Video Web FIlem "I Am Muniandy" Dari Petronas Sempena Perayaan Deepavali

Sambutan Deepavali akan dirayakan oleh penganut agama Hindu pada hari esok iaitu 29 Oktober 2016. Deepavali merupakan antara perayaan terbesar di Malaysia juga selain perayaan Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Natal, Raya Aidiladha dan lain-lain.

Juga merupakan hari cuti umum. Bab cuti umum ni paling ramai suka.Termasuklah mummy sendiri. hehehe


Video Web FIlem "I Am Muniandy" Dari Petronas Sempena Perayaan Deepavali


Video Web Filem "I Am Muniandy" Dari Petronas Sempena Perayaan Deepavali 


Sempena perayaan Deepavali ini, mummy terharu saksikan video Web Filem dari Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang bertajuk "I am Muniandy". Mesej yang di sampaikan dalam video berdurasi 3 minit 16 saat itu membuatkan mummy rasa bangga dan terharu.


I Am Muniandy dan Sahabat


Pada awalnya, mummy dapat melihat dan perspektif sikap orang ramai yang memandang negatif luaran seseorang. Hakikatnya, Muniandy dan rakannya mahu membuat kebajikan di rumah orang tua. Betul kata pepatah English, "Dont Judge Book By Its Cover'.

Dalam menyambut perayaan Deepavali, warga Malaysia sepatutnya saling peka dan hormat menghormati perbezaan dan meraikan persamaan di antara kita. 

Festival cahaya ini bertujuan sebagai peringatan untuk memupuk semangat kita lebih bertimbang rasa terhadap orang lain. 

Semoga cahaya ini, menyinari sanubari dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individu dan warga Malaysia. 

Keharmonian yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman dan sifat bertimbang rasa yang tinggi. 

Video I Am Muniandy di Youtube



Di sini, mummy mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada semua penganut agama Hindu dan selamat bercuti pada yang bercuti.
5 comments on "Video Web FIlem "I Am Muniandy" Dari Petronas Sempena Perayaan Deepavali "

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com