Isteri Vs Tunang Drama Adaptasi dari Novel

Isteri Vs Tunang Drama Adaptasi dari Novel Menggantikan Drama Bersiri Sha dan Shah


Mummy memang pengikut Scha Al-Yahya di Instagram beliau. Beberapa minggu lalu, asyik nampak pos gambar berserta hastag #IsteriVsTunang di ig Scha. Tak lama tu pula, mummy ada gi Maju Junction. Nampak pula, Scha Al-Yahya dan team Isteri Vs Tunang sedang shooting. Tak bolah nak kacau. Tapi, Scha nampak kami dua beranak tengah tengok. Terus Scha melambai tangan ke arah kami. Tak sombong ! Tengah kerja pun boleh layan peminat dari jauh!



Keyword Paling Kerap Dalam Entri Mummy

Pencarian Keyword Tertinggi dalam Blog Mummy Semalam | projek suami dan cara isteri menggoda suami



Keywords top of the day katanya. .. macam-macam ada ye. Paling top untuk setiap bulan biasanya resipi dadih sedut, Ajlaa resort dan D.I.Y tungku baby.

Kali ni..nampaknya ada bab suami isteri hehehe suka ek goda dan projek.

Yang mummy screen shot ni, pencarian keywords terbanyak dalam blog mummy untuk hari semalam.

Blog mummy ni bukan blog otai atau blog ternama. Blog biasa sahaja. Tapi..memang terharu sangat..Sebab ada yang masuk baca blog mummy.

Apapun...Terima kasih semua !! Muahciked ;)

CarBoot Sales Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi

Salam...selamat petang semua ! Jangan lemau-lemau sangat petang Jumaat ni, ye ! Esok cuti,kan? Keep calm and wait for Saturday ya! Ha..gitu cakap English ! Sebenarnya, entri kali ini mummy nak ajak ramai-ramai ke Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi esok ! Kami adik beradik dan ipar duai ada buka car boot sales...Pada yang nak cari barang branded original yang baru mahupun preloved. Jangan lepaskan peluang ini. Sebab kami berniaga pada hari esok sahaja - Sabtu 30 Januari 2016 dari 8 pagi - 12 tengah hari.

Antara barangan berjenama yang akan ada di sana esok antaranya ialah Guess, Bonia, Hush Puppies, Nautini, Braun Buffel, Clarks, Philips Avent, Allerhand, Minaz Collections dan ada pelbagai lagi barangan jenama lain akan kami bawa esok. Harga yang kami tawarkan amat berpatutan dari RM1...nak tahu barangan mana ? Wajib melawat kawasan kami esok ye !

Jom cuci mata serba sedikit barangan baru dan preloved yang ada esok di
Car Boot Sales Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi :-

 
 Car Boot Sales Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Antara barangan berjenama yang akan ada di sana esok antaranya ialah Guess, Bonia, Hush Puppies, Nautini, Braun Buffel, Clarks, Philips Avent, Allerhand, Minaz Collections dan ada pelbagai lagi barangan jenama lain akan kami bawa esok. Harga yang kami tawarkan amat berpatutan dari RM1 
Soft Toy - imported 
 Harga dari RM1 hanya di Car Boot Sales Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi

 Car Boot Sales Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Antara barangan berjenama yang akan ada di sana esok antaranya ialah Guess, Bonia, Hush Puppies, Nautini, Braun Buffel, Clarks, Philips Avent, Allerhand, Minaz Collections dan ada pelbagai lagi barangan jenama lain akan kami bawa esok. Harga yang kami tawarkan amat berpatutan dari RM1
 Teddy Bear, Anak Patung pelbagai pilihan untuk si comel anda.
Harga dari RM1 hanya di Car Boot Sales Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi

 Preloved handbag - GUESS (medium size)

 
Car Boot Sales Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Antara barangan berjenama yang akan ada di sana esok antaranya ialah Guess, Bonia, Hush Puppies, Nautini, Braun Buffel, Clarks, Philips Avent, Allerhand, Minaz Collections dan ada pelbagai lagi barangan jenama lain akan kami bawa esok. Harga yang kami tawarkan amat berpatutan dari RM1  Preloved handbag - GUESS (large size)

 
Car Boot Sales Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Antara barangan berjenama yang akan ada di sana esok antaranya ialah Guess, Bonia, Hush Puppies, Nautini, Braun Buffel, Clarks, Philips Avent, Allerhand, Minaz Collections dan ada pelbagai lagi barangan jenama lain akan kami bawa esok. Harga yang kami tawarkan amat berpatutan dari RM1   NEW ITEM (belum pakai) - HUSH PUPPIES  (size 5)

Car Boot Sales Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Antara barangan berjenama yang akan ada di sana esok antaranya ialah Guess, Bonia, Hush Puppies, Nautini, Braun Buffel, Clarks, Philips Avent, Allerhand, Minaz Collections dan ada pelbagai lagi barangan jenama lain akan kami bawa esok. Harga yang kami tawarkan amat berpatutan dari RM1   Preloved sandal (2x pakai)- NAUTINI (size 7)


Car Boot Sales Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Antara barangan berjenama yang akan ada di sana esok antaranya ialah Guess, Bonia, Hush Puppies, Nautini, Braun Buffel, Clarks, Philips Avent, Allerhand, Minaz Collections dan ada pelbagai lagi barangan jenama lain akan kami bawa esok. Harga yang kami tawarkan amat berpatutan dari RM1   Preloved - BONIA (size 37)


Preloved - BONIA (size 37)


 
 Preloved - Braun buffel

 Preloved - CLARKS (size )
 
 Preloved Bottle Warmer- ALLERHAND
 
Preloved Bottle Sterilizer - PHILIPS AVENT 
 
 New and Preloved - MINAZ COLLECTION

Suku je gambar yang mummy upload ni ! Nak cuci mata lagi..datang esok ye ! Ada pelbagai barangan lagi yang akan kami letakkan di  Car Boot Sales Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Cari kami (Ily, Ejoy, Tie, Deqma, Linda). Jumpa nanti di sana.............

 

Viral Ayam Masak Bali

 

MENU MUDAH | RESIPI VIRAL AYAM MASAK BALI, BAU SEDAP, MAKAN PUN SEDAP

Viral Ayam Masak Bali atau ada yang panggil Ayam Goreng Sambal Bali. Viral masakan ini, menular sejak kebelakangan ini. Tengok rakan-rakan di media sosial semua dok buat Ayam Masak Bali. Sampai satu tahap, dok pikir...sedap ke? Cuti hari itu, terus mencuba. Kebetulan semua barang memang sedia ada. Kecuali daun kari. Memang tak simpan stok. Insyaallah lepas ni, ingatnya nak taman sendiri pokok daun kari ini. 

Bila tengok di facebook. Ada macam-macam gaya masakan Ayam Masak Bali ni. Ada yang buat kering, ada yang buat berkuah, ada yang kurangkan itu dan ada yang tambahkan yang ini. Ikut citarasa memasing. Mummy pun tak copy bulat-bulat resipi viral tu. 

VIRAL RESIPI AYAM MASAK BALI #dapurmummyDhiaDzal #dapurmummy

  • Cili boh (kisar setengah genggam cili kering yang di rebus, 6 biji bawang merah kecil, 4 ulas bawang putih, sedikit halia, sedikit air untuk memudahkan proses mengisar)
  • 6 batang serai diketuk (ada gemuk dan ada kurus)
  • 6 tangkai daun kari
  • Setengah ekor ayam
  • Serbuk kari
  • Kicap
  • Garam - suku sudu kecil.
  • 3 Sudu Besar Gula Pasir
  • Air asam jawa ( 1 sudu asam jawa)
  • Bawang besar hiris (untuk di tabur)
Goreng ayam dengan garam dan kunyit. Letak tepi.

Tumiskan cili boh dengan sedikit minyak hingga garing sedikit. Letakkan serai dan daun kari hingga naik bau. Tambahkan sedikit air asam jawa dalam setengah cawan. Campurkan gula garam dan kicap (hingga warna naik maroon gelap).

Masukkan ayam goreng dan hirisan bawang besar. Gaulkan balik-balik dalam 3 minit.

Angkat ! Siap di makan.

Bau pun dah sedap...apatah lagi bila makan. Serai dan daun kari memang kombinasi terbaik. Fefeling Bali gitu (eh..eh..macam pernah gi Bali !). 

Suami pun yang pertama kali makan pun terkedu. Sedap lah, tu ! hehehe. Yang belum cuba,,harus cuba. Masakan mudah je ni !

 

11 Langkah Penstukturan dan Pengubahsuaian #BajetUntukRakyat #Bajet2016

11 Langkah Penstukturan dan Pengubahsuaian #BajetUntukRakyat #Bajet2016

Seperti yang semua tahu...sebentar tadi PM kita dah selesai bentangkan bajet. Mummy nak share 11 Langkah yang telah di bentangkan :-

1 - Kerajaan setuju untuk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% mulai Mac 2016-Dis 2017. Walaubagaimanapun, caruman majikan kekal #Bajet2016

2 - Kerajaan akan beri pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015 #Bajet2016. Walaupun, kerajaan akan hilang hasil sebanyak RM350juta namun ianya dapat beri penjimatan bayaran cukai individu sehingga RM475, manfaatkan 2juta pembayar cukai

3) Bagi kurangkan kos keperluan harian,Kerajaan,antaranya,liberalisasikn AP bagi produk pertanian terpilih termasuk biji kopi mentah,daging #Bajet2016
- FAMA akan buka pasar belian terus hasil pertanian MyFarm Outlet yang jual barang makanan pada harga jualan 5-20% lebih rendah dari haga pasaran #Bajet2016
- KPDNKK akan kenalpasti lebih banyak kedai jualan harga berpatutan seperti hypermarket. Jumplah Kedai Harga Patut akan ditingkatkan daripada 640 kepada 1ribu .
- KPDNKK akan tingkatkan penguatkuasaan dan ambil tindakan ke atas peniaga tidak beretika yang ambil kesempatan kaut keuntungan berlipat ganda.
- Untuk terus bela pesawah, Kerajaan sediakan tambahan tunai RM50 bagi setiap 1 tan metrik padi bersih sebagai insentif input pengeluaran padi.
- Program MyBeras diperkenal. Setiap keluarga miskin tegar yang brdaftar akan dibekal dengan 20kg beras setiap bulan untuk kurangkan bebanan hidup.

4 - Berkuatkuasa serta merta ke atas projek baru, semua penjualan rumah berharga RM300ribu terhad kepada pembeli rumah prtama sahaja
-Bagi Projek Perumahan Rakyat berharga RM35ribu, Kerajaan menerusi BSN dan Bank Rakyat tawar pakej pembiayaan pada kadar 4% manfaatkan lebih 10ribu pemilik rumah.

5- Sumbangan 30% daripada levi HRDF akan disediakan untuk tingkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang telah diberhentikan.

6 - Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders.

7 - Kerajaan terus perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan kepada 2 kategori, tidak termasuk pmbantu rumah asing.
-
Kerajaan laksana Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI, beri peluang kepada PATI yang bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah.

8 - Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran.

9 - Perbelanjaan pembangunan akan fokus kepada projek dan program mendahulukan rakyat, mempunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import rendah.

10- Institusi kewangan pembangunan dan dana modal teroka milik Kerajaan akan tambah dana RM6bilion dalam sediakan pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan

11- Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bagi kurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja, akan dipantau EPU 

Segmen irrayyan | Sejarah Blog AzlindaAlin a.k.a Bicara Mummy

Sejarah Blog AzlindaAlin a.k.a Bicara Mummy


AzlindaAlin haaaaaaaaa... banyak nau huruf A..Double gitu. Tapi, itu lah pilihan di hati. Nak memudahkan rakan alam maya mengenali lebih dekat siapa Azlinda Alin. Facebook dan Instagram pun dah lama mummy letakkan nama pena Azlinda Alin. Mudahkan semua nak ingat ! 

Asalnya, blog pertama mummy yang di tubuhkan pada 2 Disember 2009 ialah http://budget-cupcakes.blogspot.my/ . Kemudian, hati ini terpanggil pada pertengahan tahun 2012 buat blog untuk peribadi yang bernama pinky-lynn.blogspot.com sebab minat warna pink katanya kan. Lama kelamaan, rasa macam susah pula orang nak ingat blog yang nama panjang itu. 17 Jun 2015, atas nasihat bebrapa rakan blogger merangkap rakan sepejuangan. Mummy terus tukar ke domain AzlindaAlin a.k.a Bicara Mummy. 

Kenapa di media sosial mummy letak Azlinda Alin?
Sebabnya Azlinda tu nama yang di berikan oleh kedua ibu bapa mummy (Nur ada di depan). Dan Alin pula, adalah nama panggilan manja dari ahli keluarga. Korang jangan panggil mummy Alin ye ! Rasa geli orang bukan dari ahli keluarga panggil Alin.  Rakan-rakan panggil Linda je. Baru nampak macam keras gitu hahaha !

Kenapa buat blog?
Asalnya, mummy sangat aktif di facebook dan instagram. Tetapi, beberapa tahun lalu...rasa susah nak scroll balik apa yang pernah di share dan di tulis. Sebab timeline facebook banyak tak keluar. Hilang ntah ke mana pun tak tahu ! Antara benda yang mummy suka celoteh di facebook dan instagram adalah tentang anak-anak, kesihatan, jualan murah dan macam-macam lagi. Lagi satu, facebook tu mummy filter juga. Dengan blog, mungkin mudah orang nak search. Kekal pulak tu ! Nak bebel panjang berjela pun boleh !

Dah bebel panjang-panjang..lupa pula nak bagi info tentang entri ini. Entri ini sebenarnya segmen 24 jam dari irrayyan . Pada yang nak join, jom cepat-cepat join sebelum jam 12.30 tengah hari 28 Januari 2015.

http://www.irrayyan.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog-mommyirra.html

Syarat Segmen irrayyan | Sejarah Blog

1. Follow blog irrayyan

2. Buat satu entri bertajuk "Segmen irrayyan | Sejarah Blog XXX
(XXX = nama anda/blog anda)

3. Masukkan banner di bawah dan link kan ke entri ini.

4. Buat entri mengenai sejarah blog anda melebihi 300 patah perkataan. SEO yang bagus adalah jumlah perkataan dalam sesuatu entri melebihi 300 patah perkataan.
 
5. Tinggalkan url anda di ruangan komen entri ini. Mommy nak g baca entry korang nanti.
6. Tarikh tamat segmen ini adalah 24 jam selepas entry ini dipublishkan (Publish 27 Januari 2016 | 12:30).
7. Penganjur berhak menukar syarat dan sebarang perubahan akan dimaklumkan.

Aiskrim Malaysia RM1

Terkejut tak dengar AISKRIM MALAYSIA ni berharga RM1? Mummy pun terkejut, dah sampai kat kaunter baru tahu. Nak letak balik kesiankan anak. Eksited nak makan Aiskrim Malaysia ini untuk pertama kali. Tapi, beringat lah ! Sekali tu je la mummy beli.
 
  
Nak buat Aiskrim Malaysia ini. Dari sehari ke sehari nak buat...tapi, tak buat-buat. CUti lama minggu lepas, Dhia nampak aiskrim ini dalam TV. 



Terus cakap NAK. Mummy pun, merajinkan diri membuat. AISKRIM MALAYSIA perisa RIBENA dan Sanquick Mangga. 



Dhia panggil aiskrim pisang yang perisa mangga tu. Mungkin dia nampak macam pisang kot ! Apa sahaja lah anak oi !

Sebelum makan aiskrim...kene makan kuey tiaw goreng dulu ! Habis makan..baru boleh makan aiskrim ! Lepas siap makan aiskrim, mandi...

 
Dah mandi..dak Dzal minta sayur kacang buncis goreng. Nasib mummy goreng gitu je. Tak pedas, boleh makan sekali.


 

Meratah sayur !  

Bateri Kereta Kong Tukar dengan Bateriku.com Murah dan Cepat

Kisah Bateri Kereta Kong, Pastinya Nak tukar Dengan Bateri Berkualiti, Murah dan Servis Cepat,kan?  Pilihan kami ialah Bateriku.com

Nak di jadikan cerita...lepas memancing di Kolam Pancing Pak Mat Semenyih. Masa balik, nak start kereta tak boleh ! Mana taknya ! Bateri kereta dah 2 tahun. Bateri kong lah tu ! Nasib baik, daddy ada simpan siap-siap jumper kereta. Jumper terus pada kereta adik ipar. Boleh kami balik ke rumah dengan selamatnya.


Dalam perjalanan pulang tu, daddy minta mummy google mencari perkhidmatan bateri kereta yang boleh memudahkan kerja kami. Bila Google, mummy jumpa bateriku.com . Mummy terus PM di facebook Bateriku.com ...laju je mereka balas. Memang ini yang paling mummy suka ! Siap bagi harga lagi tu ! Mudah nak buat perbandingan harga nanti.


Oleh kerana hari itu, hari Ahad jatuh pula hari cuti umum Thaipusam. Mereka beroperasi sehingga 6 petang. Tak dapat kami nak tukar bateri.

Keesokkan harinya...Plan nak ke Kg Subang. Dalam pada tu, ajak daddy tengok-tengok kedai bateri kereta di Kajang dan Balakong. Kebanyakan supplier Century bateri kereta tutup pula. Ganti cuti Thaipusam,kan ! Manakala kedai spare part nak jual bateri Centuri pada kami lingkungan harga RM200 lebih. Hrm...murah lagi harga bateri di bateriku.com . Baru RM195 (bateri kering) siap pasang dan penghantaran PERCUMA. Daddy memang memilih Brand Century sebab dah ada pengalaman tahan lama, lebih kurang 2 tahun mampu bertahan ! Milage lebih 100,000km. Jimat duit sangat ! Haruslah kene jimat di zaman gawat cenggini,kan?


Kami pun terus buat booking untuk berjumpa di TESCO ARA DAMANSARA. Singgah sini sebelum ke Kg Melayu Subang. Kebetulan, memang dah masa untuk cari barang dapur. Terus buat appointment dengan bateriku.com jumpa kat TESCO terus ! Dalam masa call tu, kami masih di FEDERAL HIGHWAY. Agak-agak dalam masa setengah jam boleh sampai. Pihak bateriku.com pun lebih kurang waktu tu juga masa penghantarannya. Ok cun sangat, dah tu ! Memang tak lama kami di TESCO, pihak bateriku.com pun sampai ! Cepat servisnya. Yang penting MURAH !


Lepas ini, ada sesapa bateri kong di tengah jalan. Boleh call terus bateriku.com . Nak bayar guna tunai, kad debit atau kredit pun boleh ! Mudahkan? Nak order, call sahaja 1 800 88 2324 atau 012-2458027






Wordless Wednesday | Sedondon Baju I AM Dhia Dzal

 
 
 

INSAF MENCARI BERIYANI !

RESTORAN INSAF BARU DI JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN KUALA LUMPUR, PILIHAN BERIYANI MUMMY DARI DULU HINGGA KINI


Lama tak datang ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) Kuala Lumpur. Kali terakhir datang Jalan TAR, masa mengandungkan Dhia Batrisya. Nak makan Nasi Beriyani Insaf waktu tu. Sebelum kahwin, ada juga beberapa kali ke Sogo. Beli barang hantaran kekononnya. Baju bertunang pun beli kat Jalan TAR gak. 

RESTORAN INSAF BARU DI JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN KUALA LUMPUR, PILIHAN BERIYANI MUMMY DARI DULU HINGGA KINI

Bulan ini pula, dah tiga (3) kali mummy ke Jalan TAR. Sakan,kau ! Yang pertama, ada hal ke sana. Pergi berdua dengan Dhia je. Kali kedua, daddy ajak shopping. Daddy punya pasal,la ni. Tanya mummy shopping mana murah untuk beli baju anak-anak. Mummy apa lagi, suggest Sogo KL la ! hahahaha . Memang pakaian agak murah di Sogo KL. Motif sebenar mummy ajak daddy ke Jalan TAR sebab, mummy nak makan beriyani Restoran Insaf ini. Oleh kerana shopping lama sangat, sampai Sogo KL tutup. Sudahnya, Restoran Insaf pun tutup juga. Waktu urusan di KL ini sangat cepat. 9 - 9.30 malam, banyak kedai yang tutup. Tak pe lahkan, tak ada rezeki nak makan Beriyani Restoran Insaf.
 
Alih-alih, mummy ada hal lagi nak ke KL. Hati berbunga-bunga nak makan Beriyani Insaf. Lepas selesai segala urusan peribadi. Terus ke Restoran Insaf. Makan dulu. Dah selesai makan, baru sambung aktiviti shopping. Masa ini, Sogo sales lagi. Sales apa? Nanti mummy cerita next entri ya.

 RESTORAN INSAF BARU DI JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN KUALA LUMPUR, PILIHAN BERIYANI MUMMY DARI DULU HINGGA KINI

Beriyani pilihan mummy kali ini ialah Nasi Beriyani Ayam Merah. Harganya RM14.00. Sedap punya pasal, harga belakang kira. Sapa tak kenal Beriyani Restoran Insaf ini. Tak perlu nak cerita banyak. Memang TERBAIK nasi beriyaninya ! Kalau bulan Ramadhan, memang selalu full house. 

RESTORAN INSAF BARU DI JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN KUALA LUMPUR, PILIHAN BERIYANI MUMMY DARI DULU HINGGA KINI

Mummy lawankan dengan air limau. Tapi, limau ais ler...Panas berdeting, berjalan sana sini. Berpeluh-peluh ! Mesti lah nak air sejuk,kan ! Harga limau ais ini RM3.00. Keseluruhan harga makan tak masuk GST. Kene tambah 6% nanti. 

Sapa yang belum pernah cuba, boleh terjah Restoran Insaf, pekena Nasi Beriyani sini. Landmark dia berhampiran Gulati's Jalan Tuaku Abdul Rahman. Mudah je ! Lalu depan Sogo KL, terus sedikit..nampak lah restoran ini. 


BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH

MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH

Hujung cuti yang lalu..cuti agak panjang. 3 hari dari Satu sampai Isnin. Tapi, daddy budak-budak ni kerja Sabtu. Walaupun kerja Sabtu separuh hari. Tetap bawa kami jalan sebelah petang. Jalan-jalan window shopping je. Ahad pula, daddy bawa kami semua berkelah a.k.a memancing. Nak ikutkan memang malas mummy nak ikut gi mancing, Tau ler...budak-budak ini. Mana boleh dduduk diam. Kang ada pulak jatuh dalam kolam. Ntah nape, mummy pun excited kali in nak pergi. Dhia dan Dzal pun dah sibuk nak ikan..nak ikan. Tempat mancing kali ini, mummy belum pernah pergi lagi. KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH.

 MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH
MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH

KOLAM MANCING PAK MAT ini, tak jauh dari rumah. Lebih kurang 5-10 minit je. Sampai je sini. Dah nampak angsa, ayam, itik kat sini. Dalam fikiran mummy, boleh meronda ni nanti bawa anak tengok haiwan ternakan yang ada.



Semua haiwan ini, tidak terbiar. Semua duduk dalam kurungan jaring. Tapi, si Dhia sakan nangis. Takut katanya. Yang adiknya, Dzal...memula steady je. Sekali nampak angsa tu berbunyi kuat. Terus lari mencicit ! Adoi.. korang ni ! Lotih mummy tau ! Bawa gi zoo sana sini pun, takut lagi !


MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH

Yang best lagi tentang kolam ini ialah, besar kolamnya. Dah macam picnic kami. Siap bawa kerusi meja. Makanan minuman. Kalau daddy beritahu awal-awal. Bolah masakkan bihun goreng ke apa. Angin pun sepoi-sepoi bahasa kat sini. Main layang-layang pun bagus gak !


MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIHMURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH


Alhamdulillah, dapat ikan keli ! Boleh buat makan malam untuk daddy, mummy memang tak makan ikan keli. 


MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH


Ikan paling besar yang ada dapat hari itu ialah tongsan 6.7kg.  
  
MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH

Tapi, bukan daddy yang dapat. Orang lain yang dapat. Ok la kan.. at least tahu ada macam-macam ikan di sini. Besar kecil semua ada. Paling besar yang kami lihat hari yang sama mancing dengan kami ikan ini. Kiranya, di sini ada juga ikan besar !


MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH

Harga mancing pun boleh tahan murah ! RM15 untuk 4 jam (1 joran). Mana nak  dapat harga gini ! Sambil bawa anak riadah. Memang suasana tak membosankan !  Kalau nak ke sini WAZE je KOLAM PANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO

MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH

Aik...baru perasan. Gambar Daddy dan Dzal pula banyak kali ini.
 


Tadaaaaaaa...hasil gorengan bersama kunyit. Daddy goreng sendiri ikan keli ini. 

Di Tangguhkan !! ROASTERS EATING DAY (RED) 2

Minggu lalu, mummy ada war-warkan berita Kenny Rogers Roaster akan mengadakan ROASTERS EATING DAY (RED) 2 - PERCUMA 1 set hidangan RED meal

PERCUMA 1 HIDANGAN RED MEAL dengan setiap pembelian RED Meal pada 28 Januari 2016.

Dan, sebentar tadi mummy baru sahaja dapat berita dari emel mengatakan RED 2 ini akan ditangguhkan sehingga tarikh yang akan di maklumkan nanti.

Mummy juga memohon maaf atas kesulitan ini.



Dari press release yang mummy terima :
 


POSTPONEMENT OF ROASTERS EATING DAY (RED) 2

Kuala Lumpur, 26 January 2016 – Kenny Rogers ROASTERS (KRR) will be postponing the ROASTERS Eating Day (RED) 2 event which was slated to take place this 28th January 2016 nationwide.

The annual event, which is celebrated at the start of the year aims to motivate the public to keep to healthy resolutions. Following a successful RED 1 held earlier on 13 January, KRR planned to organise RED 2 due to popular demand from its valued guests.

However, according to a KRR representative today, RED 2 will be postponed to a later date due to some unforeseen circumstances. KRR will duly update everyone in due time.

For more information on Kenny Rogers ROASTERS, contact 03 - 2119 9888 or visit www.krr.com.my.