DRAMA AWAK SANGAT NAKAL LAKONAN AYDA JEBAT DAN SHARNAAZ AHMAD ADAPTASI NOVEL

DRAMA AWAK SANGAT NAKAL ADAPTASI NOVEL yang bakal ditayangkan di ASTRO RIA dan ASTRO RIA HD bagi menggantikan drama Surihati Mr Pilot. Mumm...

DRAMA AWAK SANGAT NAKAL ADAPTASI NOVEL yang bakal ditayangkan di ASTRO RIA dan ASTRO RIA HD bagi menggantikan drama Surihati Mr Pilot. Mummy dah tengok trailer Awak Sangat Nakal. Nampak menarik sangat cerita tu. Lakonan yang agak nakal dari Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad. Tak berganjak lagi lah 10 malam mummy depan tv tu nanti hehehe. Dan..takkan di lupakan rekod sesiap. Kalau terlepas, boleh tengok semula.

Ini pula sinopsis Awak sangat nakal.


DRAMA AWAK SANGAT NAKAL  LAKONAN AYDA JEBAT DAN SHARNAAZ AHMAD ADAPTASI NOVEL


DRAMA AWAK SANGAT NAKAL  LAKONAN AYDA JEBAT DAN SHARNAAZ AHMAD ADAPTASI NOVEL


Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya. 

“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”

“Jo..”

“Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran. 

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu. 

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. 

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”

Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!

Tak sabar mummy nak tunggu Isnin ni 7 November 2016 

You Might Also Like

3 comments

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -