Shoplinks.Asia

7ELEVEN RM1 YEOS YEOGURT ANGGUR DAN 100 PLUS BOTOL KACA

Datang lagi promosi di 7Eleven untuk barangan yang berharga RM1 iaitu Yeos Yeogurt Anggur 250ml dan 100 plus botol kaca. Promosi ini mula p...

Datang lagi promosi di 7Eleven untuk barangan yang berharga RM1 iaitu Yeos Yeogurt Anggur 250ml dan 100 plus botol kaca. Promosi ini mula pada hari ini 15 November 2016 sehingga stok habis. Eh...sorry sebenarnya promosi ini 1 hari je. Bermakna, jika stok ada hingga 12 tengah malam ini promosinya.


7ELEVEN RM1 YEOS YEOGURT ANGGUR DAN 100 PLUS BOTOL KACA


7ELEVEN RM1 YEOS YEOGURT ANGGU DAN 100 PLUS BOTOL KACA

Yeos Yeogurt Anggur 250ml RM1 sekotak ni, mummy grab terus 12 kotak. Cukup kot seminggu untuk mummy, Dhia dan Dzal. 

Sebenarnya ada maksimum pembelian. Yeos Yeogurt Anggur 250ml RM1 setiap pelanggan di benarkan membeli 3 kotak untuk 1 resit.


7ELEVEN RM1 YEOS YEOGURT ANGGU DAN 100 PLUS BOTOL KACA

Mummy ingatkan hanya air kotak Yeos Yeogurt Anggur 250ml sahaja berharga RM1. Rupanya, 100 plus botol kaca pun berharga RM1. Nampak macam limited edition. Ambil juga 2 botol untuk daddy.

Mummy tak minum 100 Plus buat masa ini, jaga kesihatan kononnya hehehe.

Okeylah..tak dan nak bebel panjang-panjang. Masa rehat mummy dah nak habis. Malam-malam nak draft blog pun susah sedikit sekarang ini. Anak-anak ada macam-macam ragam sedikit.

Ada sahaja tak kenanya. Macam malam tadi, Dzal mengamuk sebab panggil mummy banyak kali. Mummy tak datang. Mummy sedang mandi masa tu.

Oleh kerana mummy lambat datang padanya. Boleh pula Dzal mengamuk-ngamuk suruh mummy buka baju dan seluar. Buang dalam sinki. Huhu nasib buang dalam sinki. Kalau buang dalam tong sampah. Mau mummy naik angin..

Eh,..eh... tak boleh naik angin. La ni kena sabar banyak-banyak.

Dzal suruh pula mummy pakai baju lain. Siap pakai baju dan seluar lain. 

Dalam beberapa jam...suruh mummy buka balik baju dan seluar. Dzal minta mummy pakai baju dan seluar yang dia buang dalam sinki.

Ya Allah, tak tahu lah nak cakap...pembawakan apakah Dzal ini !

Eh..terbebel panjang pula..korang yang minat air kotak Yeos Yeogurt dan 100 Plus botol kaca. Pi cepat 7 Eleven na...

You Might Also Like

7 comments

  1. oooo...nak beli yg 100plus tu KALAU ada..hahahah

    ReplyDelete
  2. Kena terjah 7E macam ni. Heheh :)

    ReplyDelete
  3. macam-macam peel anak2..mak la kena sbr bnyk...heheh

    ReplyDelete
  4. Selama ada promosi di 7E belum lagi sampai hajat nak memborong walau sikit.. tapi jap lg boleh cuba kot ada lagi saki baki 100 plus botol kaca. Thanks for info

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -