Shoplinks.Asia

Cerai Susu / Wean Off Breastfeeding

Akhirnya berjaya dah cerai susu / Wean Off Breastfeeding untuk Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry. Sedih juga lah nak cerai susu / Wean Off ...

Akhirnya berjaya dah cerai susu / Wean Off Breastfeeding untuk Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry. Sedih juga lah nak cerai susu / Wean Off ni. Dan...sebenarnya banyak kali cuba juga untuk cerai susu / Wean Off. Tapi, tak berjaya. Alhamdulillah kali ini berjaya dengan 1 kali je cubaan berjaya dah cerai susu / Wean Off Breastfeeding. Mungkin dah sampai masanya kot ! 

Cerai Susu / Wean Off Breastfeeding


Wean off breastfeeding


Lagipun, dulu kala mummy pernah bercakap sendiri. "nak cukupkan Dzal Aidi Fiqry ni menyusu selama 2 tahun 6 bulan". Apa yang kita pernah terfikir tu sebenarnya satu doa. Ngam ngam hampir umurnya 2 tahun 6 bulan. Terus Dzal Aidi Fiqry cerai susu / Wean Off dari mummy.

Manakala Dhia Batrisya, mummy sering lafazkan. Susahnya nak cerai susu / Wean Off Dhia Batrisya. Sebab, bila dia nampak adiknya menyusu. Dhia pun nak. "Erm..cerai susu / Wean Off sekali lah nanti"

Dok lafaz benda tu je kan...Dah jadi satu doa juga. Allah kena hati-hati jika nak lafazkan sesuatu lepas ni.

Wean off breastfeeding


Dhia Batrisya cerai susu / Wean Off pada umurnya 3 tahun 8 bulan. Mak aiiii..lama nau ko tumpang susu adik ko hehehe.


Sedih dah cerai susu / Wean Off Breastfeeding


Sedih tau cerai susu / Wean Off ni. Ye lah kan..selalu dok baring sesama sambil menyusukan anak-anak. Bonding time lebih dari suami hehehehe

Sekarang ni, dorang dah kurang baring dengan mummy. 

Dzal pula, tiap kali tidur..nak daddy. Sedih juga. Tapi, nak buat macamana kan.. Sampai bila nak menyusu badan.

Alhamdulillah selesai satu amanah dari Allah s.w.t untuk menyusukan anak. Insyaallah harapnya, next baby dapat fully breastfeed juga.


Tip Cerai Susu / Wean Off Breastfeeding


Hari tu, mummy ada tulis di wall facebook tentang hal ini. Ada yang tanya apa tip dah cerai susu / Wean Off Breastfeeding.

Mudah je, letakkan asam jawa banyak-banyak. Dzal Aidi Fiqry dan nampak bau dan rasa lain. Terus sejak tu tak mau dah. Dhia Batrisya siap lapkan asam jawa tu, nasib baik letak banyak. Rasa asam jawa tak hilang.

You Might Also Like

4 comments

  1. Allhamdulillah... dh cukup masa tuk mereka cerai susu tu... smg mereka mbesar dgn sihat...

    ReplyDelete
  2. Hehe.. kesian pulak bila kenang balik ye.. Tapi memang terbaiklah boleh menyusu sampai anak dah besar.. Lea 6 bulan aje pastu baby dah tamo..

    ReplyDelete
  3. Huwaaaa... Kena beli asam jawa banyak2 nih ...

    ReplyDelete
  4. sangat jarang nieyl jumpa ibu yang berjaya menyusukan anak lebih dr 2thn.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -