FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT


Cuti baru ini, kami bawa anak-anak jalan kawasan yang tak jauh dari rumah. Malas pula nak berjalan jauh cuti kali ini. JAdi, FARM IN THE CITY EQUINE SERI KEMBANGAN SELANGOR menjadi pilihan kami untuk membawa anak beriadah. Bukan kali pertama kami ke sini, ini merupakan kali kedua kami membawa anak-anak ke FARM IN THE CITY EQUINE SERI KEMBANGAN SELANGOR. 

Pertama kali, bawa anak-anak ke FARM IN THE CITY EQUINE SERI KEMBANGAN SELANGOR dalam tahun 2015 kebetulan cuti Thaipusam (boleh baca di SINI )

 

 FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT


FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT 

Bergambar bersama keluarga menjadi satu kewajipan. Tanda kehadiran gitu hehehe

FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT


FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT


FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT

Dekorasi pintu masuk FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN juga menjadi tarikan anak.

FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT 

 FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT

FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT

Aktiviti memberi makan kepada burung merpati. Makanan burung boleh di mesin kiosk berhampiran dengan harga RM2 sekotak.

 



Burung-burung ini sangat jinak. Dzal Aidi Fiqry seronok dan tak ada perasaan takut langsung.

 





Selesai memberi makanan pada burung merpati, kami terus ke tempat kura-kura gergasi ini. Dua tahun lepas mungkin anak-anak belum dapat recall. So, kita kasi recall memori mereka.

Berani si Dzal Aidi Fiqry pegang ayam serama. Hehehe. Umur gini memang tahap keberanian anak kecil tinggi, kan?




 

Seterusnya, aktiviti menangkap ikan. Memula dapat ikan kecil. Lepas tu, daddy dapat tangkap ikan yang bersaiz sedang. Anak-anak memang langsung tak rasa penat. Mummy je yang pancit  huhu




Suka sangat si Dzal ini memberi makanan pada haiwan jinak yang ada dalam Farm In The City Seri Kembangan ini.

Rumput kering ini, boleh di beli dengan harga RM2 sekotak.



 

Meerkat ni paling best, kebetulan kami sampai sini hujan sedang rintik-rintik. Pakai payung lah kami kan. Meerkat tu mendongak tengok payung kami. Hehehe

Comel sangat !

 

Bergambar dengan burung kakak tua. Oleh kerana hujan rintik-rintik. Tak dapat tengok burung kakak tua ni buat show.

 

Nak naik keldai sangat. Bila tengok orang lain handle. Terus tak nak. Hehehe. Mummy dan daddy tak leh masuk kawasan ini lah, nak !



 

"Ini anak ayam ye anak-anak". Yang asalnya Dhia dan Dzal tak kenal pun anak ayam. Dorang boleh panggil burung pada mulanya :)

 

Tenang nyaman dan selesa berjalan dalam Farm In The City ini. Tak rasa macam zoo. Malah rasa macam suasana kampung. Sejuk mata memandang dan hilang segala mak nenek stress dalam diri hehehe.

Tak tipu tau ! Sungguh dari hati ke hati ni :)

 

 


Masa bersama dengan arnab pula. Oleh kerana selepas hujan. Arnab ini agak kesejukkan, tak mahu keluar kandang. 

Ke sebab malu kami datang ? hehehe



 

Bergambar dengan alpaga yang super peramah, hehe. Dzal sempat juga berikan alpaga ni makan. suka dia dengan Dzal.

Dhia puye story mana? Hahaha Dhia takut sedikit. Berkepit dengan mummy je.  

Selesai sudah kisah kami sekeluarga ke Farm In The City Seri Kembangan. Insya Allah nak ke Farm In The City KL Tower pulak.

Nanti kami story kisah itu ya !

Ha..ramai PM tanya harga dan alamat Farm In The City Seri Kembangan.

 

HARGA TIKET FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

 

PAKEJ KELUARGA :
RM116 for 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (3-11 tahun). 
Pakej ini termasuk :-

- 2 cenderahati
- 1 kotak makanan untuk haiwan
- 2 tiket kanak-kanak ke Farm In The City KL Tower
- 2 sijil penghargaan kanak-kanak

Harga biasa:-
RM48.00 dewasa
RM38.00 kanak-kanak

MYKad :
RM32.00 dewasa
RM27.00 kanak-kanak

Notes:-
*Kanak-kanak 11 tahun kebawah.
**kanak-kanak tingginya kurang 90cm masuk PERCUMA
***Senior Citizen 60 ke atsa harga tiket sama seperti kanak-kanak
Parking PERCUMA
Alamat : Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai
Seri Kembangan

Telefon : 03-8941 2099




1 comment on "FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT"
  1. Bagus didik anak- anak kenal dengan haiwan..jgn jadi macam Dania..Lipan dikatanya ulat gonggok..nasib baik x kena sengat

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com