrisya Mohd Firdaus cepat sembuh.




You Might Also Like

3 comments

  1. Allahuakbar..semoga baik2 aje ye anak2 akak

    ReplyDelete
  2. in shaa Allah.. semoga baik baik saja nanti.. kalau boleh mandikan anak dengan epsom salt + lemon..

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab