Dhia sembuh HMFD, Dzal pula tak sihat

Dzal Aidi Fiqry Tak Sihat - Dua minggu sebelumnya, Dhia Batrisya HMFD. Jenuh juga nak menjaga anak HMFD, dari segi kebersihan, mandiannya, makanannya semua nak kene jaga rapi. Alhamdulillah kini baik dah HMFD Dhia Batrisya. Kene pun tak teruk. Mulutnya hanya keluar biji-biji di kelilingi mulut je. Belum tahap masuk dalam mulut. Syukur alhamdulillah. Juga berterima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan Dhia pulih. Moga anda yang mendoakan, di panjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik juga. Aamiin.

Alkisah selepas Dhia baik dari HMFD. Dzal Aidi Fiqry pula kene demam. Agak panas juga 38-39 darjah celcius suhu nya. Bila makan ubat reda panasnya. Tapi..beberapa jam kemudian. Naik balik.

Dah 3 hari demam tak kebah..mummy bawa ke Klinik Kesihatan Kajang. Sebenarnya..mummy prefer lagi ke Klinik Kesihatan ni. Sebab bayar RM1 je. Almaklumlahkan..ofis mummy tak ada cover on medical.

Tak pe lah...mummy yakin Klinik Kesihatan juga adalah pilihan yang terbaik.

Rekod Dhia HMFD pun ada di sana. Senang ada rujukan kan.

Dhia sembuh HMFD, Dzal pula tak sihat

Gigih mummy..lepas balik kerja. Siap-siap..lepas Maghrib terus ke Klinik Kesihatan Kajang. Klinik sini buka hingga 9 malam. Tak jauh dari rumah pun.

Doktor arahkan Dzal Aidi Fiqry untuk mengambil darah. Sebab demamnya dah 3 hari.

Allah kene ambil darah ke? Erm..ni yang mummy agak takut ni. Mau menangis lah dak Dzal ni (dalam hati berkata). Dah la mummy ke Klinik Kesihatan Kajang tanpa daddy. 

Buat masa ni daddy kerja 7 hari hingga malam. Paling lambat sampai ke rumah jam 12 tengah malam. Paling cepat pun 11 malam.

Nasib baik lah tok mak bebudak ni duduk dengan mummy. Isnin hingga Jumaat. Tapi..tok mak pun tak berapa sihat.

Terkejut mummy..Dzal langsung tak nangis ketika darahnya di ambil.

Sample darah tu terus di bawa ke makmal. Alhamdulillah darah Dzal Aidi Fiqry semua ok. Ada sedikit jangkitan virus. Tapi..masih boleh di kawal.

Buat masa ini...semua anak-anak mummy sihat. Syukur ! Korang.. doa yng baik-baik ye untuk anak-anak mummy. Tqqqq 

Minggu ni agak stress juga. Dengan hal kerja melambak. Campur pulak nak audit. Mummy pula pegang jawatan QMR (nak tahu apa..google sendiri lah  ye). Department sendiri pun akan kene audit juga.

Anak tak sihat lagi kan. Hal-hal lain.

Nak di jadikan cerita..mummy tak mahu stress mummy di tambah-tambah. Mummy keluar beberapa group Whatsapp. 

Ramai yang kurang faham bila sebut keluar group Whatsapp kan? 

Bagi mummy senang je. Tak tahu..jangan belagak nak buat-buat tahu.

Apa-apa group, jika ada ahli yang nak keluar ke. Nak left selama-lamanya ke.

Kita harus hormat keputusan orang lain. Janganlah kita jadi tukang tilik, tukang bakar dan tukang hasut.

Nauzubillah....peringatan kepada diri sendiri juga ni.
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com