XIGDUO™XR RAWATAN UNTUK DIABETES JENIS 2 (Type2Diabetes Millitus) T2DM

Rawatan Diabetes jenis 2? Eh..Eh.. ada berapa banyak jenis Diabetes ni, ye? Mummy pun baru tahu. Ada beberapa jenis Diabetes. Jom, kita gali ilmu tentang Diabetes jenis 2 (Type_2_Diabetes Millitus) T2DM.

" Susah kalau dah bergantung insulin ini, tak boleh skip "

"Makan pun kene jaga sekarang. Pilihan beras perang atau beras rebus"

"Orang Diabetes ini, bila buat operation. Lambat baik, lama kene tahan dalam wad"

"Baru-baru ini pergi interview kerja dan buat saringan kesihatan. Oleh kerana ujian air kencing di dapati ada Diabetes jenis 2. Permohonan kerja saya di tolak.

Keluhan sahabat baik mummy yang sedang mengalami Diabetes jenis dua. Kini, kehidupannya tak seperti dulu. Makanan dan minuman kena jaga, salah makan boleh membahayakan kesihatan.

Hidupnya juga lebih bergantung pada banyak ubat-ubatan. Sampai satu tahap beliau rasa tak lalu nak makan ubat yang banyak.

Diabetes jenis 2 ini boleh di katakan tahap kritikal juga. Perlu penjagaan dan rawatan yang rapi.


Sumber : SINI

JENIS DIABETES


Sebenarnya Diabetes ini ada 3 jenis. Diabetes Jenis 1, Diabetes Jenis 2 dan Diabetes Jenis 3 yang di kenali juga sebagai Gestational Diabetes yang biasanya di hidapi oleh ibu mangandung sahaja.

1. DIABETES JENIS 1

Apakah Diabetes Jenis 1? Diabetes Jenis 1 di kenali sebagai “Insulin Dependent Diabetes Mellitus” bergantung pada Insulin.

Pesakit yang sedang menghidapi diabetes jenis 1, mereka ini mempunyai masalah tubuh badan menghasilkan insulin.

Mereka perlu mengambil suntikan insulin untuk sepanjang hidup mereka. Mereka juga perlu memastikan tahap darah glukosa yang betul dengan menjalankan ujian darah biasa dan mengikuti diet khas.

2. DIABETES JENIS 2

Diabetes Jenis 2 (Type_2-Diabetes Mellitus) T2DM. Lebih kurang 90% diabetes adalah di kategorikan sebagai Diabetes Jenis 2 (Type_2_Diabetes Mellitus) T2DM

Diabetes Jenis 2 (Type_2_Diabetes Mellitus T2DM) disebabkan 'disorder carbohydrate (sugar)' metabolism atau juga dipanggil 'non-insulin dependant diabetes meillitus'.

Penyakit ini dibahagikan kepada 'hyperglycemia' (gula dalam darah) dan 'glycouria' (gula dalam air kencing). Keadaan ini berlaku disebabkan kekurangan pengeluaran insulin dalam badan.

Biasanya terjadi sejajar dengan peningkatan usia, penambahan berat badan atau obesiti, keturunan atau genetik dan juga gaya hidup yang kurang aktif. Biasanya diabetes jenis ini tidak memerlukan suntikan insulin tetapi perlu dikawal dan pemakanan perlu dijaga.

3. GESTATIONAL DIABETES (HAMIL)

Jenis ini memberi kesan kepada wanita semasa hamil. Ada wanita yang mempunyai tahap yang sangat tinggi glukosa dalam darah mereka dan badan-badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk mengangkut semua glukosa ke dalam sel-sel mereka menyebabkan tahap progresif kenaikan glukosa.

Diagnosis dibuat semasa mengandung. Kebanyakan pesakit boleh mengawal diabetes mereka dengan senaman dan diet.


RAWATAN DIABETES JENIS 2 (Type 2 Diabetes Mellitus) T2DM





Perunding Senior Endokrinologi, Prof Dr. Chan Siew Pheng mengatakan berdasarkan dari National Health Morbidity Survey, Diabetes Jenis 2 (Type_2_Diabetes Mellitus) T2DM menyerang kira-kira 3.5 juta rakyat Malaysia. Ia merupakan satu penyakit yang semakin lazim dan kian meningkat dalam kalangan masyarakat (peningkatan dari 2.6 juta berbanding 2011).

Menurut Professor Dr. Chan Siew Pheng, Pendekatan pelbagai cara diperlukan dalam pengurusan Diabetes'. Ini termasuklah :-

· Ubah gaya hidup
· Kerap membuat aktiviti fizikal seperti bersenam.
· Melakukan diet berkhasiat
· Kombinasi ubat oral bagi mendapatkan kawalan glisemik ideal, di mana dos serta/atau jenis ubat disesuaikan mengikut tempoh rawatan.
· Rawatan konvensional pula bukan rawatan paling efektif kerana diabetes adalah penyakit kompleks yang berkaitan dengan kesihatan lain seperti obesiti, jantung dan darah tinggi.


Ini bagi mengelakkan penularan dan perkembangan penyakit berkaitan kardiovaskular.

Professor Mark E. Cooper, Timbalan Direktor dan Ketua Pegawai Saintifik, Institut Jantung & Diabetes Baker IDI, Australia berkata, “Cabaran utama bagi kebanyakan pesakit Diabetes Jenis 2 adalah bagi mengawal tahap glukos dalam darah"

Namun, hanya sebahagian daripada pesakit berjaya dalam mendapatkan target HbA1c mereka.

Ini kerana, kebanyakan mereka tidak komplian terhadap rawatan, terutamanya dalam kalangan mereka yang mengambil pelbagai ubatan dalam dos yang kerap setiap hari.

Dengan pengenalan terapi kombinasi sekali sehari seperti xigduo™ XR, pesakit memperoleh cara yang lebih mudah untuk mengawal penyakit ini.

"Dalam sebuah kajian yang melibatkan 600 pesakit diabetes, dapat menunjukkan hanya 16.6% pesakit mengikuti rawatan diabetes yang diperskripsi, menunjukkan pengurangan dalam permintaan ubatan harian.

Tambah Prof Dr. Mark Copper. Ramai pesakit Diabetes menjadi kritikal kerana tidak berdisplin dalam pengambilan ubat-ubatan.

Kini, terdapat rawatan untuk Diabetes Jenis 2 yang mudah di ambil – xigduo™ XR


RAWATAN KOMBINASI DIABETES JENIS 2 XIGDUO™XR SEKALI SEHARI KINI DI MALAYSIA


· Gabungan dapagliflozin dan Metformin sebagai rawatan bagi kawalan awal glisemik.

· Dos kombinasi tetap pertama SGLT2 (FDC) di Malaysia, mengurangkan 2% Hba1c disamping penambahbaikan bagi risiko penyakit kardiovaskular.

APAKAH ITU RAWATAN DIABETES JENIS 2 XIGDUO™XR SEKALI SEHARI KINI DI MALAYSIA?

Ubat kombinasi baru, tablet xigduo™ XR (dapagliflozin+Metformin XR) sekali sehari.

Menggabungkan dua agen anti-hiperglisemik, dapagliflozin dan Metformin, xigduo™ XR membantu dalam mengurangkan tahap glukos dalam darah serta mempromosi kawalan awal glisemik bagi pesakit Diabetes Jenis 2 di Malaysia. 

Dapagliflozin merupakan perencat Sodium-glucose co-transporter 2 (SGLT2) dengan data keberkesanan. Ianya berfungsi bagi mengelakkan glukos daripada diserap kedalam buah pinggang serta mengeluarkan glukos daripada tubuh badan melalui air kencing.

Manakala, Metformin sering digunakan sebagai rawatan pertama bagi Diabetes Jenis 2 bagi mengurangkan produksi glukos di dalam hati serta mengelakkan penyerapan kembali glukos ke dalam usus perut dan memperbaiki kadar sensitiviti insulin.

Di dalam xigduo™ XR, formula lepasan berpanjangan Metformin membolehkan dos sekali sehari yang sekaligus mengurangkan kesan lazim usus gastro seperti cirit-birit, rasa loya dan sakit perut yang sering dikaitkan dengan kesan Metformin.

Gabungan ni membantu dalam mengurangkan HbA1c sebanyak 2%, disamping turut membantu dalam mengurangkan berat badan serta tekanan darah. 

Ini sekaligus dapat membantu merawat faktor risiko dalam pembentukan isu kardiovaskular dalam kalangan pesakit diabetes.

Merupakan satu gangguan kronik metabolik, Diabetes Jenis 2 dikategorikan dengan kehadiran kandungan tinggi glukos dalam arah melalui ketidakupayaan tubuh badan dalam menghasilkan atau menggunakan insulin.

Kajian The Second Burden of Disease Study for Malaysia juga meletakkan Diabetes sebagai satu faktor penyumbang dalam pengubahsuaian tahun kehidupan (DALY) serta kematian di Malaysia.

Dalam kajian peringkat awal, di mana pesakit dengan pengambilan ubatan dua-tiga kali sehari lebih cenderung untuk tidak mengambil ubatan apabila dibandingkan dengan mereka yang mengambil dos sekali sehari. 

Ini jelas menunjukkan keperluan bagi mengurangkan dos harian untuk memperbaiki komplian pesakit

Pelancaran xigduo™ XR di Malaysia ini merupakan satu langkah proaktif dalam memberikan yang terbaik kepada mereka yang terjejas dengan penyakit ini. ni menunjukkan usaha dalam menghasilkan penyelesaian pengurusan yang inovatif dan efektif bagi penyakit kronik seperti Diabetes.

Marilah kita merawat sebelum melarat. Kunjungi pakar perubatan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai xigduo™ XR. Sesungguhnya setiap penyakit ada jalan untuk di ubati.
5 comments on "XIGDUO™XR RAWATAN UNTUK DIABETES JENIS 2 (Type2Diabetes Millitus) T2DM"
  1. Pernah kena diabetis masa ngandung...sbb suka minum manis masa ngandung...mmg serik dah...terus jaga makan utk next pregnancy..bagus ada ikhtiar perawatan penyakit kencing manis..

    ReplyDelete
  2. Dah baca ni baru Sha tahu yang abah ada diabetes jenis 2. Boleh dipertimbangkan beli xigduo untuk abah :)

    ReplyDelete
  3. baru tahu diabetes ada macam-macam jenis. nice sharing kak.. :)

    ReplyDelete
  4. ternyata diabetes ada bermacam jenis .......

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com