Enchanteur Cipta Detik Indah Setiap Hari

Enchanteur Cipta Detik Indah Setiap Hari - Setiap hari, mummy inginkan detik indah bersama-sama yang tersayang dalam berusaha keras untuk mencapai kejayaan, baik di dalam hubungan mahupun karier. Kini, Enchanteur Cipta Detik Indah Setiap Hari mummy...





Mummy mungkin berdepan dengan pelbagai cabaran mengimbangi waktu untuk kerjaya, kehidupan peribadi dan hobi. Tetapi, mummy tidak menjadikannya hambar. 

Mummy perlu tahu apa yang perlu dilakukan bagi menyuntik keyakinan dalam menghadapi hari-hari penuh cabaran. Korang nak tahu rahsianya? 

Enchanteur Cipta Detik Indah Setiap Hari

ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème


Inilah rahsia mummy, setiap hari mummy mulakan hari mummy dengan ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème. 

Wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai melalui setiap hari mummy. 

ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian mummy. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian mummy penuh kemewahan serta menjadikan mummy berasa menawan sepanjang hari. 

Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih. 

Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesona ini dapat membantu mummy untuk relaks dan rasa seperti dimanjakan.

Perfumed Shower ni yang sangat membelai tubuh ketika mandi di awal pagi atau malam hari. Kewangiannya yang kekal pada tubuh sepanjang hari. Buih-buih yang terhasil juga seolah-olah menyerap ke seluruh ruang badan dengan bauan memikat hati sipemakainya sambil memberi keyakinan untuk berada di khalayak umum sepanjang hari.


ENCHANTEUR Perfumed Lotion



ENCHANTEUR Perfumed Lotion pula di sapukan pada kulit yang telah dikeringkan untuk kelembapan ekstra dan bagi mengoptimumkan penyerapan untuk kulit yang lebih lembut dan anjal. 

Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari. 

Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit saat mereka berjabat tangan.

ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant


Kemudian, sebagai perangsang keyakinan, adalah disarankan untuk semua menggunakan deodoran atau semburan badan (body mist). Oleh kerana mummy akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin.

Mummy gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian.


ENCHANTEUR Eau de Toilette


Rejim penjagaan diri disempurnakan dengan semburan ENCHANTEUR Eau de Toilette. 

Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik denyut nadi bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu. 

Jangan langkaui langkah tanpa wangian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis ENCHANTEUR yang tersendiri ini membuatkan mummy berasa lebih girang dan lebih menawan. 

Mummy memang tidak dapat menjangka siapa yang akan mummy temui,  maka mummy harus sentiasa tingkatkan daya keyakinan diri.


Justeru, ENCHANTEUR berbangga sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis. Setiap seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman menakjubkan, malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan. 

Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran anda, meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk anda.


Harga Set Enchanteur Cipta Detik Indah Setiap Hari



Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower dijual pada harga RM9.20 sehingga RM13.65. 

Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion pula dijual pada harga RM7.50 – RM21.00


ENCHANTEUR Perfumed Deodorants dijual pada harga RM4.90 sehingga RM11.90. 

ENCHANTEUR Eau de Toilette yang dijual pada harga RM18.75 sehingga RM33.50


Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau kunjungi laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY .

3 comments on "Enchanteur Cipta Detik Indah Setiap Hari"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com