Bila Mummy Kurang Sihat..

Kisah beberapa minggu lepas, bila mummy kurang sihat. Memang melepek sahaja di hujung minggu. Dah siap-siap bagi anak makan, minum, mandikan petang mereka semua. Terus mummy beritahu Dhia,"Mummy penat sangat, tak sihat...mummy makan ubat dan mummy tido sekejap ye !...Dhia jaga adik, adik pun jaga kakak, tau. Jangan main jauh-jauh. Main dekat-dekat mummy je". Dhia dan Dzal jawab,"ok, mummy".

Dah besar, boleh faham apa yang kita maksudkan. Tak lama pada tu, mummy tertido. Almaklumlahkan telan ubat selsema, demam dan batuk. Mana nak tahan sengkang mata kan..

Daddy as usual, minggu busy kerja hari itu 7 hari kerja sampai malam. Demi isterinya dan anak-anak. Alhamdulillah, daddy memang seorang yang rajin dan komit sangat dengan kerja. Bila daddy kerja keras cari duit, mummy pula kena lebihkan masa dengan anak-anak. Baru anak-anak tak rasa di pinggirkan.

Bila Mummy Kurang Sihat.


Bila Mummy Kurang Sihat..

Sebelum Maghrib, mummy terjaga sebab dorang dok main lari-lari, bising. Nasib baik dorang bising. Kalau senyap je, mau mummy pun lena sampai langgar Maghrib.

Bangun tidur, mummy buka handphone. Ya Allah, penuh gambar mummy tidur Dhia snap, pastu gambar Dhia selfie dan gambar adik sedang main.

Handphone mummy walau ada password tapi, camera still boleh buka. 

Gambar lain-lain yang banyak Dhia ambil tu. Mummy tak tepek dalam blog. Sebab ada gambar yang agak kurang sopan.

Time bila tak sihat sangat-sangat, begini lah mummy. Tapi, selagi boleh tahan..bertahan. 

Tak perlu kot nak "me time" sangat hehehe. Dah jadi mak-mak ni..kena lebih strong. Tak leh nak manja-manja sangat hehehe.

Berbanding zaman belum kahwin. Sakit sedikit, pun tak boleh nak keluar bilik. Nak tolong mak kat dapur? Erm...tak sihat kan. Nak tolong pun tak larat (kononnya lah)
4 comments on "Bila Mummy Kurang Sihat.."
  1. hihihi.. unni pun tgolog jgk budak zaman skg.. sakit memang duk bilik je la

    ReplyDelete
  2. Get well soon Linda...jangan ikutkan kerja sangat..rehat bila perlu..ok? namo stress2 ye

    ReplyDelete
  3. betul tu...sakit pun tetap kita bangun utk anak2..xde la nk setepek terbaring...moga cpt smbuh kak

    ReplyDelete
  4. Bila kita tak sehat...mnda paling runsing pikir ke anak..
    Kesian diorg kalau kita tak sehat

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com