Shoplinks.Asia

Fasa 1 MRT pada 16 Disember 2016, Kadar Tambang MRT dari RM1 Secara Tunai atau Touch N Go

MRT, keretapi terbaru di Malaysia adalah dari Syarikat Rapid Rail Sdn Bhd. MRT ini, di jangka akan beroperasi untuk fasa 1 pada 16 Disember...

MRT, keretapi terbaru di Malaysia adalah dari Syarikat Rapid Rail Sdn Bhd. MRT ini, di jangka akan beroperasi untuk fasa 1 pada 16 Disember 2016 pada 12 stesen. Wah.. tak sabar mummy nak naik MRT bawa anak-anak. Lagi pun, tak jauh stesen Kajang dari rumah kami. Boleh merasa naik MRT pada awal-awal pembukaan Insyaallah.

Fasa 1 MRT pada 16 Disember 2016, Kadar Tambang MRT dari RM1 Secara Tunai atau Touch N Go

Fasa 1 MRT pada 16 Disember 2016, Kadar Tambang MRT dari RM1 Secara Tunai atau Touch N Go


Perkhidmatan MRT Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK) di bawah jenama perkhidmatan Rapid KL, telah mengumumkan kadar tambang MRT dari RM1. Boleh di bayar secara tunai ataupun TouchNGo.

Kadar Tambang MRT Secara Tunai atau Touch N Go


Kadar tambang maksima pula adalah sebanyak RM6.40 (tunai) dan RM5.50 (tanpa tunai). Ianya meliputi perjalanan penuh antara Sungai Buloh dan Kajang, sepanjang 51 kilometer dan melalui 31 stesen. 


Fasa 2 Laluan MRT SBK sebayak 19 stesen pula, dijadualkan beroperasi pada pertengahan Julai 2017.


Diskaun 50% Tambang MRT Secara Tunai atau Touch N Go

Seperti biasa, pihak Rapid akan memberikan diskaun potongan 50% untuk kadar tambang MRT seperti perkhidmatannya yang lain. Mereka akan diberikan token merah. Golongan yang akan mendapat potongan diskaun 50% ialah pelajar beruniform, Warga Emas dan OKU.

Manakala tambang untuk kanak-kanak bawah 7 tahun - PERCUMA

Kadar Tambang Penuh MRT Secara Bulanan, Mingguan, Harian Secara Tunai dan Tanpa Tunai
Kadar Tambang Penuh MRT Secara Bulanan, Mingguan, Harian Secara Tunai dan Tanpa Tunai

Kadar Tambang Penuh MRT Secara Bulanan, Mingguan, Harian Secara Tunai dan Tanpa Tunai

Kadar Tambang Penuh MRT Secara Bulanan, Mingguan, Harian Secara Tunai dan Tanpa Tunai

Kadar Tambang Penuh MRT Secara Bulanan, Mingguan, Harian Secara Tunai dan Tanpa Tunai


Oleh kerana Fasa 1 Laluan MRT SBK akan beroperasi secara sendirian, tanpa integrasi dengan rangkaian LRT dan monorel sekarang, Zohari berkata para pengguna MRT akan melalui pintu masuk dengan menggunakan token tunai ataupun Kad Touch n’ Go sahaja. 

“Tambang nominal untuk perkhidmatan bas pengantara MRT adalah RM1 untuk satu perjalanan,” kata Zohari, sambil menambah kata bahawa sebanyak 120 bas pengantara MRT akan beroperasi untuk memberi perkhidmatan kepada 26 laluan bagi semua 12 stesen MRT yang dibuka di bawah Fasa 1.

“Kami akan memberi makluman terkini secara progresif pada masa akan datang,” kata Zohari, sambil menambah kata bahawa persiapan akhir sedang dibuat untuk 12 stesen pertama yang bakal dibuka pertengahan Disember.

“Struktur tambang sudah diluluskan oleh Kerajaan dan adalah berdasarkan kepada bayaran masuk nominal atau ‘nominal flag fall’ dengan kadar menurun untuk setiap empat hingga lima kilometer perjalanan – sama seperti struktur tambang untuk perkhidmatan LRT dan monorel yang dikendalikan oleh Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad.

“Butiran penuh struktur tambang MRT boleh didapati di laman rasmi Rapid KL di www.myrapid.com.my. Struktur penuh tambang akan turut dipaparkan di semua stesen MRT untuk panduan penumpang. 


You Might Also Like

3 comments

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -