Tempat Makan Sedap di Bangi : Bakar Bakar Steamboat n Grill House

Penuh aktiviti jalan-jalan cari makan mummy sekeluarga. Selama cuti 4 hari direct ini. Antara tempat makan sedap yang sempat kami terjah di Bangi pada cuti baru-baru ini ialah Bakar-bakar Steamboat & Grill House Bandar Baru Bangi. 

Bakar-bakar Steamboat & Grill Bandar Baru Bangi House yang terletak di Seksyen 8 ini dah lama kami nampak. Tapi, belum ada seru nak pergi. Dan...kali ini, tetiba tergerak nak mencuba Bakar-bakar Steamboat & Grill House Bandar Baru Bangi ini.

Pilihan steamboat kegemaran kami sekeluarga selalunya Johnny's lah menjadi pujaan sebab ianya dekat dengan rumah, murah dan sedap. Tak salah juga mencuba restoran lain. Dah memang mummy pun, suka jalan-jalan cari makan.

Tempat Makan Sedap di Bangi : Bakar-bakar Steamboat & Grill House


Bangi Bakar Bakar Steamboat n Grill House

Memang Bakar-bakar Steamboat & Grill House Bandar Baru Bangi tak mengecewakan perut ...mak buyong kali ini. Seronok lahai perut ni dapat pekena kambing bakar cicah dengan sos lada hitam. Perghhhhhhh! Berkali-kali bakar ..Makan masa pepanas.. Juicy gila !

Sayur-sayuran juga tak di lupakan. Mummy harus makan sayur-sayuran untuk kesihatan anak dalam perut dan diri sendiri juga.

Banyak Pilihan Makanan Dan Minuman di Bakar-bakar Steamboat & Grill House Bandar Baru Bangi



Bangi Bakar Bakar Steamboat n Grill House

Bangi Bakar Bakar Steamboat n Grill House

Si bujang senang ini tidur dari dalam kereta sampai la restoran. Mummy biarkan  je Dzal Aidi Fiqry ini bangun sendiri. Biar dia puas tidur. 

Masa kami sampai, Bakar-bakar Steamboat & Grill Bandar Baru Bangi tak ramai pelanggan lagi. Boleh lah conquer tempat dan pulun makan. 

Tempat makan Bakar-bakar Steamboat & Grill Bandar Baru Bangi ini sangat selesa, ada air-cond dan juga kipas. Pilihan makanan dan minuman juga amatlah banyak. Yang penting semuanya sedap-sedap !

Bangi Bakar Bakar Steamboat n Grill House

Antara buah-buahan segar yang ada di Bakar-bakar Steamboat & Grill House Bandar Baru Bangi ialah oren, epal, tembikai, salad buah dan dessert tropical punch. 




Makanan pilihan mummy dan daddy untuk di bakar ketam, udang, ayam, ikan, daging lembu, kambing, lala, kepah dan banyak lagi.





Main masak-masak dan bakar-bakar di Bakar-bakar Steamboat & Grill House Bandar Baru Bangi.


Lala, kepah dan siput buluh (lupa namanya apa) mummy masak dalam sup tom yam. Perghhhh...tom yam dia memang kurang ajar sedapnya....


Sushi pun hado tau di Bakar-bakar Steamboat & Grill House Bandar Baru Bangi. Cuma wasabi je tak ada. Mummy makan juga..sebab sushi ni peberet jugak ! 

Seksyen Sayuran

Seksyen frozen food.

Pelbagai mee yang ada di Bakar-bakar Steamboat & Grill House Bandar Baru Bangi

Makanan Goreng-goreng Bakar-bakar Steamboat & Grill House Bandar Baru Bangi

Dessert

Aiskrim pilihan mummy, Chocolate Chip Mint. 

Coleslow

Bagi mummy memang berbaloi makan di sini, harga sekepala baru RM40 (termasuk segala cas yang hado). Anak-anak pula PERCUMA sebab bawah 7 tahun.

Puas juga anak-anak makan. Mereka paling suka udang, mee sup, jagung rebus dan aiskrim.

Kalau makan di Johnny's portion kita pun dah kira sekali dengan anak. Harga pun tambah tolaknya lebih kurang sahaja.


Harga lain untuk Lunch di Bakar-bakar Steamboat & Grill House Bandar Baru Bangi: RM38 (pelajar), RM34 (birthday), RM20 (7-18 tahun)

Harga Dinner di Bakar-bakar Steamboat & Grill House Bandar Baru Bangi: RM45, RM40 (pelajar), RM38 (birthday), RM20 (7-18 tahun)

Selanjutnya, boleh layari 
2, Jalan 8/36, Seksyen 8
Bandar Baru Bangi


10 comments on "Tempat Makan Sedap di Bangi : Bakar Bakar Steamboat n Grill House"
  1. wow! sedap nyaaa kak. Banyak pilihan. Harga not bad! =)

    ReplyDelete
  2. aduhhh tempting betul tengok entri ni..nyum nyumm

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak... lama dah x makan steamboat

    ReplyDelete
  4. sedapnya....
    itulah nieyl dah lama x pergi membakarkan diri ini...eh..bakar diri pulak...bakar makanan..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Harga berbaloi dgn sajian tu ye...lama betul juju tak ke bangi...ingat nak terjah la one day ke sini...nampak juga iklan ni lama dah...tp tak sampai2 lg...tq linda bg info terkini...at least tau harga bufet

    ReplyDelete
  6. Wah nmpak sedap..
    Tahniah alin...
    Da brp weeks dah?

    ReplyDelete
  7. jauh plak bangi dengan johor nih.

    huhu

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing kak linda :) Siqah pergi bangi nanti maybe boleh singgah sini. Nampak sedap dan banyakkkkkkk makanan! :D

    ReplyDelete
  9. Pernah lalu x pernah singgah..boleh than gak harganya ye..untung mak buyung

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com