Putri Jeliyta Skincare Berasaskan Lemon Cara Mudah Untuk Nampak Jelita

Orang pempuan mana tak sukakan kecantikan atau kejelitaan,kan? Mak buyong anak dua pun sama gak. Hehehe. Dah berumur ini, haruslah nak jeli...

Orang pempuan mana tak sukakan kecantikan atau kejelitaan,kan? Mak buyong anak dua pun sama gak. Hehehe. Dah berumur ini, haruslah nak jelita. Kali ini , mummy mencuba set kejelitaan dari Putri Jeliyta Skincare. Cara mudah untuk nampak jelita.

Sebelum mummy cerita lebih lanjut tentang Putri Jeliyta. Ada baiknya mummy perkenalkan terlebih dahulu latar belakang Putri Jeliyta ini.


Putri Jeliyta Skincare Berasaskan Lemon Cara Mudah Untuk Nampak Jelita


Putri Jeliyta Skincare Berasaskan Lemon Cara Mudah Untuk Nampak Jelita



Putri Jeliyta merupakan anak syarikat kepada AFINA BEAUTY SECRET (YUS AFINA BINTI MOHD ZAWIZAH). Afina Beauty Secret terkenal dengan productnya sebelum ini daripada 2014 seperti COCOA FIBER COLLAGEN 2014, AFINA SKINCARE 2014 dan MACA CAPUCCINO COLLAGEN 2014.

Founder/Pengasasnya bernama YUS AFINA BINTI MOHD ZAWIZAH. Founder sangat meminati business sejak dari usia muda. Menceburi pelbagai bidang perniagaan lain seperti laundry,spa dan bermacam jenis perniagaan yang lain.

Putri Jeliyta Skincare ini di beri nama “PUTRI JELIYTA” sempena anak pertama beliau. Putri Jeliyta wujud pada 1/10/2016, mula jual daripada bulan OKTOBER 2016 dengan produk pertamanya iaitu SABUN PENCUCI MUKA PUTRI JELIYTA, Selepas sebulan, Putri Jeliyta mengeluarkan pula SET SKINCARE PUTRI JELIYA dan PINKY JELIYTA(lipstik)

Putri Jeliyta skincare ini di kilangkan di KELANTAN. Produk ini berasaskan bahan semulajadi seperti LEMON, MADU, dan COLLAGEN daripada buah epal hijau

Bahan asas produk ini adalah dari LEMON kerana secara kebetulan ayah kepada Yus Afina telah menanam lemon dan berhasil .Dari situ bermula idea untuk membuat produk berasaskan semula jadi dan lemon menjadi bahan utama dalam semua produknya.

Produk Putri Jeliyta Skincare ini mempunyai kelulusan dari KKM SYARIKAT BP 2210300041242602 dan kilangnya bertaraf GMP 100% BUATAN MALAYSIA. Jadi, tak perlu ragu-ragu untuk menggunakannya.


PRODUK APA YANG PUTRI JELIYTA SKINCARE ADA?


Putri Jeliyta Skincare Berasaskan Lemon Cara Mudah Untuk Nampak Jelita

Antara produk yang ada pada Putri Jeliyta Skincare ialah sabun pencuci muka, serum, foundation dan juga lipstik.

Yang best semua produk Putri Jeliyta ni halal dan tidak mengandungi bahan paraben.

Produk ginilah mak buyong suka. Hehehe

CARA MEMAKAI PRODUK PUTRI JELIYTA :-


Putri Jeliyta Skincare Berasaskan Lemon Cara Mudah Untuk Nampak Jelita


Nak tahu cara pakai set ini? Cara untuk menggunakan produk Putri Jeliyta Skincare ini mudah je.

1. Cucikan muka dengan sabun Putri Jeliyta

2. Sapukan Serum keseluruh wajah.

3. Oleskan foundation krim Putri Jeliyta yang tidak melekit dengan sekata pada wajah.

4. Akhir sekali, mummy gunakan lipstik matte Pinky Jeliyta.

TESTIMONI MUMMY MENGGUNAKAN PRODUK PUTRI JELIYTA.

Mummy suka dengan semua produk dari Putri Jeliyta dari pencuci muka hinggalah ke lipstik.


Putri Jeliyta Skincare Berasaskan Lemon Cara Mudah Untuk Nampak Jelita

Sabun pencuci muka Putri Jeliyta, cuci terus jeliyta yang tak menegangkan kulit. Terasa kulit cuci bersih dan segar selepas mencuci. Sabun ini juga tidak mempunyai buih yang banyak. Buih tak banyak ni bagus. Kalau banyak buih, mungkin mengandungi kandungan SLS yang tinggi. Kurang bagus untuk jangka masa panjang pada kulit kita.

Serum Putri Jeliyta, calit terus jeliyta. Tidak berminyak dan tidak mudah melekit. Malah cepat menyerap ke kulit mummy.


Putri Jeliyta Skincare Berasaskan Lemon Cara Mudah Untuk Nampak Jelita

Foundation Putri Jeliyta, cuit terus jeliyta pun mudah di gunakan. Tak berminyak dan melekit. Mudah rata, tidak bertompok pada kukit wajah mummy.

Kemahen tagline produk-produk ini kan. Pertama kali mummy baca tagline nya. Terus perasaan tak sabar-sabar nak mencuba set Putri Jeliyta Skincare.


Putri Jeliyta Skincare Berasaskan Lemon Cara Mudah Untuk Nampak Jelita

Manakala, lipstik matte pakaging yang lawa dari Pinky Jeliyta juga tahan lama dan tidak mengeringkan bibir mummy.

Warna kegemaran mummy ni...paling mummy suka. Warna lipstik ni, tak menipu. Hehehe. Warna asal dan warna di bibir boleh di katakan 99% sama.

Ada sesetengah brand lain lipstik tu, nampak dalam case lipstik warna lain. Bila pakai tak jadi warna sama macam dalam packaging.

Frust menonggeng mummy !

HARGA PUTRI JELIYTA SKINCARE & PINKY JELIYTA LIPSTIK

Harga pun mampu milik je. Harga Putri Jeliyta Skincare seperti di bawah ini :- 

Sabun Pencuci Muka RM25
Serum Jeliyta RM40
Foundation Jeliyta RM70
Lipstik Pinky Jeliyta RM60

Tapi ada promo lain tau. Nak tau harga promo. Kena selalu semak di facebook atau instagram Putri Jeliyta.

CARA PEMBELIAN PUTRI JELIYTA SKINCARE :
Bagi yang ingin mendapatkan set ini, boleh dapatkan SECARA ONLINE

WHATSAPP/SMS 017-8455584/012-3100571
Instagram @putrijeliyta


Walk in di HQ PUTRI JELIYTA
UNIT G-01, BLOK E, 
APARTMENT RESIDENSI BISTARI,
JALAN UKAY BISTARI
68000 AMPANG SELANGOR

Berminat untuk menjadi STOKIS/AGENT/PENGEDAR WHATSAPP 012-3100571

You Might Also Like

3 comments

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -