SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP DRAMA TV3

Drama trending Patahnya Sebelah Sayap -   Sorry ye..mummy memang minah drama. Hehehe. Redha je daddy.. tengok mummy dok fefeling bila tonton drama. Drama yang sedang mummy layan. Drama trending Patahnya Sebelah Sayap mula bersiaran pada 20 September...setiap Isnin hingga Rabu di TV3. Antara pelakon yang membintangi  Aeril Zafrel sebagai Khuzairi, Izzue Islam sebagai Amzar dan Ummi Nazeera sebagai Alisha.



SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Jom tengok sinopsis drama ni. 

Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. 

Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. 

Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar


INFO DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Pengarah: Ayie Mustafa
Terbitan: Creative Skill Solution
Tarikh: 20 September 2016
Jumlah episod: 15
Lagu tema: Hancur - Estranged ft Fazura

Kalau belum terjebak dengan Drama trending Patahnya Sebelah Sayap . Ada baiknya jangan tengok. Kang tak memasal..tak leh tinggal hehehe

Ok lah..mummy nak pi layan drama ni...hehehe



3 comments on "SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP DRAMA TV3"
  1. kiteorang satu family dok tunggu citer ni..hihi

    ReplyDelete
  2. salam singgah jumaat...
    kakak nieyl dengan asben dia pun layan drama nie...
    kata dia best...

    ReplyDelete
  3. Cerita ni memang kami follow dari awal sampai akhir episod

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com