Dhia Batrisya Ke Sekolah Untuk Pertama Kali

Dhia Batrisya, baru sahaja 3 tahun 10 bulan. Kalau ikutkan tahun, tahun 2017, umurnya 4 tahun. Kekononnya nak sekolah sangat. Bila dah di b...

Dhia Batrisya, baru sahaja 3 tahun 10 bulan. Kalau ikutkan tahun, tahun 2017, umurnya 4 tahun. Kekononnya nak sekolah sangat. Bila dah di bawa ke sekolah, tak nak sekolah pula. 




 Dhia Batrisya Ke Sekolah

Ikutkan daddy, tak nak bagi anak sekolah awal, nak ikut progress umur yang sebenar. Mummy pula, bukan nak paksa Dhia ke sekolah. Tapi, nak bagi Dhia expose dengan suasana persekolahan. Esok..esok..bila umurnya patut ke sekolah dan mudah nanti. Tak adalah terkejut suasana sekolah, tak nak sekolah, menangis dan sebagainya. 

Dhia ini sedikit manja, tapi garang. Ini lah perwatakan seorang Dhia, walaupun peramah, mudah mesra dan boleh di bawa berborak. Ada kalanya, kalau ada benda yang Dhia rasa tak best dan macam tak berapa nak suka. Dhia memang automatik jadi tak suka.

Macam sekolah la, Dhia mesti imagine sekolah tadika tu macam sekolah Upin & Ipin. Bila masuk tadika sebenar, nampak suasana lain. Lepas tu, ternampak pula cikgu tegur seorang budak dengan nada tinggi.

"Tak nak sekolah lah...cikgu garang. Cikgu marah-marah" Dhia berkata-kata terus tak nak ke sekolah dah.

Hai la anak, kisah mengaji pun gitu gak dulu. Nak mengaji sangat pada awalnya, bila nampak ustaz pegang rotan. Terus ajak balik.

Huhuhu. Harapnya, bila tiba masa yang sesuai. Dhia boleh bersekolah dan sesuaikan diri. Insyaallah




Dzal Aidi Fiqry, adiknya yang jarak setahun ni pula. Macam ok je...seronok sampai sekolah.


You Might Also Like

2 comments

  1. Takpe...pendedahan awal tu sgt perlu...nanti dia x kekok bila sesi persekolahan yang sebenar

    ReplyDelete
  2. Maybe dia nampak kawan2, tu dia nak sekolah tu... bila cikgu marah, jadi takut dah.. hehehehe comel je gelagat masing2

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -