JUS QALBI AL-EHSAN DI MAHA 2016 BOOTH D18, HALL C MAEPS, SERDANG SELANGOR

1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? Ha...jeng..jeng..jeng. Mummy pun tak akan lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor. Dengarnya macam-macam yang menarik di sana.


JUS QALBI AL-EHSAN DI MAHA 2016 BOOTH D18, HALL C MAEPS, SERDANG SELANGOR



Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.



Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.


APA YANG MENARIK BOOTH D18, HALL C (International Hall) MAEPS, SERDANG SELANGOR?

Ha..antara yang menarik di Booth D18, Hall C MAEPS SERDANG ialah jualan murah lah kan. selain itu juga:-



👉Mummy nak belikan Jus Qalbi Al-Ehsan untuk mak abah yang nak ke umrah minggu depan. Sayang mak abah, kita hadiahkan buat mereka sebotol satu Jus Al Ehsan. Alhamdulillah mereka dah pekena sebotol, nampak efeknya.

👉Semasa program MAHA 2016 ini berlangsung. Ada harga istimewa potongan DISKAUN sehingga RM73. Banyak tu RM73. Rugi tak grab !



👉Dan, selain itu ada banyak VOUCHER potongan diskaun untuk pembelian lain. Jangan lupa tunjukkan voucher-voucher di bawah ini untuk dapatkan potongan diskaun yangvhebat, ye?



JUS QALBI AL-EHSAN DI MAHA 2016 BOOTH D18, HALL C MAEPS, SERDANG SELANGOR

JUS QALBI AL-EHSAN DI MAHA 2016 BOOTH D18, HALL C MAEPS, SERDANG SELANGOR


JUS QALBI AL-EHSAN DI MAHA 2016 BOOTH D18, HALL C MAEPS, SERDANG SELANGOR


KENAPA PERLU JUS QALBI AL-EHSAN?


Dalam entri yang lepas (boleh baca di SINI), mummy ada story mory berkenaan kelebihan dan kebaikan Jus Qalbi Al-Ehsan.


FAKTA !!! SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA KENA SERANGAN JANTUNG DAN STR0K




KOLESTEROL tinggi memang masalah yang amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari.. Ingat, orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolesterol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka..

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI



🔹Sering berasa kebas-kebas pada kaki.

🔹Timbul bintik-bintik putih (biji kolesterol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.

🔹Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.

🔹Sering berasa sakit kepala.

🔹Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

🔹Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

🔹Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. 



Ini menunjukkan kadar kolestro terlampau tinggi. Jadi, jika ada mempunyai tanda-tanda seperti inj. Jom cepat lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. Sebaiknya lakukan lab Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Kawal KOLESTEROL... baru sihat!


Jangan lupa melawat booth dan tunjukkan VOUCHER dari blog mummy ini, ye. 




JUS QALBI AL-EHSAN DI MAHA 2016 BOOTH D18, HALL C MAEPS, SERDANG SELANGOR

Booth Jus Qalbi Al-Ehsan di D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.


Keterangan lanjut boleh layari atau hubungi :


Telefon / Whatsapp : 018-373 9021 / 017-730 0366 / 012-6460421

SONOVISION KELANA JAYA, 2D SCAN ULTRASOUND PERCUMA PADA AWAL KEHAMILAN

Sonovision menawarkan scan ultrasound PERCUMA untuk awal kehamilan. Menarik tak, bila dapat scan ultrasound PERCUMA? Mummy teringat zaman mengandungkan Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry. Tak ada scan ultrasound percuma masa tu. Melainkan scan ultrasound di Klinik Kerajaan je lah kan boleh dapat PERCUMA. Cumanya, kalau scan ultrasound di Klinik Kerajaan, awal kehamilan tak nampak apa pun sangat, ukur pajang lebar pun semua tak dapat. Dan ada setengah KK tak buat scan ultrasound ini. Beza pula dengan Sonovision Ultrasound ini. Awal kehamilan pun boleh nampak ! PERCUMA untuk awal kehamilan lak, tu !

Sonovision Scan Ultrasound, Sonographer Jezzlyn


Mummy dan Jezzlyn

Sebab tu dulu kala, mummy suka pi buat scan ultrasound dengan Sonographer, Jezzlyn. Dedua anak kami, buat scan ultrasound dengan Sonographer Jezzlyn. Siapa Jezzlyn? Jezzlyn ialah Sonographer dan beliau sebenarnya adalah pemilik Sonovision Ultrasound. 


PENGALAMAN KE SONOVISON UNTUK SCAN ULTRASOUND PERCUMA



Sonovision terletak di Plaza Kelana Jaya berdekatan juga dengan kompleks latihan MAS (Malaysia Airlines, Kelana Jaya). Tempat meletakkan kereta pun ada di sediakan.



Sonovision berikan perkhidmatan PERCUMA untuk scan ultrasound bagi usia kandungan  5 hingga 10 minggu.



Sessi perjumpaan pertama ini di panggil sebagai "Dating Scan"


Walaupun scan pada usia awal kehamilan 5 hingga 10 minggu. Mummy masih lagi teruja ! Dah anak masuk 3 orang pun teruja,ke?

AZLINDA ALIN MENGANDUNG?



Eh, mummy mengandung ke? Ops...pecah tembelang di sini ya ! Tak boleh simpan rahsia betul, lah mummy ni kan?



Oleh kerana, entri blog mummy ini lebih pada parenting. Tak syiok la kan. Kalau  mummy tak share bab SCAN ULTRASOUND PERCUMA ni. 



Mummy nak semua pembaca blog mummy boleh dapatkan scan ultrasound percuma di Sonovision untuk tempoh kehamilan 5 hingga 10 minggu ini.



Berbalik pada kes mummy mengandung, ke?



Ya..mummy mengandung anak nombor 3 sekarang. Alhamdulillah ..syukur. (Mohon doa baik-baik untuk kami dan anak dalam kandungan ini supaya sihat walafiat ya) 



Surprise sangat tau kali ini. Mummy terkejut bila dapat tahu sedang mengandung.



Ye lah kan, mummy kan ambil perancang keluarga. Tapinya, tak displin. Maka...jeng..jeng..jeng lah jawabnya hehehehe.



Macamana dapat tahu mengandung?



Ada satu hari tu, terasa nak beli preganancy test. Sebab badan asyik tak sihat je. Baju dan seluar pun dah macam sendat balut buah nangka je,kan. Tapi, sebelum tu minta permission daddy dulu. Once, setuju..mummy pun beli pregnancy test dan buat ujian air kencing sendiri.






Ya Allah..positif ! Terus whatsapp asben laju-laju dalam toilet tu juga. Nak buat cemana katanya, dah rezeki kan. 

Lepas dapat tahu, terus ke Klinik Kesihatan Kajang untuk check up. Senang buka buku terus.

Bila nurse tanya, bila last period. Mummy tak ada jawapan sebab, mummy yakin tak akan mengandung. Huhu..jadi tak rekod bila last period. Dan, tak tahu lah berapa usia kehamilan mummy masa itu. Scan pun, tak nampak apa lagi.



Tak puas hati lagi...pergi pula cari pregnancy test digital. Maksimum 3+, tapi dalam kertas tu bagi tahu kandungan mungkin dalam 5 minggu.



SCAN ULTRASOUND DI SONOVISION KELANA JAYA




Penting bab EDD due date bersalin. Jadi, kami terus bookong appointment dengan Jezzlyn, untuk dating 2D scan ultrasound PERCUMA ni.




Setelah Jezzlyn buat scan ultrasound, alhamdulillah dapat EDD anak kami nombor 3. Iaitu pada 9 Julai 2017 Insyaalah. Oleh kerana mummy bersalin secara ceaserian. Kemungkinan tarikh bersalin awal 2 -3 minggu. Samada beberapa hari sebelum raya atau sedang raya Aidilfitri.



Scan Ultrasound ini seronok sangat. Seronok sebab dapat melihat wajah kesayangan kita ketika mereka dalam perut. Walaupun panjangnya baru 1.33cm ketika usianya 7 minggu 4 hari (2D scan ultrasound pada 24 November 2016) Comel je dengar heartbeat nya pada bacaan 153. Jezzlyn beritahu, semuanya berada dalam keadaan normal. 




Alhamdulillah !

Ish..geram dan tak sabar untuk next scan ultrasound !! 

Anak nombor satu dan dua dulu, segala jenis scan ultrasound 2D, 3D, 4D mummy buat dulu. Cumanya, dulu tak ada scan ultrasound 5D, sekarang dah ada...issh...teruja pula nak buat scan ultrasound 5D ini.



Scan ultrasound 5D ini hanya ada di Sonovision. Canggih betul Sonovision ultrasound ini, kan?

BAGAIMANA NAK BOOKING DENGAN SONOVISION PREGNANCY ULTRASOUND?


Langkah-langkah booking scan ultrasound dengan Sonovision :-

1) Like Facebook : 5D scan Sonovision https://www.facebook.com/SonovisionUltrasound/
2) Klik "Make Online Booking"
3) Pilih Sonographer professional / trainer / 5D scan
4) Isikan tarikh dan masa temujanji
5) Isi butiran yang dikehendaki
6) Tekan butang "Make Appointment"
7) Hadirkan diri temujanji dan selamat berdating dengan baby :)

Booking ini un PERCUMA je. Tak perlu bayar.

Selanjutnya boleh layari:



Sonovison Ultrasound
H01-2, Plaza Kelana Jaya
Jalan SS7/13 47301 Petaling Jaya Selangor
Email : sonovisionultrasound@gmail.com
03-74503183

Waze : TKM Blades Malaysia Plaza Kelana Jaya



PAGEVIEW BLOGSPOT AZLINDA ALIN PALING TINGGI BULAN INI

PAGEVIEW BLOGSPOT AZLINDA ALIN PALING TINGGI BULAN INI - Baru-baru ini blog di landa masalah, tak boleh klik "read more" . Tak tahu nak selesaikan lagu mana lagi. Tak ada solusi. Pakar-pakar blog pun tak ada idea dengan amsalah ini, Mummy mula risau. Takut orang tak sudi baca dah blog kita. Dan bila mummy cek pageview blogspot. Alhamdulillah luar biasa pula pageview pada 25 November 2016. Antara paling tinggi dalam bulan Disember ini. Syukur, masih ada pembaca setia Azlinda Alin

PAGEVIEW BLOGSPOT AZLINDA ALIN PALING TINGGI BULAN INI


PAGEVIEW BLOGSPOT AZLINDA ALIN PALING TINGGI BULAN INI

Mungkin bagi otai-otai blogger pageview blogspot sebanyak 7,908 ini tak berapa tinggi. Tapi, bagi mummy syukur alhamdulillah dapat merasa pageview tinggi sebanyak ini.

Keywords apa yang hangat kat blog mummy? Nanti mummy share next entry ok. 

PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN X JAM TANGAN LISAS FGHENDS

Jeng..jeng..jeng.. Nak tahu tak siapa pemenang Giveaway Azlinda Alin x Jam Tangan Lisa Suri Hani - Lisa's Fghends


Terlebih dahulu, mummy nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang sudi memeriahkan giveaway mummy.

Dan..tahniah pada yang memenangi jam tangan Lisa's FGhends.

PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN X JAM TANGAN LISAS FGHENDS


PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN X JAM TANGAN LISAS FGHENDS

Pemenangnya jatuh pada no.51, 60 dan 17. Yeayyyy !!!!




Mohon emailkan nama penuh, alamat dan no telefon ke nurazlindaazman@gmail.com ye :)

Cerai Susu / Wean Off Breastfeeding

Akhirnya berjaya dah cerai susu / Wean Off Breastfeeding untuk Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry. Sedih juga lah nak cerai susu / Wean Off ni. Dan...sebenarnya banyak kali cuba juga untuk cerai susu / Wean Off. Tapi, tak berjaya. Alhamdulillah kali ini berjaya dengan 1 kali je cubaan berjaya dah cerai susu / Wean Off Breastfeeding. Mungkin dah sampai masanya kot ! 

Cerai Susu / Wean Off Breastfeeding


Wean off breastfeeding


Lagipun, dulu kala mummy pernah bercakap sendiri. "nak cukupkan Dzal Aidi Fiqry ni menyusu selama 2 tahun 6 bulan". Apa yang kita pernah terfikir tu sebenarnya satu doa. Ngam ngam hampir umurnya 2 tahun 6 bulan. Terus Dzal Aidi Fiqry cerai susu / Wean Off dari mummy.

Manakala Dhia Batrisya, mummy sering lafazkan. Susahnya nak cerai susu / Wean Off Dhia Batrisya. Sebab, bila dia nampak adiknya menyusu. Dhia pun nak. "Erm..cerai susu / Wean Off sekali lah nanti"

Dok lafaz benda tu je kan...Dah jadi satu doa juga. Allah kena hati-hati jika nak lafazkan sesuatu lepas ni.

Wean off breastfeeding


Dhia Batrisya cerai susu / Wean Off pada umurnya 3 tahun 8 bulan. Mak aiiii..lama nau ko tumpang susu adik ko hehehe.


Sedih dah cerai susu / Wean Off Breastfeeding


Sedih tau cerai susu / Wean Off ni. Ye lah kan..selalu dok baring sesama sambil menyusukan anak-anak. Bonding time lebih dari suami hehehehe

Sekarang ni, dorang dah kurang baring dengan mummy. 

Dzal pula, tiap kali tidur..nak daddy. Sedih juga. Tapi, nak buat macamana kan.. Sampai bila nak menyusu badan.

Alhamdulillah selesai satu amanah dari Allah s.w.t untuk menyusukan anak. Insyaallah harapnya, next baby dapat fully breastfeed juga.


Tip Cerai Susu / Wean Off Breastfeeding


Hari tu, mummy ada tulis di wall facebook tentang hal ini. Ada yang tanya apa tip dah cerai susu / Wean Off Breastfeeding.

Mudah je, letakkan asam jawa banyak-banyak. Dzal Aidi Fiqry dan nampak bau dan rasa lain. Terus sejak tu tak mau dah. Dhia Batrisya siap lapkan asam jawa tu, nasib baik letak banyak. Rasa asam jawa tak hilang.

MUMSLUV BANGI GATEAWAY SALES GILA GILA UP TO 70%

Semalam mummy anak beranak ke Mumsluv Bangi Gateway untuk perasmian Mumsluv Private Launching. Mumsluv Bangi Gateway menawarkan diskaun hebat gila-gila sehingga 70% potongan barangan butiknya.

Nak ke butik Mumsluv ni mudah sangat. Sebab dia di Bangi Gateway sebelah Teh Tarik. Guna waze pun boleh. Parking pula, nak mudah boleh terus ke basement.  

MUMSLUV BANGI GATEAWAY SALES GILA GILA UP TO 70%


MUMSLUV BANGI GATEAWAY SALES GILA GILA UP TO 70%


Combo price deal dari RM120 boleh dapat beberapa set pakaian ni tau.



Baju Kurung dan jubah dress juga offer pada harga RM180 untuk 2 pasang. Murah, kan? Corak pun sangat lawa. Sesuai untuk anak dara, wanita, mak mak yang sedang menyusu anak atau mengandung juga.

Apa yang best, ianya juga wudhu friendly.

Blouse pula selepas harga dari RM50. Menarik tentang blouse ini ianya boleh diselk dan tarik. memudahkan ibu untuk menyusukan anak. Fabriknnya juga tidak mudah kedut dan mudah di gosok. 


MUMSLUV SALES 26 NOVEMBER 2016 HINGGA 4 DISEMBER 2016


Ada yang tahu tentang sales di Mumsluv, tak?

Mumsluv mengadakan sales gila-gila pada potongan sehingga 70% dari tarikh 26 November 2016 hingga 4 Disember 2016. 

Jadi, bagi yang berminat nak dapatkan harga murah baju nursing, maternity dan wudhu friendly keluaran Mumsluv. Boleh plan tarikh dah, ye.

MUMSLUV PRIVATE LAUNCHING 






Mumsluv private launching sangat meriah. Ada ucpaan dari 2 orang founder Mumsluv, aktiviti kanak-kanak, makan-makan dan clearance (harga dari RM15)

FOUNDER MUMSLUV

MUMSLUV BANGI GATEAWAY SALES GILA GILA UP TO 70%

Sempat mummy berkenalan dengan salah seorang founder Mumsluv Puan Aida Fazlin yang merupakan Director Mumsluv Sdn. Bhd. dan Alfan Network Sdn. Bhd. dari tahun 2012. 

Puan Aida membuka perniagaan ini bersama-sama dengan suaminya. 

MUMSLUV BANGI GATEAWAY SALES GILA GILA UP TO 70%

Okey...mummy dah jumpa jubah dress idaman. Pink lagi nampaknya hehehe. 

Eh..sebenarnya jubah pink tak ada lagi dalam koleksi mummy. Pilihan yang tepat gak lah pink ni hehehe.

MUMSLUV BANGI GATEAWAY SALES GILA GILA UP TO 70%

Pada yang beli baju-baju Mumsluv pada diskaun hebat gila-gila sehingga 70% cepat ke butik Mumsluv di

C-17-G, Bangi Gateaway Shopping Complex, Persiaran Pekeliling Seksyen 15, 43650, Bandar Baru Bangi, Kajang, Selangor Darul Ehsan (Next to Teh Tarik)

Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi - 9 malam

Untuk belian online boleh beli di www.mumsluv.com tapi barangan sales not available di online ye.

Selanjutnya, boleh lawati :


Mangga Cicah Kicap Cili Api Gula

Mangga Cicah Kicap Cili Api Gula di kala waktu malam buat kudap-kudap sambil tengok tv di malam minggu, memang perghhhh terangkat beb! Hehehe Mangga Cicah Kicap Cili Api Gula ni lebih sedap di makan ketika buah mangga tu sejuk-sejuk. Sapa sama dengan mummy? Sep sket !!

Mangga Cicah Kicap Cili Api Gula

Mangga Cicah Kicap Cili Api Gula ni memang cicah peberet mummy dari dulu kala. Nak buat cicah ni pun senang je. Tak susah...bahan-bahan sedia ada kat dapur

Mangga Cicah Kicap Cili Api Gula

Resepi Mangga Cicah Kicap Cili Api Gula


Mangga di sejukkan dan di potong (ikut suka nak potong besar mana)

Pencicah
2 sudu gula 
5 batang cili api potong kecil
1 sudu kicap (kalau kicap terlebih, gula cair nanti jadi banyak. So..boleh agak-agak je)

Mudah je,kan..

Elena of Avalor #RuleLikeElena

Siapa ada tengok tv siaran terbaru tentang Puteri raja Disney, “Elena of Avalor” Pastinya, kebanyakan mak mak dan pak pak yang ada anak kecil je tahu kot. Yang mana belum tahu tentang Puteri raja Disney, “Elena of Avalor” ini. Cerita ni baru lagi di tayangkan iaitu pada 13 November (Ahad), 11 pagi di Disney Channel (Saluran Astro 615). 

Agak menarik cerita Puteri raja Disney, “Elena of Avalor” ini.  Kerana ianya berlatarbelakangkan dunia fantasi Avalor yang penuh keajaiban. Anak-anak kecil macam Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry ini biasanya memang suka kuasa ala-alam magik ini. 

Dhia Batrisya #RuleLikeElena

Bila mummy lihat cerita ini. Mummy dapati Dhia Batrisya, 3 tahun juga ada sifat seperti Elena. Sifat penyayang dan kadangkala agak tegas dan garang juga.

Elena of Avalor #RuleLikeElena

Dhia Batrisya ini boleh di kategorikan sebagai penyanyang? Kadangkala, mummy marah Dzal Aidi Fiqry (adik Dhia Batrisya) dan nak denda Dzal Aidi Fiqry duduk luar rumah. Dan..dan..masa tu juga Dhia Batrisya akan menangis. Tak bagi mummy denda adiknya. "Mummy..jangan buat adik, sianlah kat adik. Mummy maafkan adik ye"

Elena of Avalor #RuleLikeElena

Sifat tegas dan garangya pula, ada masa jika mummy lewat turut kehendaknya seperti nak makan atau minum. Dhia Batrisya dah mula pandai membebel pada mummy. "Mummy, kenapa lambat sangat buat air Dhia Batrisya,ni?"


Sinopsis Cerita Puteri raja Disney, “Elena of Avalor”

Elena of Avalor #RuleLikeElena




Puteri raja Disney, “Elena of Avalor” ini menceritakan kisah Elena, seorang remaja berani dan sukakan cabaran telah menyelamatkan kerajaannya daripada ahli sihir wanita jahat.

Dia juga perlu belajar cara memerintah kerajaannya sebagai puteri raja sebelum dia boleh menjadi permaisuri. Fasa baharu dalam hidupnya ini mengajar Elena tentang nilai-nilai yang perlu ada pada seorang pemimpin hebat iaitu bertimbang rasa, cekal dan berperikemanusiaan.

Elena of Avalor #RuleLikeElena

Siri yang dinanti ramai ini memuatkan karya muzik asli dalam setiap episod, termasuk lagu tema Elena “Kini Masaku”, sebuah lagu bersemangat yang berasaskan kekuatan dan keyakinan diri. Lagu ini telah dihasilkan semula dalam Bahasa Malaysia dan didendangkan oleh penyanyi popular Elizabeth Tan dalam sebuah video muzik yang akan ditayangkan kepada penonton Disney Channel mulai 1 November.

Selain Bahasa Malaysia, Disney Channel turut menghasilkan semula lagu ini dalam Bahasa Indonesia yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia, Chilla Kiana.

“Elena of Avalor” dicipta oleh pemenang Anugerah Emmy, Craig Gerber yang juga merangkap penerbit eksekutif siri ini.

ENTRI BLOG TAK BOLEH KLIK

Baru-baru ini, ada rakan blogger bagitahu blog beliau tak boleh 'read more'. Sekarang pula, blog mummy tak boleh klik 'read more' gak. Tapi melihat da membaca dari hanphone, tak ada masalah pula.

Entah la ye, blogspot tengah upgrading ke apa ni ye? Maaf pada semua reader mummy. Kalu nak buka entri melalui PC kena right click dan tambahkan 'www'

gambar sumber google

Ada sesapa mengahdapi situasi yang sama tak? Boleh share tips?

Thank you in advance kawan-kawan !


Layan Lirik Lagu Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng - Yubi Band (OST Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng)

Layan Lirik Lagu Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng - Yubi Band (OST Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng) - Assalamualikum dan Salam Jumaat. Mummy dah pekena demam Upin Ipin Jeng Jeng Jeng dah ni. Huhu parah. Hehehe. Apa yang mummy suka tentang Upin Ipin Jeng Jeng Jeng? Mummy suka pada lagu filem ini. Nampak macam biasa je kan. Tapi, bait-bait liriknya sangat mendalam. Penuh aura positif, bukan sekadar lagu ! Ha...gittew! 

Layan Lirik Lagu Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng - Yubi Band (OST Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng)


Ok..jom kita dengar dan hayati Lirik Lagu Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng - Yubi Band (OST Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng)




Lirik Lagu Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng - Yubi Band (OST Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng)


Jeng, jeng, jeng…
Jeng, jeng, jeng…
Jeng, jeng, jeng…
Jeng, jeng, jeng…

Musim baru bermula kini
Hidup aku menyumbang bakti
Untuk insan yang memohon bakti
Moga usaha aku diberkati
Tak kaya takpa, janji aku happy
Tak kaya takpa, janji aku happy

Jeng, jeng, jeng…
Jeng, jeng, jeng…
Ooo…

Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh
Yakinkan dirimu
Semua pasti kan terjadi
Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa…
Jeng, jeng, jeng…

Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh

Jeng, jeng, jeng…
Jeng, jeng, jeng…

Dulu aku gah, kini aku melatah

Mungkin usia dan selera berubah
Atau ku yang masih di takuk lama
Sampai masa, ku pasti jadi tua

Tak kaya takpa, janji aku happy
(Betul, betul, betul!)
Tak kaya takpa, janji aku happy
Aku happy, yeah yeah…

Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh
Yakinkan dirimu
Semua pasti kan terjadi
Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa…
Jeng, jeng, jeng…

Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh

Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa…

Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh
Yakinkan dirimu
Semua pasti kan terjadi
Whoa, whoa, whoa, whoa…
Whoa, whoa…
Jeng, jeng, jeng…

Bersatu kita teguh
Kalau bercerai kita roboh

Jeng, jeng, jeng!

Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entri kali ini, Mummy join Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy. Kak Su ini antara blogger yang agak rapat juga dengan mummy. Kenal masa kami sama-sama Blogger Day Out di Cyberjaya. 

Punyalah lama berkawan..rupanya mummy tak follow blog beliau. Allahuakbar..nasib baik ada segmen gini. Mana terlepas follow..cepat-cepat mummy follow.

Kalau ada yang berminat nak tambah kenalan blogger. Jom join Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy



SYARAT-SYARAT SEGMEN :  

1. Tulis entri yang bertajuk Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

2. Backlink entri korang ke banner di atas

3. Follow Blog Shuhaida Kabdy

4. Follow Instagram SueAida

5. Like Page ShuhaidakabdyDotCom

Itu sahaja,mudah kan!Jom kita tambah follower

UPIN IPIN JENG JENG JENG MOVIE YANG SANGAT MENYENTUH PERASAAN

Upin Ipin JENG JENG JENG secara rasminya akan ditayangkan serentak pada hari ini 24 November 2016 di seluruh pawagam. Mummy pasti, Upin Ipin JENG JENG JENG akan meletop menjadi satu filem box office masa kini. Sebab apa mummy yakin? Ha...jeng..jeng..jeng ☺ Nak juga jeng..jeng..jeng ye. Ok..Sebab semalam mummy dah tonton. Haruslah mummy dah tahu bagaimana jalan cerita Upin Ipin JENG JENG JENG. Kan?

UPIN IPIN JENG JENG JENG MOVIE YANG SANGAT MENYENTUH PERASAAN

UPIN IPIN JENG JENG JENG MOVIE YANG SANGAT MENYENTUH PERASAAN

Sinopsis Upin Ipin JENG JENG JENG 


Best sangat tau movie Upin Ipin JENG JENG JENG. Siap nangis dalam panggung wayang tau. Bukan mummy je nangis, budak-budak juga turut sedih. Part mana lak yang sedih dalam cerita kanak-kanak? Ha..Mesti ramai yang nak tahu, kan? Ok mummy cerita lah sedikit tentang sinopsis Upin Ipin JENG JENG JENG . 


Upin Ipin Jeng..Jeng..Jeng! Mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis (lakonan Putri Balqis) seorang die hard fan watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Balqis dan anak-anak yatim ini tinggal di rumah anak yatim milik arwah bapa Noreen (lakonan Sara Ali). Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut.

Tang sini..ada kisah sedih sedikit. Bila anak-anak yatim ni nak kena keluar dari rumah tersebut dalam masa 2 bulan.

Dan..pada masa yang sama Upin Ipin Jeng..Jeng..Jeng! pun muncul.

Apa yang Upin Ipin dapat bantu? Adakah rumah anak-anak yatim itu dapat di selamatkan?


 UPIN IPIN JENG JENG JENG MOVIE YANG SANGAT MENYENTUH PERASAAN

Jeng..jeng..jeng !  Kalau nak tahu lanjut tentang Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Kena tonton lah ye. Tak best lah kan kalau mummy cerita sampai habis. Ye dak?

UPIN IPIN JENG JENG JENG MOVIE YANG SANGAT MENYENTUH PERASAAN

Dalam filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini Awie ada buat konsert. Mennyanyikan lagu Jeng Jeng Jeng.

Anak-anak kecil, terus ke bahagian depan panggung wayang dan menari.

Eh..mummy lak terhibur hehehe.

Upin Ipin JENG JENG JENG 


UPIN IPIN JENG JENG JENG MOVIE YANG SANGAT MENYENTUH PERASAAN

UPIN IPIN JENG JENG JENG MOVIE YANG SANGAT MENYENTUH PERASAAN

UPIN IPIN JENG JENG JENG MOVIE YANG SANGAT MENYENTUH PERASAAN

Memang seronok sangat sebab filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini langsung tak boring. Semua lapisan umur juga boleh menonton.

Aish..macam nak repeat lagi je ni hihihi

Terima kasih Upin Ipin Official, Denai Hati dan semua sponsor untuk tiket tayangan perdana.

Secara keseluruhan, mummy bagi 4.5 / 5 bintang untuk Upin Ipin Jeng Jeng Jeng.

UPIN IPIN JENG JENG JENG MOVIE YANG SANGAT MENYENTUH PERASAAN

Yang mahu tonton dan nak jadi penontot terawal. Cepat pergi ke pawagam berhampiran hari ini 24 November 2016 ☺

6 Fakta Menarik Tentang Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

UPIN IPIN JENG JENG JENG MOVIE YANG SANGAT MENYENTUH PERASAAN

1. Filem Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng adalah karya animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3 Dimensi (3D) dan lakonan hidup. 

2. Proses filem ini menelan belanja sebanyak RM4 juta 

3. Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng diterbitkan bersama antara Les Copaque Production dan KRU Studio. 

4. Di arahkan oleh pengarah tersohor iaiti Erma Fatima dan Ainon Ariff 

5. Turut menampilkan Asyiela Putri (suara asal Upin & Ipin) bersama Pelakon Wanita Terbaik Asia, Puteri Balqis. 

6. Turut membintangi filem ini ialah Awie (Wings), Sara Ali, Gambit dan Remy Ishak.