Kereta Kena Towing !

Alkisah beberapa hari lepas kejadian di Mc Donald's Saujana Impian Kajang. Memang sebenarnya, dari minggu lepas tengok macam ada ta...

Alkisah beberapa hari lepas kejadian di Mc Donald's Saujana Impian Kajang.

Memang sebenarnya, dari minggu lepas tengok macam ada tak kena dengan temperature kereta yang naik tak turun-turun. 

Memandangkan memang kereta tu tak abes masalahnya dengan temperature ..mummy pun tak peduli sangat.

Dan...tibanya hujung minggu..beranikan juga bawa kereta itu sebab masa panaskan enjin . Nampak gayanya, temperature tak ada masalah apa pun. 

Hinggalah di kawasan petronas Saujana Impian Kajang.

Temperature tak turun pun. Berhentikan kereta di McD. Sambil check air di bahagian tangki simpanan. Air masih banyak lagi.

Nak buka di bahagian tangki air...enjin masih panas. 

Terus bawa anak main dalam McD. Sementara nak menunggu enjin sejuk.

Kereta Kena Towing !

Kereta Kena Towing !

Anak-anak memang suka lah dapat main kan. Dari bermain tu..dapat berkawan dengan kawan baru.

Sudah puas main dan makan hingga kenyang. Terus mummy ke kereta u tuk cek air di tangki air. 

Allah !! Kosong tangki air tu rupanya...

Terus mummy tambahkan 2 botol air. Masih kosong juga.

Rupanya...air keluar semua dari tangki.

Pening pula..macamama nak balik ni dengan anak-anak. Daddy pula kerja. Huhu. Terus call daddy tanya pendapat...

Dalam masa yang sama pula..bateri handphone habis.

Dhia pula baru habis buang air besar dalam pempes.


Kereta Kena Towing !

Dzal pula sedang tido. Ya Allah cemana nak buat ni. Bertambah blurrrr.

Rehatkan minda..relaks kan minda. 

Terus dapat idea call insurans kereta Kurnia. Minta towing ke rumah. 

Alhamdulillah...dalam masa 1 jam mereka akan datang towing.

Terus inform daddy dan whatsapp adik ipar yang berdekatan minta pinjam charger telefon.

Adik ipar lah yang datang meneman mummy. 

Dapatlah cuci popoo Dhia.


Kereta Kena Towing !

Kereta Kena Towing !

Tak sampai 1 jam..towing Kurnia datang. Alhamdulillah...mudah lerja kami pda waktu itu.

Pertama kali kot..kereta ni kena towing selama 13 tahun. Hehehe.

Paling best Kunia Insurance ni boleh bagi towing PERCUMA dalam jarak 50km.

Selamat duit mummy hehehe


You Might Also Like

2 comments

  1. kesiannya,, fara pon pernah kena towing kereta.. azab menunggu.. duit melayang lagi... aduhh sengsara betol...

    ReplyDelete
  2. ituu tandanya... dia suruh beli kereta baru...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -