Mendakap Masa Hadapan Pelancongan Halal

Percutian Islamik atau Pelancongan Halal di masa hadapan (akan datang) adalah pilihan pelancong masa kini. Mungkin ianya sesuatu yang mengejutkan. Yang sebenarnya, rakyat China bukan antara golongan yang paling ramai membelanjakan dalam pelancongan antarabangsa, tetapi orang Islam. 



Mendakap Masa Hadapan Pelancongan Halal



Mendakap Masa Hadapan Pelancongan Halal, Holiday, Travel, VietJet air, Melancong ke Vietnam


PELANCONGAN MUSLIM MENINGKAT

Ini bukanlah statistik yang mummy reka cipta ye. Ianya berdasarkan kaji selidik 2015 oleh Mastercard dan Crescent Rating, pasaran pelancongan Muslim mewakili lebih daripada $140 bilion pada tahun sebelumnya.

Kajian awal pada 2010 ke atas Pasaran Pelancongan Muslim menunjukkan bahawa pelancong Muslim berbelanja kira-kira $200 bilion pada 2020. Jemaah haji ke Arab Saudi sahaja menyumbang kira-kira $16 bilion dalam nilai keseluruhan semasa sektor itu.


Mendakap Masa Hadapan Pelancongan Halal, Holiday, Travel, VietJet air, Melancong ke Vietnam


Sebagaimana Asia Tenggara menetapkan tahap peningkatan bagi perjalanan udara berjarak jauh, tambang murah, mungkin kini lebih relevan berbanding sebelum ini. Bagi syarikat penerbangan, syarikat ini mula memenuhi keperluan populasi pelancong yang terus tumbuh di dalam rantau ini.


Mendakap Masa Hadapan Pelancongan Halal, Holiday, Travel, VietJet air, Melancong ke Vietnam

Mendakap Masa Hadapan Pelancongan Halal, Travel, Holiday, Vietnam, Vietjet Air


MELANCONG DAN TERBANG BERSAMA VIETJET AIR 

Baharu sahaja melangkah masuk ke pasaran Malaysia, VietJet telah mula memenuhi keperluan-keperluan segmen pasaran khusus ini dengan menyediakan pilihan makanan dan minuman yang bersesuaian bagi pelancong Muslim. Apatah lagi, negara-negara Asia Tenggara menyumbang kepada kira-kira 10% perbelanjaan keseluruhan pelancong Muslim, menurut satu kajian baru-baru ini.

Dikenali dengan bilangan penerbangan yang fleksibel serta perkhidmatan yang inovatif, menyeronokkan dan mesra. VietJet telah memenangi hati pelancong dengan perkhidmatan dalam penerbangan yang inklusif dan menyeluruh, untuk muncul sebagai satu daripada syarikat penerbangan pilihan utama di rantau ini.

Mendakap Masa Hadapan Pelancongan Halal, Holiday, Travel, VietJet air, Melancong ke Vietnam

Syarikat penerbangan VietJet memenuhi keperluan pelancong Muslim dengan menyediakan opsyen menu Halal pada beberapa juadah utamanya. Menawarkan lebih daripada 20 pilihan juadah dan minuman termasuk makanan panas, makanan ringan dan mi segera, menu dalam penerbangan VietJet. Ianya merangkumi makanan kegemaran tempatan seperti Nasi Lemak, yang Halal. Syarikat penerbangan ini juga memenuhi keperluan mereka yang mahu makanan khas seperti opsyen makanan berkalori rendah dan vegetarian. 

Komited untuk menyediakan pengalaman penerbangan unik kepada penumpangnya, VietJet telah berjaya menarik perhatian ramai dengan idea-idea di luar kotak. Ini termasuk persembahan tarian, pesawat dihias penuh dengan bunga ros, penampilan istimewa selebriti, penerbangan percuma atau hadiah pada Krisma dan banyak lagi. Ini adalah beberapa daripada banyak cara di mana syarikat penerbangan ini terus menggabungkan keseronokan dan spontan ke dalam perjalanan udara.

Dengan laluan utama VietJet dari Kuala Lumpur (KLIA) ke Ho Chi Minh City dilancarkan awal tahun ini, VietJet pastinya telah melakar satu pencapaian baharu di dalam perjalanan udara dan memisahkan dirinya daripada penerbangan tambang murah antarabangsa lain dengan memenuhi kehendak pasaran pelancongan Halal yang pesat pertumbuhannya.

Jika anda mahu menjadi sebahagian daripada pengalaman perjalanan VietJet yang seronok dan inovatif, jangan lupa muat turun app vietjet. Atau lawati :
Website VietJet: www.vietjetair.com atau www.m.vietjetair.com (mobil)
Pusat panggilan 24/7 : (+603) 2730 9887 

sumber gambar : www.vietjetair.com
3 comments on "Mendakap Masa Hadapan Pelancongan Halal"
  1. Jom Linda!!!kita fly ho chi minh

    ReplyDelete
  2. salam jumaat mummy....
    wah!sati pencapaian yang bagus...
    lepas nie senang la nak fly..fly... :)

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya ada flight baru yea...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com