Shoplinks.Asia

RESEPI NASI LEMAK MUDAH DAN SENANG MASAK

Sementara tunggu masuk kerja baru dan menjadi suri rumah sepenuh masa ni. Pastinya, memasak tu satu kemestian. Biasanya, menu masak ikut ra...

Sementara tunggu masuk kerja baru dan menjadi suri rumah sepenuh masa ni. Pastinya, memasak tu satu kemestian. Biasanya, menu masak ikut rasa tekak mak buyong nak makan apa. Nasib baik lakiku jenis redha dan makan apa sahaja yang di masak.

Menu masak-masak pagi semalam ialah nasi lemak. Kepingin nasi lemak city center kat area sekolah Kg Baru. Tak dapat nasi lemak sana, dapat pekena nasi lemak air tangan sendiri pun layan juga.



Ini lah nasi lemak #dapurmummydhiadzal bersambalkan ikan bilis, kacang goreng, ikan bilis goreng, telur mata, telur rebus cumanya..



Timun is missing in action daaa. Ye lah kan adhoc plan nak masak nasi lemak. Dah la seharian hujan 2 hari lepas. Kereta pula 1 dah masuk workshop. Takpe lah, belasah apa yang ada kat dapur. Asalkan kita dapat jadikan nasi lemak. Cukup kot.

Mummy masak nasi lemak ni mudah je. Mummy gunakan santan kotak hari ini. Sebab santan asli tak ada..yang ada dalam peti santan kotak. Almaklum ler, dua hari lepas seharian hujan kan. Nak gi pasar malam pun bercinta. Santan kotak pun santan kotak ler janji nasi lemak.hehehe


RESEPI NASI LEMAK MUDAH DAN SENANG MASAK


1 kotak santan / 1/2 biji kelapa
2 batang serai (di hempap / tumbuk)
1 ulas bawang merah dan bawang putih (hiris / potong kecil)
1/2 inci halia (potong kecil)
2 pot beras (cuci terlebih dahulu)
1 cawan air masak
Secubit garam




CARA MASAK NASI LEMAK MUDAH

1. Masukkan beras yang sudah di cuci bersih ke dalam rice cooker
2.Letakkan santan dan sukat. Jika tak cukup tambahkan air masak. Macam mummy 2 pot tak cukup 1 kotak santan. Kena tambah 1 cawan air lagi
3. Campurkan ke semua bahan lain.
4. On kan rice cooker. Tunggu sehingga masak.

Lawankan nasi lemak dengan kacang goreng, telur mata, telur rebus, ikan bilis dan sambal tumis ikan bilis.

Malam sedikit, tunggu suami balik kerja. Baru kita masak sambal paru.




You Might Also Like

5 comments

  1. Boleh cuba buat nanti kat dalam bilik... Sedap la pula tengok, craving nasi lemak.. Lama puasa dengan nasi lemak

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nasi lemak kak :) Kalau masak sendiri baru terasa lemaknya. Kalau makan kat kedai, biasanya nasi putih je rasanya..

    ReplyDelete
  3. Nyumsss..yang simple tuh sedap. Paling iye sebab masak ikut tekak kita kan. Nak masin kurang, nak manis lebih, nak pedas extra memang suka hati. Nany pun, kalau lama2 makan di luar pun boring juga. Ada something is missing. Last2 mtanak nasi, goreng telur mata buh kicap. Paling win! :)

    ReplyDelete
  4. dulu, rajin buat nasi lemak.

    la ni..malas betul sekarang sejak ada bini.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -