Sambal Udang Petai

Cuti Merdeka ni mummy masak Sambal Udang Petai. Kebetulan semalam ada orang jual petai di Pasar Malam. Terfikir-fikir nak beli petai ke tidak. 1 ikat petai RM5, yang sudah kopek pula, 1 bungkus petai berharga RM3, beli 2 boleh dapat RM5. Melihat peniaga tu, mummy seakan-akan kesian juga. Berniaga sambil bawa isteri dan anak. Anaknya, pula seperti tak berapa sihat. Tanpa fikir panjang...terus beli sahaja petai. Dalam hati,"Esok, boleh masak sambal udang petai kesukaan suami"

SAMBAL UDANG PETAI


Mummy masak yang mudah-mudah je. Nak tahu resepi Mudah Sambal Udang Petai Mummy? Jom tengok resipi jom.


RESEPI MUDAH SAMBAL UDANG PETAI

Bahan-bahan Sambal Udang Petai :

Cili boh di kisar dengan sedikit air putih:
1 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak untuk tumis
1/2 inci halia
10 tangkai cili kering (di potong dan di rebus)

3 Papan petai
300gm udang sederhana besar
1 labu bawang besar hiris bulat
Sedikit air asam jawa
1 sudu gula
Sedikit garam


 RESEPI MUDAH SAMBAL UDANG PETAI


CARA MASAK SAMBAL UDANG PETAI


1. Panaskan minyak masak
2. Tumis bahan kisar.
3. Tunggu sambal agak garing, masukkan air asam jawa, udang, petai dan bawang yang sudah di hiris.
4. Agak kering sedikit, masukkan gula dan garam.

Siap !!! Ada yang suka letak belacan, daddy tak suka. Makanya, mummy tak letak belacan.

SehatiSejiwa Tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia

Merdeka ! Merdeka! Merdeka ! Salam 31 Ogos dan Selamat Hari Merdeka semua ! Tahun ini adalah SehatiSejiwa untuk Tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia. Kenapa SehatiSejiwa di pilih untuk tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia, ye? Ha..kalau nak tahu kene baca sampai habis entri mummy ini, ye.


SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA  !


SehatiSejiwa Tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia

MAKSUD SehatiSejiwa 

SehatiSejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.


SehatiSejiwa Tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia


SehatiSejiwa Tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia


Dalam satu kenyataan media, Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan seperti tahun lalu ‘Sehati, Sejiwa’ kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia.


LOGO DAN LAGU SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN2016 MALAYSIA

Sementara, Logo dan Lagu Sambutan juga masih dikekalkan bagi tahun 2016 selain turut dikekalkan adalah penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan.

Dalam pada itu, antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober 2016 termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016.

Jangan lupa sertai program-program tersebut,ye ! Mummy pun tak sabar nak bawa anak-anak ke sana. Nak hidupkan semangat patriotik dalam diri mereka sejak kecil.


MENU BREAKFAST ANAK-ANAK PART 3 DI HARI MINGGU

Apa menu breakfast anak-anak Part 3, ye? Kisah breakfast anak-anak Part 1 dan Part 2 hari tu mummy ada tulis di SINI ,  SINI. Entri ini pula, kisah menu breakfast anak-anak part 3 pula. Mungkin ada ibubapa yang sedang membaca blog mummy ini lebih hebat masakkan nya untuk anak-anak. Mummy ini, sorang yang masak breakfast biasa-biasa je untuk anak-anak. Breakfast mummy untuk anak-anak adalah mengikut menu yang anak-anak suka makan. 


MENU BREAKFAST ANAK-ANAK PART 3 DI HARI MINGGU


MENU BREAKFAST ANAK-ANAK PART 3 DI HARI MINGGU


MENU BREAKFAST ANAK-ANAK PART 3 DI HARI MINGGU


MENU BREAKFAST WESTERN DAN ITALY UTNUK ANAK-ANAK  DI HARI MINGGU

Minggu ini agak Western dan Italian sedikit menu kami. Mummy saje tukarkan kelaianan. Supaya anak tak boring. Big breakfast kami ialah Ayam Goreng, Roti John, Kentang Goreng, Pizza dan Susu Dutch Lady.


Breakfast yang agak berat juga. Sebab anak-anak bangun pun lewat, dalam jam 11 pagi baru bangun. Boleh di katakan ini adalah menu merangkap breakfast dan lunch. 

Sebab petang sedikit, mummy nak bawa mereka ke birthday party.

Oh ya..esk cuti MErdeka,kan.. Otak mummy mula terfikir-fikir menu breakfast anak-anak. Breakfast apa, ye? 





Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner

Kalau sebut pasal majlis Hari Jadi, Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry memang suka ! Dalam fikiran mereka dah terbayang kek Hari Jadi berserta lilin. Jadi, bila ada jemputan majlis hari jadi. Memang mummy sedaya upaya membawa anak. Kami hadiri Majlis Sambutan Hari Jadi kali ini, di Fish & Co. Pavilion Kuala Lumpur. Tempat baru untuk anak-anak. Majlis Sambutan Hari Jadi di Fish & Co. Pavilion Kuala Lumpur ini di uruskan oleh pihak DayOne Birthday Party Planner.

Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner


.Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner

Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner

Sampai sahaja di Fish & Co. Pavilion Kuala Lumpur. Pertama sekali kami dah ternampak photo booth. Siap costume lagi ! Apa lagi, posing sat anak beranak di photo booth. 

Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner

Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner

Selesai print gambar di photo booth, kami di minta menunggu di kerusi yang di sediakan sebelum di berikan tempat duduk.

Menu Makanan Pilihan Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner


Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner

Menu pilihan mummy Spaghetti Bolognese dan Seafood Pizza. Ni trademark Fish & Co. makan dalam pan. 

Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner

Akhirnya mummy dan anak-anak sambung makan dalam pinggan warna warni pula. Dhia memang requests pinggan warna pink. Anak dara katanya...

Ada pelbagai menu pilihan Majlis Sambutan Hari Jadi di Fish & Co. Pavilion Kuala Lumpur ini di uruskan oleh pihak DayOne Birthday Party Planner. Antaranya ialah, coleslow, salad, nasi kismis, fish & Chips, nugget, ayam panggang dan macam-macam lagi.

Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner


Aktiviti Permainan Anak-anak Semasa Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner


Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner

Tak lengkap majlis hari jadi kanak-kanak tanpa games / permainan. Betul, tak? Majlis Sambutan Hari Jadi di Fish & Co. Pavilion Kuala Lumpur ini dan DayOne Birthday Party Planner turut mengadakan permainan untuk kanak-kanak.


Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner

Sebelum sessi permainan, ada sessi pengenalan dan sorak menyorak. Kata kunci pada hari tersebut ialah "Ahoyyyyyyy Matteeyyyyyyyy ".

Hahaha tersepit dan terkepit Dhia Batrisya di situ. Nasib baik Dhia boleh membawa diri, walaupun umurnya baru 3 tahun.


Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner

Ini lah anatara permainan yang kanak-kanak akan beraksi ! Banyak, kan permainan ini?

Kanak-kanak bukan sahaja bermain, tetapi dapat berimaginasi dengan lebih tinggi. Kerana, permainan ini mempunyai interaksi dua hala sesama mereka. Setiap booth permainan akan di jaga oleh seorang penjaga, manakala yang lain boleh datang bermain dengan membayar token. 

Setiap permainan yang berjaya dalam misi yang telah di tetapkan. Pengunjung (kanak-kanak) akan mendapat ganjaran wang emas (coklat).



Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner

Tempat memancing antara tempat paling lama Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry singgah bermain. Paling seronok dan paling relaks agaknya. Boleh bermain sambil duduk.

Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner

Aktiviti tampal stiker juga merupakan salah satu aktiviti kanak-kanak. Hello kitty pilihan Dhia.

Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner

Selesai bermain, sessi menyanyikan lagu Hari Jadi dan juga meniup lilin kek Hari Jadi ! Lawa kek ini, siap ikut tema birthday party !

Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner

Inilah captain of the day.

Sebelum pulang, Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry dapat memilih gift sendiri. Kedua-dua mereka memilih mainan telur Dinasor. Dan, Dhia mendapat rantai juga !

Hari Jadi di Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur dan DayOne Birthday Party Planner

Memang seronok jika birthday party sebegini. Lebih sistematik dan teratur. Tuan rumah juga tak penat ! Terima kasih Fish & Co dan DayOne Birthday Party Event Planner.

Selanjutnya, boleh layari :-








SUMBER AYU PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH FORMULASI DIPERTINGKAT DAN BERWAJAH BAHARU

Kali ini, entri mummy kisah wanita pulak ye. Kisah Sumber Ayu, pencuci dan penjagaan semula jadi untuk kawasan intim wanita supaya lebih bersih dan sihat. Ada tak sini, yang pakai pencuci dan penjagaan semula jadi untuk kawasan intim wanita? Mungkin ada yang tak pakai juga,kan? Mummy memang jenis menjaga dan mencuci bahagian intim mummy dengan pencuci yang bersesuaian. Sumber Ayu antara pilihan mummy. Sebab apa Sumber Ayu? Kerana Sumber Ayu berasakan bahan semula jadi .

SUMBER AYU PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH FORMULASI DIPERTINGKAT DAN BERWAJAH BAHARU


SUMBER AYU PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH FORMULASI DIPERTINGKAT DAN BERWAJAH BAHARU


SUMBER AYU PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH FORMULASI DIPERTINGKAT DAN BERWAJAH BAHARU
3 rangkaian Sumber Ayu yang mummy cuba



MEMPERKENALKAN PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYUDENGAN FORMULASI DIPERTINGKAT DAN BERWAJAH BAHARU!


Penjagaan Semula Jadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih Dan Sihat


Sebahagian erti menjadi “dewasa” adalah mengetahui dan memahami keadaan . Serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.

Bahagia intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria. Ha?? Takut pulak dengar,kan? Bagaimana kita mahu menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut? 

Jangan takut, ye. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. 

Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, serta mendedahkan kita kepada risiko jangkitan.  

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, Diformulasi Dengan Bahan Semula Jadi 


Lengkapkan rutin penjagaan peribadi dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi. Agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. 

KENAPA PERLU MEMILIH PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU?


SUMBER AYU PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH FORMULASI DIPERTINGKAT DAN BERWAJAH BAHARU
  • Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

  • Bahan utamanya dari ekstrak Daun Sirih. Ianya kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. 

  • Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.

  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. 

  • Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated.

  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.

  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur
  • MURAH dan JIMAT !! Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU berharga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml).
  • BANYAK PILIHAN !! Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU mempunyai (6) enam pelbagai rangkaian dan wangian yang menarik.

Mummy telah mencuba tiga (3) jenis Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU. Iaitu :-



Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir 

Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.



Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar

Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis 



Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral

Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.


Yang lagi tiga (3) Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU ini. Akan mummy cuba kelak. Nak tahu apa perbezaannya antara satu sama lain? Jemput baca :-


Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Musk 
Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid
Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Fruity
Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

CARA PAKAI SUMBER AYU - PENCUCI INTIM WANITA
Letakkan sedikit pembersih intim wanita di tapak tangan dan bersihkan di kawasan intim. Jangan lupa, cuci dengan air yang bersih ya..

Cepat dapatkan produk-produk SUMBER AYU. Kini terdapat di semua pasaraya utama dan farmasi. 






Resepi Spaghetti Ayam Carbonara Cheese Berherba

Anak-anak kami memang penggemar Spaghetti. Boleh di katakan sebulan tu, berkali-kali lah mummy buatkan Spaghetti Ayam Carbonara Cheese Berherba untuk mereka.  Memang gen mummy bebudak ni, tau . Sebab Spaghetti  Ayam Carbonara Cheese Berherba memang makanan kegemaran mummy. 



Jom mummy kongsikan Spaghetti Ayam Carbonara Cheese Berherba yang mudah buat dan sedap. Eh...sedap ke?

Spaghetti Ayam Carbonara Cheese Berherba sesuai untuk semua orang, tak kiralah bujang ke dah kahwin atau pun kanak-kanak yang boleh menggigit.

Resepi Spaghetti Ayam Carbonara Cheese Berherba 

Bahan-Bahan Spaghetti Ayam Carbonara Cheese Berherba




  • 1/2 paket spaghetti
  • 6 ulas bawang putih - potong dadu atau di hempapkan
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 3/4 tin mushroom soup
  • 2 batang sosej ayam
  • Sedikit parmesan cheese
  • 500 ml susu segar
  • 1/4 paket ayam kisar atau daging ayam fresh potong dadu atau boleh juga gunakan daging burder
  • mix herb
  • garam secukup rasa

Cara Membuat Spaghetti Ayam Carbonara Cheese Berherba


1. Rebus spaghetti hingga lembut selama lebih kurang 20 minit kemudian masukan sedikit minyak dan garam ketika merebus.

2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum. Masukan ayam kisar dan bila sudah separuh masak masukan juga sosej

3. Kemudian masukan mushroom soup bersama susu segar dan bila kuah terlalu pekat boleh tambahkan dengan air atau susu segar. Mummy suka tambah air masak.

4. Jangan lupa masukkan mixed herb dan garam kemudian gaul rata. Taburkan sedikit cheese dan gaul hingga rata. 

5. Matikan api dan spaghetti carbonara siap untuk dihidangkan.

Mudah je resepi ini,kan. 
Kalau rasa nak mudah dan senang lagi. Boleh beli sos PREGO Carbonara Cheese and Herb.


Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

Lama mummy tak join segmen ataupun giveaway, kadang-kadang tu...baru nak join dah tamat pula. Jadi, hari ini mummy terus bergegas untuk sertai segmen sahabat Exchange Feed Group (EFG) dan juga rakan KBBA9 mummy. Moga-moga blog mummy terpilih menjadi blog list si Achik. Hrm...sapa yang tak nak bloglistnya berada di blog blogger terkenal, kan!




{ Click banner di atas untuk sertai }


Hadiah :

Bloglist untuk blog akupenghibur.com selama 1tahun

1 Blogger bertuah Feed Blog di Blog akupenghibur.com

Mula : 25 Ogos 2016 | Tamat :1 Sept 2016


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

2. Letakkan blog acik di bloglist blog kamu

3. Follow instagram : @acik21

4. Copy code dari SINI dan paste ke ruangan html di blog kamu.





Hadiah Birthday Azlinda Alin dari Rakan Blogger Exchange Feed Group EFG

Lagi sekali entri mummy berkisahkan hadiah hari jadi yang mummy terima. Sebelum ini mummy ada buat entri terima hadiah dari rakan ofis dan kedai bunga. Dah baca ke belum? Kalau belum, jemput baca di SINI dan SINI ye. Allahuakbar ! Sahabat blogger bukan hanya sahabat di alam maya. Tapi, sahabat dunia akhirat mummy. Kali ini, mummy terima hadiah birthday dari rakan Blogger Exchange Feed Group (EFG). Siapakah rakan Blogger Exchange Feed Group (EFG) mummy? Mungkin ada yang tahu dan juga mungkin ada yang tak tahu.

EXCHANGE FEED GROUP VS EXCHANGE BIRTHDAY GIFT


Blogger Exchange Feed Group (EFG) ini di tubuhkan untuk exchange link. Kalau perasankan, di blog mummy setiap hari kami bertukar link antara sesama ahli yang berlainan setiap hari. Projek kami ialah untuk mempertingkatkan mutu penulisan, belajar menulis, pencapaian UV dan PV blog dan sharing tentang blogging.

Projek terbaru Exchange pula, birthday gift. Mungkin akan datang akan buat money exchange pula. Eh..eh..jangan amek serius. Gurau je tu. Tapi who knows? Manatahu EFG akan ada company sendiri kan. Insyaallah

Hadiah Birthday Azlinda Alin dari Rakan Blogger Exchange Feed Group EFG


Hadiah Birthday Azlinda Alin dari Rakan Blogger Exchange Feed Group EFG

BASIC H2 dari Blogger EFG Nizam . En Nizam kita ini ahli Shaklee. Always Shaklee di hati, sampaikan hadiah pun barangan Shaklee. Mummy pun sebenarnya, salah seorang pengguna tegar jenama Shaklee. 

Hadiah Birthday Azlinda Alin dari Rakan Blogger Exchange Feed Group EFG

Alhamdulillah, dapat kain ela. Boleh tempah buat baju kurung ni. Kain ela English Cotton dari SA, CN, Nazlee dan Ewan

Hadiah Birthday Azlinda Alin dari Rakan Blogger Exchange Feed Group EFG

Tudung Nelofar Hijab dari Kak Azi dan Cik Ti . Tudung warna hijau ala turquoise. 

Memang lawa. Tapi, rasa sayang nak pakai pula. Simpan untuk raya Aidilfitri tahun depan. Aci, tak? hehehe

Hadiah Birthday Azlinda Alin dari Rakan Blogger Exchange Feed Group EFG

Hadiah Birthday Azlinda Alin dari Rakan Blogger Exchange Feed Group EFG

Hadiah Birthday Azlinda Alin dari Rakan Blogger Exchange Feed Group EFG


Yang ini paling best, mummy dapat option untuk memilih hadiah sendiri. Pening lak tetiba , bila tanya nak hadiah apa? Padahal sebelum ini, banyak gila wishlist. Biasalahkan..dah tua ! Sekelip mata ingatan tak stabil, bila kene tanya "nak hadiah apa di hari jadi".

Jadi ini pilihan mummy. Handbag MNG Feux Leather, Sandal dan barangan make up (eye liner, lip liner dan maskara) dari rakan-rakan Exchange Feed Group (EFG): Irra , Anis , Nani , BondeJulia JohariKCShaZatieEnyKhatyEfaMaspapaGAchikAlongMaiAmyReenYoorin

Terima kasih warga EFG di atas doa, ucapan dan hadiah. Sayang kamu ketat-ketat. Semoga ukuwah kita berkekalan. Ameen


Kenny Rogers ROASTERS Quarter Chicken RM1 di SweetSpot App

Ada yang suka makan Kenny Rogers ROASTERS ? Ada peminat Kenny Rogers ROASTERS tak yang sedang membaca, ni? Suka tak kalau Kenny Rogers ROASTERS quarter chicken berharga RM1 di SweetSpot App ? Kalau mummy ? "gila...mummy tak suka" !! Jom terjah SweetSpot App kalau suka. Kenapa dengan SweetSpot App ? 


Kenny Rogers ROASTERS Quarter Chicken RM1 di SweetSpot App


Apa itu Sweetspot Mobile App


Jom mummy terangkan tentang SweetSpot App terlebih dahulu. Mesti ramai yang tak sabar nak tahu,kan? Lelagi ada promosi Kenny Rogers ROASTERS quarter chicken berharga RM1 di SweetSpot App. SweetSpot App ini adalah satu aplikasi (apps). Ianya bukan hanya fokus pada promosi Kenny Rogers ROASTERS quarter chicken berharga RM1 di SweetSpot App. Ianya ada pelbagai promosi, info untuk makanan, minuman, lifestyle, hiburan, percutian dan bermacam lagi.

Kalau nak tahu apa lagi yang menarik, haruslah muat turun Sweetspot Mobile App.

Cara Muat Turun Sweetspot Mobile App


Cara untuk muat turun sweetspot mobile app sangat mudah, muat turun dari App Store masing masing.

Muat turun di :

iOS       : https://goo.gl/pPZEyr

Facebook : Sweetspot Malaysia


Kenny Rogers ROASTERS quarter chicken berharga RM1 di SweetSpot App

Selesai muat turun, log in atau register dan masukkan butiran yang di kehendaki.

Nanti akan tertera pelbagai promosi. Jangan lupa cari promosi Kenny Rogers ROASTERS quarter chicken berharga RM1 di SweetSpot App




Kenny Rogers ROASTERS Quarter Chicken RM1 di SweetSpot App


1. Klik buy / beli


Kenny Rogers ROASTERS Quarter Chicken RM1 di SweetSpot App

2. Teruskan dengan membayar melalui VISA / Swipe to pay. Jangan risau kalau tak mempunyai kredit kad. Debit kad juga mempunyai visa sekarang.

3. Terus ke mana-mana Kenny Rogers ROASTERS (KRR) bermula 15 Ogos 2016. Makan di restoran sahaja dibenarkan. Promosi ini, di kecualikan dari restoran cawangan :

KRR Alamanda, Putrajaya
KRR Alor Setar, Kedah
KRR Bukit Jambul, Pulau Pinang
KRR JB City Square, Johor
KRR Maju Junction Mall, Kuala Lumpur
KRR Plaza Alam Sentral, Shah Alam
KRR Plaza Angsana (Angsana Johor Bahru Mall)

Kenny Rogers ROASTERS Quarter Chicken RM1 di SweetSpot App

Kenny Rogers ROASTERS Quarter Chicken RM1 di SweetSpot App


Bukan mummy je muat turun, daddy, to mak, tok abah semua pakat muat turun SweetSpot App ini, nak makan Kenny Rogers ROASTERS Quarter Chicken RM1 secara jemaah. Bukan senang oi....nak dapat harga terbaik macam ini.

Selamat menjamu selera kawan-kawan. Ingat Kenny Rogers ROASTERS Quarter Chicken RM1 di SweetSpot App, ingat mummy sama na.........





Pewangi Kereta Berharga 30 Sen Je

Lama tak membela kereta mummy, dan lama juga tak pi cuci kereta. Bau dalam kereta pun hapak dah huhu. Sentiasa dok fikir-fikir, nak beli pewangi kereta. Kedekut taik idung masin? Ya, memang mummy sangat kedekut nak beli barang untuk diri sendiri. Dalam pada memikir, mummy dapat idea beli pewangi kereta yang murah. 30 sen je pewangi kereta mummy. APA?? 30 SEN. Ye 30 sen sahaja pewangi kereta mummy.



Pewangi Kereta Berharga 30 Sen Je


Mummy beli daun pandan je sebagai pewangi kereta. Ikatkan 2 helai daun pandan dalam 10 ikat. Letak tiap penjuru kereta. Yeayyyyy........jimat sudah !! Wangi pun wangi.

Mummy memang tak gemar nak habiskan duit pada kereta mummy. Sebab jarang-jarang guna kereta. Pergi kerja, mummy hanya berjalan kaki je. 

Kereta mummy ini kereta lama, dah 12 tahun umurnya. Sayang nak jual, sebab ianya pemberian mak dan abah dari zaman UiTM dulu. Sekarang buat kenderaan pi pasar, pi market dan buat jalan dekat-dekat je. Mummy pun maintain untuk yang penting-penting je. Nak bela betul-betul kereta ini, memang tak habis lah nak membela. Banyak juga sakitnya. Kereta lama,kan.........

SAYANG SUAMI? 'DASHING'KAN DENGAN DASHING ADVENTURER

Sayangkan suami bukan di tangan-tangankan, tau ! Sayang suami, kene 'DASHING-DASHINGKAN' dengan DASHING ADVENTURER 2.0. Barulah aummmms. Kali ini, mummy Dashingkan daddy dengan Dashing inovasi terunggul yang pertama di Malaysia untuk dapatkan kepuasan. Kepuasan? Ya, puas tau.... pakai deodorant Dashing ini. Sebab ianya, 2x ganda dari deodorant lain. Deodorant Dashing berbentuk spray, tiada gas !


SAYANG SUAMI? 'DASHING'KAN DENGAN DASHING ADVENTURER

SAYANG SUAMI? 'DASHING'KAN DENGAN DASHING ADVENTURER - Deodorant Dashing berbentuk spray, tiada gas 

Berbeza dengan semburan deodoran tradisional yang hanya dapat bertahan selama 3 minggu akibat penggunaan harian. 

SAYANG SUAMI? 'DASHING'KAN DENGAN DASHING ADVENTURER

Kelebihannya :


  • semburan ‘NO GAS’ ini mengandungi pati deodoran tulen yang mampat dan boleh memberi sehingga 750 semburan setiap botol 
  • Memberi manfaat 6-dalam-1, pengguna juga boleh menikmati keharuman berganda serta penjimatan kos! 
  • Teknologi pengeringan segera akan memberikan rasa kering pada kawasan bawah lengan anda dan mengelakkan pertumbuhan bakteria di samping memberikan kesegaran sepanjang hari. 

  • Lebih kuantiti deodorant ! Deodorant Dashing berbentuk spray, tiada gas ini mempunyai lebih banyak kuantiti deodorant. Berbanding deodorant spray bergas. 
  • Deodorant Dashing berbentuk spray, tiada gas adalah deodorant pertama di Malaysia yang tidak mempunyai gas
  • Sangat jimat ! Deodorant Dashing berbentuk spray, tiada gas boleh bertahan sehingga 2 bulan
Daddy seorang yang lasak, pintar dan sentiasa mempunyai semangat ingin tahu. Ciri-ciri ini bukan sahaja ada pada daddy tapi ianya sifat semulajadi dalam setiap lelaki. Pendek kata, setiap lelaki dilahirkan mempunyai ciri-ciri tersebut. 

Sebagai sebuah jenama yang melambangkan gaya santai, gaya hidup yang menyeronokkan dan keyakinan, DASHING sentiasa menjadi sebahagian daripada gaya hidup lelaki Malaysia. Pengeluar pelbagai dandanan lengkap lelaki yang di cipta bagi mereka yang sedang menuju ke puncak keyakinan. 

Sinonim dan terkenal dengan kualiti serta wangian yang tahan lama, DASHING membolehkan setiap lelaki moden meluahkan perasaan dan keyakinan mereka pada rangkaian harga yang berpatutan.

Berbekalkan semangat yang berkobar dalam membebaskan semangat pengembara yang sebenar tersembunyi dalam diri setiap jejaka Malaysia, DASHING dengan bangganya mengumumkan pelancaran semula koleksi ADVENTURER yang merangkumi Deodoran, EDT dan wangian Roll-On. Wangian baru yang dirumus khas mampu bertahan lebih lama dan memberikan kesegaran sepanjang hari, terutamanya mereka yang aktif. 

2 variasi produk DASHING BOLD 2.0 dan EDGE 2.0.



Daddy telah mencuba DASHING EDGE 2.0 berwarna biru. Nak tahu apa yang best tentang DASHING EDGE 2.0 . 


SAYANG SUAMI? 'DASHING'KAN DENGAN DASHING ADVENTURER


  • Mempunyai ekstrak lapisan citron, kupasan lemon dan daun lemon yang penuh kesegaran bergabung dengan haruman ringan yang terbit dari geranium dan tumbuhan hijau. 
  • Nuansa kayu cedar menambahkan sifat “woody”. 
  • Seterusnya, sedikit ambar untuk mencipta sebatian yang berakhir dengan haruman gaharu dan lumut yang menyamankan, dengan segera memberikan anda kesegaran. 

Edge 2.0 adalah perlambangan lelaki sejati di peringkat belia. Dalam bentuk haruman, mereka adalah peneroka yang bercita-cita serta tidak sabar untuk meneroka wilayah yang belum diterokai. 

Sama sebagaimana mereka mengidamkan lebih pengembaraan dalam kehidupan, kesegaran pada setiap masa akan menetapkan semula mood mereka dan meningkatkan tahap tenaga mereka ke paras tertinggi, sekali gus membolehkan mereka memulakan hari baru mereka.

Bagaimana dengan DASHING BOLD 2.0?

  • Haruman beraroma akuatik yang segar dan menarik. 
  • Lapisan hijau segar dengan nota alami yang terbit dari aroma patchouli membangkitkan kesegaran. 
  • Nuansa lumut pada wangian ini menjadikannya lebih maskulin, ghairah dan mengasyikkan!

Bold 2.0 sangat sesuai bagi para jejaka yang inginkan pengembaraan yang berterusan di dalam kehidupan mereka. Keyakinan sememangnya wujud dalam diri mereka dan DASHING kini hadir untuk membebaskan semangat yang terpendam itu.


"DASHING sentiasa berada di hadapan dalam inovasi dan kami berbangga untuk menjadi perintis semburan deodoran ‘NO GAS’ di Malaysia. Kami teruja untuk berkongsi penemuan teknologi ini dengan pengguna kami, sekaligus menunjukkan bahawa DASHING benar-benar mengambil berat akan keperluan dan kehendak anda. Kami mahu anda mengalami perbezaan dan mendapatkan 2x lebih manfaat daripada deodoran anda. Melalui cara ini, anda boleh menyimpan dan memanjakan diri anda pada masa yang sama hanya dengan DASHING ADVENTURER. "Kata Encik Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran DASHING.

Pembungkusan baru untuk DASHING ADVENTURER merangkumi pelbagai warna bertenaga dan premium. Pembungkusan yang unik juga disertai dengan reka bentuk sentuhan 3D yang menarik yang akan memberikan rupa dan rasa yang eksklusif untuk pengguna mereka. Permukaan kotak direka bertekstur untuk sentuhan elegan dan eksklusif. EDGE 2.0 direka khas dengan cetakan tayar kenderaan berpacuan 4 roda bagi melambangkan sukan lasak dan aktiviti luar, selaras dengan ciri-ciri seorang pengembara sejati.

Selain itu, reka bentuk kompas pada Bold 2.0 membangkitkan persona jejaka yang 'sedia untuk bergerak' dan suka untuk mendapatkan keseronokan; meneroka sesuatu yang baru. Dengan palet warna yang menarik lagi maskulin seperti biru, jingga terang, merah dan hijau, DASHING ADVENTURER membebaskan semangat pengembara terpendam anda.


Tentang Rangkaian DASHING ADVENTURER:






SAYANG SUAMI? 'DASHING'KAN DENGAN DASHING ADVENTURER



SAYANG SUAMI? 'DASHING'KAN DENGAN DASHING ADVENTURER





Deodoran Roll-Ons 40ml. 

Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 6.50 termasuk 6% GST. 












Semburan Deodoran ‘NO GAS’ 150ml 

Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST. 











SAYANG SUAMI? 'DASHING'KAN DENGAN DASHING ADVENTURER
EDT 50ML / 100ML 

Terdapat dalam 4 variasi, EDGE 2.0, BOLD, PURE ENERGY dan XTREME dijual pada RM 18.90 manakala 100ml berharga RM34.50 termasuk 6% GST.

Amacam? Menarik,kan DASHING ADVENTURE terbaru ini. Mummy suka produk DASHING ADVENTURE ini sebab baunya , boleh tahan wangi juga dan harga juga mampu milik. 

Daddy pun dah jatuh cinta dengan DASHING ADVENTURE sebab packaging nampak sangat trendy dan sedikit ganas.

Nak tahu selanjutnya tentang DASHING, boleh lawati terus ke :