HARGA PETROL DAN DIESEL KEKAL UNTUK MEI 2016

MAY 2016 - Harga petrol dan Diesel Kekal Sama Seperti April 2016


Harga Petrol dan Diesel Mei 2016
Gambar sumber google

Tiap kali hujung bulan...mesti berdebar dengar keputusan harga petrol dan diesel kan? Alhamdulillah harga petrol dan diesel bagi bulan Mei 2016 kekal seperti harga di bulan April 2016.

Harga Petrol dan Diesel Mei 2016 :-

RON95 - RM1.70 seliter.
RON97 - RM2.05 seliter.
Diesel - RM1.55 seliter.


LEBUHRAYA LEKAS TUTUP PADA 30 APRIL 2016

TOL KAJANG SELATAN LEBUHRAYA LEKAS TUTUP HARI INI 30 APRIL 2016


Hari ini...jalan sesak depan rumah. Mungkin ramai yang tak tahu lebuhraya LEKAS dari Kajang Selatan Tol E21 tutup pada 30 April 2016.



Penutupan lebuhraya LEKAS kerana ada CFA Event : RHB Shimano Highway Ride .

Pengguna di nasihatkan menggunakan lebuhraya PLUS untuk ke Selatan.

Berhati-hati di jalan raya !! Selamat bercuti semua !!

BOCEY PEMENANG UTAMA MAHARAJA LAWAK MEGA MLM 2016

BOCEY MENANG MLM 2016 !! TAHNIAH JUGA BUAT SEMUA PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2016





Mummy ucapkan TAHNIAH kepada  BOCEY  ! Yeay... BOCEY menang Maharaja Lawak Mega untuk Tahun ini 2016. RM500 ribu berhak untuk anda.

Manakala tempat kedua di menangi oleh Joras, Puteh dan akhir sekali tempat ke empat di emnangi oleh LOL.



Tahun depan boleh masuk berentap lagi ! Pada peserta yang lain,  jangan putus asa. Jumpa lagi di MLM tahun 2017

4 KUMPULAN BERENTAP PUSINGAN AKHIR MAHARAJA LAWAK MEGA 2016

 MALAM PENENTU FINAL PUSINGAN AKHIR MAHARAJA LAWAK MEGA MLM 2016 BERSAMA 4 KUMPULAN PESERTA



Malam ini, merupakan malam kemuncak Maharaja Lawak Mega 2016. Pusingan akhir atau FINAL MLM 2016 ini pastinya mendebarkan ! 



4 PESERTA BERENTAP DI MALAM FINAL MAHARAJA LAWAK MEGA - MLM 2016 :-


LOL
Bocey
Puteh
Joras

SIAPA PILIHAN MUMMY UNTUK MAHARAJA LAWAK MEGA FINAL 2016?

Tentunya Bocey !!! Harap ada rezeki Bocey tahun ini. Kepada semua peserta.. Semoga berjaya ! 

25 SUBJEK NOTA PADAT UNTUK PEPERIKSAAN SPM 2016

Nota padat 25 sujek SPM2016 ini khas untuk rakan-rakan mummy yang ada anak nak ambik peperiksaan SPM tahun ni. Juga untuk rujukan kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM 2016.

Mummy dapat info ini dari group Whatsapp kawan-kawan juga. Kata mereka  nota padat ini daripada Puan Pengetua Sekolah Men Keb Sek 18, Shah Alam.
Beliau ambil masa yang lama untuk kumpulkan nota padat ini. Harap perkongsian ini dihargai. 

Beliau juga alu-alukan kita kongsikan perkara ini 

"Please share to other groups..
Whatsapp, Telegram, Wechat dan Facebook.


Let’s start sharing knowledge and help others.."


25 SUBJEK NOTA PADAT UNTUK PEPERIKSAAN SPM 2016


25 SUBJEK NOTA PADAT UNTUK PEPERIKSAAN SPM 2016


Bahasa Inggeris : http://gg.gg/spmbi

Bahasa Melayu : http://gg.gg/spmbm
Bahasa Arab: http://gg.gg/spmarab
Ekonomi Asas : http://gg.gg/spmeko
Ekonomi Rumah Tangga : http://gg.gg/spmert
Kesusasteraan Melayu : http://gg.gg/stra
Matematik Moden : http://gg.gg/mmode
Matematik Tambahan : http://gg.gg/mattm
Pengajian Al Quran dan As Sunnah : http://gg.gg/alq
Pengajian Syariah Islamiah : http://gg.gg/asyha
Pendidikan Moral :  http://gg.gg/spmmor
Pendidikan Agama Islam : http://gg.gg/spmagm
Perdagangan : http://gg.gg/spmprdg
Prinsip Perakaunan : http://gg.gg/spmakn
Sains Sukan : http://gg.gg/spmssk
Tasawwur Islam : http://gg.gg/spmtswr
Reka Cipta : http://gg.gg/spmrc


Selamat belajar dan semoga berjaya dengan cemerlang ! 

Baju Kurung Baju Melayu Anak Untuk Raya 2016 Tema Purple


Dah Siap Baju Kurung Baju Melayu Anak Untuk Raya 2016?

Teruja sangat nak raya mummy dan daddy rupanya ye ! Siap dah baju kurung puplum dan baju melayu raya untuk tahun 2016 ini. Tema purple katanya tahun ini..hehehehe. Puasa pun belum, baju raya anak dah siap. Persiapan awal tu memang perlu ! Sebab, lepas ini nak sediakan bajet lain pulak, bajet balik kampung, tol. minyak, duit raya, kuih raya,,,

Berpeluh sekejap !! Bukan senang nak raya rupanya,kan?


Baju Kurung Baju Melayu Anak Untuk Raya 2016

Baju kurung Dhia ada dalam 4 pasang tahun ini. 
Sebab, bila kain tok mak lebih je...buat baju Dhia. Sudahnya sedondon lah anak mummy dengan baju tok mak, ye ! 

hehehe



Untuk mummy pulak, tema purple juga raya 2016 kali ini, cuma mummy dan daddy deep purple.. Anak anak je pekena sweet purple tu. 

PAKEJ BIRTHDAY PARTY DI MC DONALD'S 2016

PAKEJ SAMBUTAN HARI JADI | BIRTHDAY PARTY MC DONALD'S 2016



PAKEJ SAMBUTAN HARI JADI | BIRTHDAY PARTY MC DONALD'S 2016



Rentetan entri Sambutan Hari Jadi Dhia Batrisya yang ke-3 tahun "birthday party" di Mc Donald's Kajang Perdana tempoh hari, ramai pula PM mummy tanya pakej hari jadi Dhia di Mc Donalds tu. Mummy pulak, dari sehari ke sehari nak up cerita di blog tak berkesampaian.

Almaklumlah,kan banyak entri yang harus mummy utamakan terlebih dahulu !
Dan, entri kali ini...bukan nak promote tempat hari jadi di Mc Donalds ye. Tapi, sebab ramai yang tanya mummy. Mummy pun ingat-ingat lupa pakejnya. 

Bila mummy dah jumpa balik flyers BIRTHDAY PARTY MC DONALD'S. Mummy kongsikan terus pakej hari jadi Mc Donald's sebelum mummy terlupa balik. hehehe faktor usia memang gini. Cepat lupa..tak nak lupa? Mummy kenelah tulis di blog cepat-cepat.

Ada 2 pakej untuk menyambut hari jadi di Mc DOnald's tahun 2016


PAKEJ SAMBUTAN HARI JADI | BIRTHDAY PARTY MC DONALD'S 2016


1. Set Birthday Party Mc Donald's RM133. Dapat :- 


  • 10 set Happy Melas - Burger Ayam dan Air berkarbonat. Tukar air ribena atau milo dalam RM2.45 setiap satu.
  • 10 Party Packs - Goodies Bag, kalau nak tambah RM6.90 setiap satu. Mummy tak tambah, mummy buat goodies bag sendiri yang mana tak cukup.
  • PERCUMA 2 games - Pihak MC D aturkan dan ada hadiah untuk pemenang yang mereka sediakan.
  • PERCUMA 2 jam tempat BIRTHDAY PARTY
  • PERCUMA servis, seperti mc majlis, mereka potongkan kek, lagu yang di mainkan semasa majlis berjalan
  • PERCUMA belon
  • PERCUMA invitation card
  • PERCUMA mask muka (topeng muka) dan topi birthday party

PAKEJ SAMBUTAN HARI JADI | BIRTHDAY PARTY MC DONALD'S 2016

2. Set Birthday Party Mc Donald's RM244. Dapat :- 




  • 10 set Happy Melas - Burger Ayam dan Air berkarbonat. Tukar air ribena atau milo dalam RM2.45 setiap satu.
  • 10 ketul ayam goreng MC D
  • 5 Mc Value Mc Chicken (Medium)
  • 10 Party Packs - Goodies Bag, kalau nak tambah RM6.90 setiap satu. Mummy tak tambah, mummy buat goodies bag sendiri yang mana tak cukup.
  • PERCUMA 2 games - Pihak MC D aturkan dan ada hadiah untuk pemenang yang mereka sediakan.
  • PERCUMA 2 jam tempat BIRTHDAY PARTY
  • PERCUMA servis, seperti mc majlis, mereka potongkan kek, lagu yang di mainkan semasa majlis berjalan
  • PERCUMA belon
  • PERCUMA invitation card
  • PERCUMA mask muka (topeng muka) dan topi birthday party

UNTUK BIRTHDAY GIRL - DHIA BATRISYA :

PERCUMA - goodies special dari Mc D
PERCUMA 1 set makanan


Majlis tempoh hari, hanya untuk kaum keluarga, adik beradik dan ipar duai. Sebab keluarga kami agak besar. Sambil-sambil nak hiburkan hati anak-anak buahku (dekat 20 orang) yang hadir dalam 16 orang termasuk anak sendiri. Last minute, keputusan buat di Mc D depan rumah je. Senang !

PAKEJ SAMBUTAN HARI JADI | BIRTHDAY PARTY MC DONALD'S 2016

Pada yang berminat, nak sambut hari jadi di Mc D. Sila rujuk gambar di atas ye. Sebab, bukan semua restoran Mc D ada sediakan tempat khas untuk majlis hari jadi.



Pilihan Novel Masa Kini | NovelPlus Novel Online



NovelPlus - Novel Online Tarik Perhatian Lebih 230 Penulis Indie Malaysia




Sungguh ! Mummy tak ada masa nak belek-belek novel dah sekarang ini. Lagi pun , zaman sekarang zaman teknologi. Nak baca novel tak semestinya melalui buku tebal tu !




Mummy membaca novel secara online je sekarang. Aplikasi pilihan mummy adalah NovelPlus. Download dari Play Store sahaja!


NovelPlus merupakan sebuah aplikasi saluran kreatif dan pembacaan menerusi telefon pintar. Mummy dapat tahu, ianya mendapat sambutan positif dan telah menerbitkan lebih dari 500 karya fiksyen berbahasa Melayu daripada penulis Indie tempatan.

NovelPlus juga menawarkan para penulis cara mudah, pantas, kebebasan berkarya dalam penulisan, kolaborasi dan secara terus menyalurkannya kepada berjuta pembaca tegar.

Tidak seperti cara lama dalam self-publishing, NovelPlus menghapuskan halangan yang wujud daripada teknologi dengan mewujudkan peralatan mudah guna untuk menyiarkan novel menjadikan ia lebih mudah buat penulis untuk kekal fokus dalam penulisan dan meraih pembaca baru.

“Kami teruja untuk membantu mereka yang gemar menulis mengasah kemahiran menulis mereka sambil merapatkan jurang di antara karya mereka dan pembaca setia. Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga menggalakkan maklum balas dan interaksi di antara pembaca dan penulis melalui perincian ulasan dan perkongsian yang dibangunkan di dalam aplikasi ini,’’ ujar pengasas NovelPlus, Dato’ Lim Thean Keong.

Sehingga kini, NovelPlus telahpun mempunyai lebih dari 500 ratus karya yang telah dihasilkan oleh penulis Indie bukan sahaja dari Malaysia bahkan juga dari Indonesia, Singapura dan Brunei, dan semua konten yang ada dalam aplikasi ini boleh dibaca secara percuma oleh pengguna NovelPlus.

Mekanisma pembelian dalam aplikasi ini akan dilancarkan tidak lama lagi setelah lebih ramai pengguna mengenali aplikasi ini.

NovelPlus mensasarkan dua perkara: 

1. Membantu orang ramai meenceritakan kisah mereka dan membolehkan mereka berkongsi karya mereka secara langsung dengan pembaca. 

2. Pembacaaan menjadi lebih mudah berbanding membawa senaskah buku untuk dibaca ketika dalam pengangkutan awam, ke kampus atau tempat kerja.

Dengan pelancaran NovelPus, yang boleh didapati di Google Store dan Apple Appstore menerusi pahutan www.novelplus.co, orang ramai boleh menikmati karya-karya indah yang ditulis oleh orang lain seperti mereka, serta lari ke dunia fantasi dan kreatif menerusi karya hebat yang dihasilkan. Ia bukan setakat berakhir di situ.

“Kami menyedari yang penceritaan adalah bersifat sosial, sehubungan dengan itu NovelPlus memberi ruang kepada pembaca dan penulis untuk berkongsi cerita mereka dengan pantas, serta mengundang orang lain masuk kea lam fantasi ciptaan mereka,” ujar Pengurus Besar NovelPlus, Crystal Lai.

Hari ini, buku yang diterbitkan secara sendiri diedarkan secara meluas, tetapi NovelPlus menjadikan kerja penerbitan lebih mudah untuk komuniti setempat, dengan karya-karya menyayat hati, romantis yang lebih relevan dengan budaya masyarakat Malaysia pembaca.

“Menariknya lagi, di NovelPlus sesiapun boleh menjadi penulis, tanpa mengira had umur. Hanya dengan menghantar karya anda di NovelPlus, karya anda secara automatik akan disiarkan secara digital dan setakat ini penulis termuda yang menghantar karya kepada kami berusia 12 tahun,” tambah Crystal lagi.

“NovelPlus adalah satu-satunya aplikasi yang menyiarkan karya berbahasa Melayu secara digital.

Aplikasi ini mengandungi sifat kebolehbacaan yang hebat dan pembaca boleh menyelak helaian muka surat sama seperti buku. Tambahan pula, NovelPlus sering menghasilkan novel terbaru yang gempak!” ujar Kieyah, salah seorang penulis popular menerusi karya ‘Aku Bukan Cinderella’, yang boleh didapati di NovelPlus.

Tentang NovelPlus


NovelPlus ditubuhkan sebagai inisiatif menggalakkan pembacaaan dan penulisan dikalangan komuniti tempatan. Kami percaya setiap orang mampu menerbitkan, berkongsi dan mengedarkan karya kreatif mereka untuk dibaca oleh pembaca setia. NovelPlus dicipta untuk rakyat Malaysia, yang mempunyai kisah untuk diceritakan. Dengan menghasilkan satu ekosistem penerbitan yang mudah diguna dan menyeluruh, NovelPlus telah membuka dunia penerbitan baru kepada orang ramai yang mempunyai akses internet dan minat mendalam dalam bidang penulisan mencurah.

NovelPlus, merupakan sebuah platform indie dan kreatif, yang tidak hanya menyediakan jaringan antara penulisa dan pembaca, bahkan ia juga memupuk minat membaca dikalangan rakyat Malaysia dengan menjadikan ia lebih mudah dan menyeronokkan.

Dilancarkan pada tahun 2015, NovelPlus telah mempunyai lebih dari 500 karya yang boleh diakses lebih dari 11,000 pengguna.

NovelPlus juga boleh dimuat turun menerusi www.novelplus.co

Pukul Anak Pecahkan Cawan dan Piring?

Semalam, mummy balik rumah waktu lunch. Almaklumlah, ofis depan rumah je,kan ! Kalau lapang waktu rehat tu, memang mummy balik ke rumah, je ! Jimat duit lunch dan sambil tu boleh menyusukan Dzal Aidi Fiqry sekali.
Alkisah tengah makan tengah hari. Sedang syok makan ketam, "paaaangggggg....." cawan dan piring jatuh pecah dari almari.

PATUT KE PUKUL ANAK YANG JATUHKAN CAWAN KACA DAN PIRING KACA HINGGA JATUH BERDERAI ITU ?



Terus berhenti makan.
Jerit !! Suruh Dzal Aidi Fiqry ketepi . 

Basuh tangan, kutip serpihan kaca dan menyapu tempat kejadian.
Hrm.....memang kene tengking lah,kan ! Sibuk la.. buka tutup almari pinggan mangkuk. 

Masa kita makan, masa tu juga nak amek mainan dalam tu. Banyak lagi kot mainan kat depan, dalam bilik ! Bila kene marah tu, menangis terus Dzal. Mummy rasa kesian? Tak ada rasa kesian langsung waktu itu !


Haaaa..mummy marah, bukannya sebab sayang sangat set cawan kaca tu. Walaupun beli dari jauh nun di Langkawi sana. Tapi, nak bagi Dzal tu takut sedikit. Supaya dia tahu bahaya barangan kaca tu bahaya..kalau jatuh ! Nasib tak jatuh atas kaki ! Kalau tidak? Erm...satu kes lain pulak yang akan jadi !
Tangan mummy dah hampir-hampir nak pukul tangan si Dzal tu. Supaya dia beringat jangan buat perkara itu.

Rasa tak sampai hati pulak nak pukul. Jerit je mampu, tu pun Dzal Aidi Fiqry dah nangis teresak-esak.

Mummy tak sempat habiskan makan tengah hari, terus bersiap ke ofis ! 
Sampai ofis, mummy teringat perkara itu. Rasa serba salah pula tengking-tengking anak.

Nak ikutkan bukan salah anak-anak pun. Mummy dan daddy yang simpan mainan dalam almari kaca. Budak-budak kecil tu...manalah tahu bahaya ke tidak barang dalam tu.

Apa yang mereka tahu, nak mainan dan nak main.


Hrm....lepas ni, mummy kene susun atur balik barangan rumah. Bahaya simpan mainan dan barangan kaca di satu tempat yang sama.

Ataupun, nak senang tak payah dah buat koleksi barangan mainan tu..main je lah sampai rosak. huhuhu

SAFI Set Kecantikan Mengandungi Khasiat Habbatus Sauda


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Mummy nak review satu produk SAFI. Mesti yakin, ramai yang dah tahu tentang produk kecantikan dari SAFI ini. Betul tak? Produk kecantikan SAFI yang terbaru ini ada kelainannya. Sebab, di formulasi dengan jintan hitam atau dalam bahasa lain di sebut sebagai HABBATUS SAUDA.

Sebelum mummy cerita pengalaman mummy gunakan produk kecantikan dari SAFI ini. Mummy nak cerita sedikit tentang rangkaian produk SAFI terlebih dahulu.

SAFI Set Kecantikan Mengandungi Khasiat Habbatus Sauda | Murah dan Mampu di Miliki Setiap Orang 

Produk kecantikan SAFI adalah dari sentuhan semulajadi. Produknya mengandungi pelbagai kebaikan hasil alam seperti Gamat, Pokok Lidah Buaya dan Mentimun .

Ianya, diperakui ramai sejak zaman- berzaman bagi memberikan khasiat terhadap kulit wajah. 

Membersih wajah menggunakan pembersih wajah akan menjadikan kulit lebih halus dan lembut berbanding sabun biasa. Penggunaan pembersih wajah amatlah penting kerana ia diformulasi khas untuk tekstur kulit wajah. Inspirasi ekstrak semula jadi yang selamat dan efektif pada kulit wajah menzahirkan khasiat terkitab SAFI dalam memberi yang terbaik untuk semua wanita. 

Memahami keperluan wanita moden kini, SAFI menggenggam manfaat kehebatan alamiah dan diolah menjadi produk kecantikan berasaskan ekstrak tumbuhan  semulajadi. SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian pembersih wajah SAFI yang diperkaya dengan manfaat Habbatus Sauda agar khasiat pada kulit wajah dapat dipertingkatkan.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. dalam Hadis Riwayat Bukhari & Muslim yang dipetik dari Kitab Ash Shahihain, “Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”

Rangkaian Pembersih Wajah SAFI adalah regim penjagaan wajah asas bagi wanita yang inginkan sentuhan semulajadi. Rasaiformulasi ekstrak semulajadi yang hadir dalam variasi berikut- Sari Mentimun & Habbatus Sauda, Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda, dan Sari Gamat &Habbatus Sauda. 

Formulasi baharu SAFI didatangkan dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang selari dengan jiwa wanita yang cintakan sentuhan semula jadi, mempunyai personaliti ceria namun masih kekal ayu dan sopan. Warna biru laut, ungu dan hijau terang yang mewakili konsep alam. Pasti kelihatan menonjol dan menarik perhatian pengguna.





SAFI Set Kecantikan Mengandungi Khasiat Habbatus Sauda


Formulasi dipertingkat!


Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Jintan Hitam merupakan kombinasi utama dalam formulasi baharu rangkaian Pembersih Wajah SAFI bagi membantu kulit agar kelihatan halus dan lembut semulajadi. Habbatus Sauda melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria. Jom.. nikmati kulit lembap dan licin sepanjang hari secara semulajadi.



Rangkaian produk pembersih muka SAFI





Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI

Harga : 50g-RM 6.10, 100g-RM10.80



Inilah rahsia cerah berseri secara semula jadi! Terkenal dengan gelaran “Ratu buah-buahan”, rumusan khas Sari Susu Manggis menjadikan kulit wajah cerah dan lembap sepanjang hari. Pembersih ini amat sesuai untuk semua jenis kulit khususnya mereka yang berkulit kering. Alami kecerahan kulit secara semulajadi dan nikmati kelembapan kulit wajah berpanjangan!


SAFI Set Kecantikan Mengandungi Khasiat Habbatus Sauda

Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI

Harga : 50g-RM 6.10, 100g-RM 10.80



Kehebatan gamat memang diperakui ramai sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional. Ia juga mampu mengawal minyak dan jerawat di samping membersihkan kulit wajah dengan sempurna tanpa cela. Tampil yakin dengan kulit bebas minyak & jerawat!




Rangkaian produk pelembap muka SAFI


SAFI Set Kecantikan Mengandungi Khasiat Habbatus Sauda


Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI 

80g- RM 8.90



Kebaikan Sari Gamat sebagai agen pemulihan mampu mengawal minyak dengan efektif agar kulit bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat. Berikan nafas baharu serta kesegaran pada kulit wajah anda!

SAFI Set Kecantikan Mengandungi Khasiat Habbatus Sauda

TESTIMONI PENGUNAAN Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda SAFI, Pelembab Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI dan Krim Kecantikan SAFI



Pembersih muka sari mentimun habbatus sauda berharga : 
 50g- RM 6.10, 100g-RM 10.80


Oleh kerana pori kulit muk amummy agak besar, mummy suka sangat dengan produk ini. 

Manfaat pembersih Sari Mentimun yang mampu mengecilkan pori. Pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuat kulit terasa lebih mulus, segar dan berseri. Dengan khasiat mentimun, sel kulit mati akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda! Pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. Kini kulit wajah terasa halus dan pori tidak tersumbat lagi!


Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI

Harga : 80g- RM 8.90



Manfaat ekstrak Sari Pokok Lidah Buaya ini umpama terapi wajah, selain menyejukkan ia juga membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh semua jenis kulit. Kulit mummy terasa lebih lembap dan sihat.


Dan, akhir sekali sebelum pekena make up di muka. Mummy ratakan kulit muka mummy dengan krim kecantikan SAFI. 

Nak cantik, tapi nak gunakan produk kecantikan pada harga mampu milik?
Mummy cadangkan produk kecantikan dari SAFI !

Produk SAFI ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya yang utama. 

Mummy suka sangat dapat khasiat semulajadi serta manfaat berganda Habbatus Sauda.


Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari:


Instagram : safimalaysia
Youtube: safi,my



Mee Bandung Muar Sedap di Kajang (Belakang Tesco Kajang)


Mummy memang peminat Mee Bandung. Selalunya, kalau balik Batu Pahat. Wajib pekena Mee Bandung Odeon tu. Sedap ! Kalau di tempat lain, memang tak dapat sama Mee Bandung Odeon tu.


MEE BANDUNG D'MUAR SEDAP DAN MURAH DI KAJANG (BELAKANG TESCO KAJANG )


Tapi, mummy ada jumpa dengan restoran kat Kajang ni. Mee Bandung D'Muar nya memang sedap ! Isi banyak pulak tu. Ada sotong, daging, ayam, udang, telur dan sayuran.

Alhamdulillah kuahnya pekat dan kene dengan selera !

MEE BANDUNG MUAR DI KAJANG (BELAKANG TESCO KAJANG )


Kadang-kadang tu, suka ajak daddy lepak sini. Amek angin malam sambil dating makan Mee Bandung.

Lagi pun dekat dengan rumah.

Tapi, tiap kali pergi. Selalu tak berkesempatan nak amek gambar. Hari ini, mummy belanja sekeping gambar Mee Bandung D'Muar (belakang TESCO Kajang).

Harga pun murah je. Sedap..memang sedap...

Mummy beli 4 bungkus terus Mee Bandung D'Muar sebab abah nak datang rumah, semua sekali RM22 je !

Puas makan !



PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK

JOM GEGAR SIBER | PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK


Kata alu-aluan oleh Ketua Pegawai Operasi (CEO) PTPTN - Encik Wan Ahmad Wan Yusoff

Ahad lepas, Mummy telah menghadiri Majlis Minum Petang "Hi-Tea" bersama pihak pengurusan korporat PTPTN yang bertempat di Pullman Hotel, Bangsar Kuala Lumpur. Program ini, di namakan Jom Gegar Siber bersama Tabung Pendidikan (PTPTN).




Haaaa......bila sebut PTPTN semua rasa nak lari, nak marah, nak sakit hati kan ! Sebab apa? Sebab ada tunggakan, lah tu ! hehehe. Bahaya tau, bila ada tunggakan ini. Sebab PTPTN sudah masukkan rekod pemiutang ke sistem rekod hutang (CCRISS). Kalau ada tunggakan... Memang pasti, tak boleh buat apa-apa pinjaman di bank ! 



PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK


Fuh !!! Masak ni,kan? Nak beli rumah, nak beli kereta, nak mohon kredit kad... Semua TAK LULUS lah nanti jawabnya ! 


PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK

Haaaa...naya,kan !!
Sebenarnya, mummy bukan nak cerita pasal bab hutang. Tapi, apa yang mummy nak kongsikan di entri kali ini ialah bab SIMPANAN ANAK-ANAK KITA melauli SSPN-i Plus.

Mummy lama dah tahu tentang kewujudan simpanan anjuran PTPTN, iaitu SSPN-i sebelum ini. Cuma, macam tak berapa pasti apa kelebihannya dan agak tak faham program ini. 

Kalau nak kata menyimpan..Erm..simpanan di bank, ASB dan Tabung Haji itu lebih menguntungkan. Kan?? Betul,kan? 

Eh... salah,ye?

Entah..mummy pun kurang pasti sebenarnya.


PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK



Ha, bila tengok gambar di atas, kita nampak perbezaan simpanan kita. Kan? Baru mummy nampak fungsi sebenar SSPN-i Plus ini.


APAKAH ITU SSPN-i PLUS?

SSPN-i PLUS merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh PTPTN untuk penabungan bagi tujuan pengajian tinggi. SSPN-i Plus di tambah baik dari SSPN-i sebelum ini. Di mana SSPPN-i PLUS ini terdapat perlindungan takaful yang murah dan koperehensif.

Di mana, ada beberapa pakaj komitmen yang di tawarkan serendah RM30 sebulan.


SSPN-i Plus Mempunyai Kelebihan Seperti :-

    PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK

  • Komitmen serendah RM1 sehari
  • Patuh Syariah - Simpanan Islamik bukan Konvensioanal
  • Pelepasan Cukai  "Tax Relief"
  • Keuntungan Dividen (Ikut Syariah)
  • Pampasan Kematian
  • Manfaat Takaful 36 Penyakit Kritikal
  • Elaun Hospital
  • Khairat Kematian
  • Tiada Pemeriksaan Kesihatan
  • Tidak perlu Medical Check up
  • Simpanan DI jamin oleh Kerajaan
  • Layak Memohon Pembiayaan PTPTN


SYARAT PEMBIAYAAN PELAJARAN DARI PTPTN DIPERKETATKAN




PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK

Ada anak kawan mummy ini, sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Nottingham University Semenyih. Kos yurannya setahun adalah RM60,000 . Sebulan lebih kurang RM5,000 kene simpan. Huhuhu. 

Kalau lah kita mengharapkan pinjaman semata-mata RM60,000 untuk setahun. Yakni RM180,000 untuk tempoh 3 tahun. 

Jika harapkan pinjaman. Memang tersiksa nak membayarnya kelak tu, nanti !!

Ini, yuran zaman 2016. Lagi 20 tahun, macamana pula kos yuran Dhia dan Dzal tu, ye?

Allahuakbar ! Pening pulak mummy, di buatnya.

Nak bergantung pada pinjaman PTPTN? PTPTN pun, dah ketatkan syarat. 

SYARAT KELAYAKAN MENDAPATKAN PINJAMAN PTPTN :


  • Pelajar atau penjaga penerima BR1M, boleh mendapatkan 100% pinjaman PTPTN.
  • Jika, pendapatan ibubapa tidak melebihi RM8,000 sebulan dan bukan penerima BR1M, kelayakan maksimum pinjaman PTPTN sehingga 75% sahaja.
  • Manakala, pendapatan penjaga melebihi RM8,000 sebulan dan bukan penerima BR1M. Pembiayaan PTPTN yang layak hanya 50% dari jumlah maksimum.
Hrm,,,,nak tak nak. Mummy kene paksa juga, diri sendiri untuk menyimpan. Sedikit-sedikit, lama-lama membukit.

Lagi pun, anak-anak tu amanah Allah s.w.t. Tak rugi menabung untuk anak !

PAKEJ SSPN-i PLUS

PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK

Sejak mummy update pakej SSPN-i PLUS serendah RM30 sebulan di facebook dan instagram. Ramai yang PM mummy bertanyakan tentang pakej SSPN-i Plus ini.

Haaa...teruja,kan ! Memang murah sangat pakej ni.


MACAM MANA NAK REGISTER SSPN-i PLUS SECARA ONLINE?

Pakej sebelum ini SSPN-i boleh di daftarkan di pejabat PTPTN atau agen terpilih seperti bank. 

Tapi, untuk mendaftar simpanan SSPN-i PLUS ini boleh register secara online ! Mudah !



1. Klik link SSPN-i Plus ini 

2. Klik Pembukaan Akaun SSPN-i Plus










3. Selepas siap, isi butiran. Terus boleh pilih portal pembayaran menggunakan kad debit, kredit atau bank transfer.



Yeay...berjaya !! Mudah kan?



Manakala, untuk bayaran bulanan nanti. Hanya tekan butang penambahan deposit sahaja


MACAMANA JIKA NAK KELUARKAN DEPOSIT SSPN-i PLUS ?

Senang je, boleh tinggalkan minima deposit sebanyak RM1,000 


NAK TUTUP AKAUN SSPN-i PLUS BOLEH?

Boleh ! Jika nak tutup akaun, penyimpan boleh dapatkan semua simpanan yang ada berserta dividen.

Selamat menyimpan kawan-kawan, adik-adik, anak-anak !


Gambar bersama Chief Executive Officer (CEO) PTPTN - Encik Wan Ahmad Wan Yusof. 





Mummy dapat external hard disk 500GB. Jangan jeles, sangat ! Sebab lucky draw penyimpan SSPN-i Plus lagi lumayan hadiahnya. Rumah berharga RM500,000 meruapakan hadiah utama. Best tak? Mestilah best. Bukan ada rumah je. Ada kereta, motosikal dan banyak lagi hadiah untuk cabutan bertuah SSPN-i Plus ini.

Keterangan lanjut boleh layari :

Buka Akaun SSPN-i Plus : REGISTER sini
Web Rasmi PTPTN : www.ptptn.gov.my
Instagram:@instaptptn
Twitter : @twitptptn