Shoplinks.Asia

Happy 7th Birthday Muhammad Ar-Rayyan

Sekejap je anak buah mummy dah besar. Dah darjah 1 pun tahun ni. Masih mummy ingat dan masih terngiang-ngian sewaktu adik mummy (mama Rayya...

Sekejap je anak buah mummy dah besar. Dah darjah 1 pun tahun ni. Masih mummy ingat dan masih terngiang-ngian sewaktu adik mummy (mama Rayyan) melahirkan Rayyan di Hospital Umra Shah Alam. Badan Rayyan di penuhi wayar kerana oksigennya belum sampai ke otak lagi. Sedih pilu tengok Rayyyan dalam wad 7 tahun yang lalu.

Alhamdulillah, sekarang Rayyan dah membesar sihat walafiat. Kuat, agresif dan sangat independent orangnya.

Dengarnya, rajin ke surau budak ini. Dengar sahaja azan berkumandang, tanpa disuruh terus kayuh basikal ke Surau.

Masa di rumah Tok Mak tempoh hari, terus Rayyan menonong ke Surau depan rumah mak.

Mummy doakan Rayyan jadi anak yang soleh, di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yang baik dan berpanjangan.

Happy 7th Birthday Muhammad Ar-Rayyan

 
 Muhammad Ar-Rayyan 7 tahun - 2017 

 

 

Meriah birthday Rayyan kali ini. Tahun lepas tak ada celebrate pun sebab atok sebelah Papa nya baru sahaja meninggal bulan 12. Sebulan sebelum birthday Rayyan. 

Tema birthday Rayyan seperti biasa. Tema bola...semua orang pakai jersey bola. Tapi, keluarga mak buyung ni pakai apa yang ada sahaja. Hehehe.




Bila saat birthday pasti anak-anak paling suka. Seronok pakai topi dan menyanyikan lagu birthday bersama-sama.








Ada candy buffet, doorgift dan makanan yang sedap-sedap masa majlis Rayyan. Anak-anak nampak port macam ini memang triple happy lah mereka kan.

 Mac ni birthday Dhia pula. Kalau ada rezeki lebih, boleh sambut ajak kawan-kawan. Insyaallah

You Might Also Like

1 comments

  1. pergh tema bola kau. happy birthday muhammad ar rayyan! :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -