FAMILY DAY #TINALEGACY DI DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG HAVOC !

Baru-baru ini, mummy dan keluarga ke Family Day #TinaLegacy di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang. Tok mak dan Tok abah mengajak kami anak beranak pergi. Padahal, ni family day besan Tok Mak. Tok Mak kene gantikan family mereka yang tak dapat hadirkan diri. Eh...bayar tetap bayar tau..bukan free. Walaupun tok mak tu pi gantikan tempat orang lain.

Mummy pun kene angkut dek Tok Mak dan Tok Abah. Nampak gayanya...berjalan sakan kami anak beranak lagi.


FAMILY DAY #TINALEGACY DI DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG HAVOC !



FAMILY DAY #TINALEGACY DI DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG HAVOC !


AKTIVITI FAMILY DAY #TINALEGACY DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG

DAY 1

Jam 9 pagi - Bertolak dari Kajang
Rehat di Kawasan Rehat Temerloh
Rehat di Kawasan Rehat Gambang



FAMILY DAY #TINALEGACY DI DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG HAVOC !














12.00 tengah hari - sampai di Kuantan
Makan Tengah Hari
2.30 petang - Berkumpul di lobby De Rhu Beach Resort, Kuantan
4.15 petang - Dapat kunci bilik dan terus menyiapkan diri


















5.15 petang - Sukaneka dewasa -pakai selipar giant, lari dalam guni dan kukur kelapa.
Sukaneka kanak-kanak - masukkan air dalam botol, rebut kerusi, 
Sukaneka veteran - cari gula dalam tepung, isi air dalam belon.
7.00 malam - Bersurai dari Sukaneka












8.00 malam - Makan Malam dan Penyampaian Hadiah

Day 2
7.00 pagi - Sarapan Pagi
Aktiviti bebas
12.30 tengah hari - check out

Tu je aturcaranya...padat dan puas hati. Seronok pun seronok !


BEST KE DE RHU BEACH RESORT, KUANTAN PAHANG?

Ni kali kedua mummy datang. Sebelum ini pernah datang dengan daddy, Dhia dan Dzal dalam perut lagi. Memang best..cuma tak bestnya lambat check in  jehehehe. 





Posing di sekitar De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang. Sempat mandi kolam tapi, tak ada gambar. Almaklumlahkan banyak sesi kejar mengejar anak-anak.

Sebelum terjun kolam kasi bergambar dulu.





Ada banyak pool di sediakan di sini. Pilih je ..nak mandi kat kolam mana satu.




FAMILY DAY #TINALEGACY DI DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG HAVOC !

Bilik hotel pun luas, ada tempat iron baju, minum kopi teh dan banyak lagi.

FAMILY DAY #TINALEGACY DI DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG HAVOC !

FAMILY DAY #TINALEGACY DI DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG HAVOC !

Selepas siap berkemas..terus check out. Heading to Cherating pulak.

FAMILY DAY #TINALEGACY DI DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG HAVOC !

Kenangan semasa Family Day #tinalegacy di De Rhu Beach Resort Kuantan Pahang. Masuk acara sukaneka kukur kelapa..dengan jari jemari pun kene kukur hehehe.

Bukan Senang Nak Senang, Menjual Online Juga !

Zaman penuh mencabar ini, masing-masing buat kerja lebih dari satu pekerjaan,kan ! Bukan senang, nak senang. Begitulah mummy, masih bergiat dalam perniagaan online juga. 

Bukan Senang Nak Senang, Menjual Online Juga !


BUKU YASIN 50SEN


Bukan Senang Nak Senang, Menjual Online Juga !


Alhamdulillah murah rezeki minggu ini, terjual buku yasin 50sen mummy. Murah,kan? Kalau nak buat doorgifts ke nak sedekah yasin. Sesuai dengan harga ni.

Customer mummy dari Putrajaya (puan Intan), beli buku yasin untuk bawa balik kampung.

Deal tengah hari, untuk membeli buku yasin dan terus berjanji untuk COD di Tesco Kajang.

Jam 8.30 malam, berjumpa kami untuk COD.

Jimat COD ini, sebab cost postage je dah bernilai dekat RM40 (100 buku yasin). Luar Kajang mummy tak buat COD (buat masa sekarang).


SHAKLEE ONLINE


Bukan Senang Nak Senang, Menjual Online Juga !

Ni bisnes dari zaman 2012, Shaklee. Diam tak diam dah 4 tahun mummy jalankan bisnes Shaklee secara part time. 

Malam, balik dari kerja...selesaikan bungkus membungkus barangan untuk di pos.

Penat tak penat...kene gagahkan juga. Demi mencari rezeki yang halal.

Cuma sekarang mummy tak buat COD, semua pos. Stok pun laku keras, hari ini barang sampai...hari ini juga stok masuk.

Tak sempat nak update stok yang ada dalam tangan. 

Korang yang berminat nak order barangan dari mummy, whatsapp terus je ye : 012-6460421

REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR

Sempatkan diri menonton wayang SULLY (disebut sebagai Sa-li) baru-baru ini, dengan siapa ? Mummy tonton sorang-sorang je. Mummy memang seorang yang independent sedikit. Bukan sejenis manja tak bertempat dengan suami yang tiap masa nak minta asben teman, asben hantarkan ke sana sini. Kalau asben free, tak pe. Dia pun ada kerja, mencari rezeki untuk anak bini. Nak tahu best ke tidak wayang SULLY. Jom baca review movie SULLY dari mummy.

Asalnya, tak ada niat pun nak tengok wayang. Balik dari shopping baju anak dan asben. Terus laju je kaki ini melangkah ke GSC.


 REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR


Sampai di GSC IOI Mall terus mummy ke kaunter dan bertanya, "Cerita apa yang best sedang jalan waktu sekarang?". " Movie SULLY kak, sekarang tengah iklan...cerita ni best kisah kapal terbang ". Mummy terus setuju, kebetulan tak lama lagi.  Mummy, daddy dan anak-anak nak naik kapal terbang.


 REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR

 REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR
gambar sumber google

SINOPSIS FILEM SULLY (disebut sebagai Sa-li) 

 REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR

 REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR
 gambar sumber google

Filem Sully merupakan kisah benar dari Amerika yang menceritakan tentang Kapten Sully Sullenberger. Kisah benar ini berlaku pada tahun 2009. Kapten telah membawa kapal terbang United States Airlines Airbus A320.

Kapal terbang ini telah melanggar sekumpulan burung. Sebagai akibat, enjin kapal terbang itu rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kapten Sully meminta nasihat dari pusat kawalan untuk mendarat di kawasan terdekat. Tetapi, Kapten Sully menukar plan nya untuk mendarat di atas air di sungai di Hudson.


gambar sumber google

Kapten Sully berjaya menyelamatkan sebanyak 155 orang penumpang Airbus US. Semua penduduk anggap Kapten Sully sebagai hero.

Sebab tak pernah ada lagi kapal terbang yang selamat mendarat di atas air.

Walaupun Kapten Sully berjaya menyelamatkan banyak nyawa, tapi banyak pihak yang mempertikaikan tindakan dia. Pihak atasan menganggap Kapten SUlly ada agenda lain. Sedangkan mengikut simulasi, kapal terbang itu boleh mendarat di lapangan terbang yang terdekat.

Tindakan Kapten Sully telah menjadi siasatan dari pegawai penyiasatan. 



Saat ini, mendebarkankan. Ada tekanan dari keluarga kerana dah kesempitan kewangan untuk perbelanjaan, membayar pembiayaan rumah, dan lain-lain. 

Sedangkan Kapten Sully pula di gantungkan kerja hingga selesai penyiasatan.


REVIEW FILEM SULLY


Pada pendapat mummy, jalan cerita ini agak slow. Tapi, mudah untuk di hayati. Efek dan jalan ceritanya mummy suka sangat. Nampak real.

Movie Sully ini sebenarnya lebih kepada pengajaran. Walaupun Kapten Sully berpengalaman 40 dalam dunia penerbangan dan telah berjaya menyelamatkan nyawa orang.

Tindakan beliau masih tidak dapat memuaskan hati. Pelbagai pihak mencari kesalahannya kerana percayakan kepada simulasi kapal terbang.

Begitu juga dengan kita, betapa baiknya kita. Betapa ikhlas dan murni hati kita. Tapi, ada sahaja pihak yang suka pertikaikan. Betul, tak?

Apapun, jika kita di jalan yang benar. Jangan khuatir. Teruskan dengan kebenaran yang ada.

BINTANG untuk SULLY
Oleh kerana cerita ini best bagi mummy. Mummy berikan 4 bintang untuk cerita ini ! 


TENTANG MOVIE SULLY


PENGARAH: Clint Eastwood
PELAKON: Tom Hanks, Aaron Eckhart, Laura Linney, Anna Gunn, Mike O’Malley dan Max Adler
GENRE: Drama
DURASI: 96 minit
PENGEDAR: Warner Bros. Pictures
TARIKH TAYANGAN: Bermula 8 September 2016



Pakaian di Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya Dari RM19

Pakaian di Padini Concept Store IOI Mall Dari RM19 ! Hanya RM19 ! Ya betul tau...dari RM19 je, tak tipu...buat apa nak menipu huhu. Tshirt mak, bapak, hinggalah ke tshirt anak-anak dari RM19. 

Ada lagi, yang murah kat Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya. Beli 2 helai RM29 juga. Tapi tshirt budak, kene beli sama jantina. Tak boleh beli sehelai untuk anak perempuan dan sehelai untuk anak lelaki.

Mummy ni, biasalah...dapat duit belanja dari daddy. Mesti terus pergi beli baju anak-anak dan baju daddynya.

Memang tabiat dari dulu. Pastu, bila daddy tanya..beli apa duit yang dia bagi? Erm.....terus menggagau nak cerita. Hahahaha.

Allah ...bukan selalu pun shopping. Time sales gini la.. pi shopping dan terjah Padini Concept Store tu ha.


Pakaian di Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya Dari RM19


Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya


Mummy suka pi Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya, hari kerja mudah parking. Banyak pilihan pakaian, sebab Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya ini besar. Ada jual pakaian anak-anak juga.

Sampai bila sale di Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya. Bab ni mummy tak tahu...sebab tak ada tulis pun tarikhnya. Cuba lah terjah...manatahu ada rezeki ke kan.

Hadiah Untuk Anak Dari Happy Meal McD Barbie Spy Squad dan HotWheels

Minggu lepas nasib baik mummy cepat dapat terjah McD, demi Barbie untuk si Dhia Batrisya. Minggu pertama ini, dengan setiap pembelian happy meal mummy dapat patung barbie comel - agent Barbie. Mainan untuk lelaki pun best juga, koleksi kereta dari jenama hot wheels. Tapi, mummy beli  1 set je untuk dapatkan barbie. 

Kekonon ingatkan ada kesempatan masa untuk dapatkan kereta hot wheels Dzal Aidi. 


Hadiah Untuk Anak Dari Happy Meal McD Barbie Spy Squad dan HotWheels


Hadiah Untuk Anak Aari Happy Meal McD Barbie Spy Squad dan HotWheels

Hadiah Untuk Anak Aari Happy Meal McD Barbie Spy Squad dan HotWheels

Hadiah Untuk Anak Aari Happy Meal McD Barbie Spy Squad dan HotWheels

Dalam terfikir-fikir nak beli satu set Happy Meal untuk dapatkan kereta Hot Wheels. Nanti-nanti lah datang balik, bukan jauh pun McD dari rumah.

Sudahnya, selang beberapa hari datang ke McD. Semua barbie dan hot wheel shabis.

Huhu..tak ada rezeki. Sorry Dzal, kebetulan tempoh hari mummy beli time lunch. Takkan nak beli 2 set, mau buncit nanti perut mummy huhu.


September 2016 - Oktober 2016 - Happy Meal McD Barbie Spy Squad dan HotWheels




Hari ini, ada keluaran terbaru barbie dan hot wheels..nampaknya mummy kene terjah cepat-cepat untuk dapatkan koleksi Barbie dan Hot Wheels.

Harap-harap, ada banyak stok barbie dan hot wheels. Erm..mak kau pulak yang excited melampau, ye. 

Eh...jimat tau beli happy meal McD, dapat barbie dan hot wheel. Barbie kecik gini kat shopping mall pun dah RM10, kereta hot wheel je pun dah RM7-10 harganya.