Neelofa dan Fattah Amin Dalam Suri Hati Mr Pilot

Drama Suri Hati Mr Pilot - Lepas drama bersiri Abang Bomba I Love You tamat dia ASTRO RIA dan RIA HD. Drama Suri Hati Mr Pilot pula akan muncul. Drama Suri Hati Mr Pilot merupakan novel yang di adaptasi dari karya novelis Dyla Dyna. Mummy peinat Neelofa...sebab tu cerita Suri Hati Mr Pilot belum start. Mummy dah terlebih excited ! 


Neelofa dan Fattah Amin Dalam Suri Hati Mr Pilot


Pelakon utama Drama Suri Hati Mr Pilot ialah Fattah Amin dan Neelofa. Neelofar ni memang mummy minat sangat lakonannya. Fuh.. Melekat lagi lah mummy depan TV. hehehehe


Neelofa dan Fattah Amin Dalam Suri Hati Mr Pilot


Drama Suri Hati Mr Pilot diarah oleh pengarah Michael Ang. Diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd.

Ish....Tak sabar pula rasanya mummy nak tonton 10 Oktober nanti Drama Suri Hati Mr Pilot.

Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot


Baca sinopsis drama ni pun macam dah teruja je.

Sinopsis tentang drama ini : Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad!

“Ejaz nak kahwin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus bernikah aje!”

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. 

Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

“Layakkah aku menjadi suri hati buatnya?” 

Dah nampak menarik,kan ! 


WATAK PELAKON DALAM DRAMA SURI HATI MR. PILOT

Fattah Amin sebagai Ejaz
Neelofa sebagai Warda
Eleena sebagai Inara
Mas Khan sebagai Daniel
Alvin Chong sebagai Johan



TENTANG SURI HATI MR. PILOT

JUDUL : SURI HATI MR. PILOT
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 10 Oktober 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis / 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd

PELAKON : Fattah Amin, Neelofa, Eleena, Alvin Chong, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren.

Pelakonnya pun hebat...memang mummy yakin cerita ni boleh jadi top !

10 Oktober ni akan di siarkn. 10 Oktober juga merupakan hari jadi suami tercinta..memang terbaik 10.10 ni.





3 comments on "Neelofa dan Fattah Amin Dalam Suri Hati Mr Pilot"
  1. Oh! belum lagi rupanya.
    Patut lerrrr... tunggu takde
    Suka jugak nih!

    ReplyDelete
  2. salam mummy....
    kalau tgk iklan macam best...
    next week baru start...

    ReplyDelete
  3. kita pun tertunggu2 jugak cita ni mummy!
    ok mggu dpn bertapa dpn tv. harap x lupa =P

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com