LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH  - Baru-baru ini, mummy dapat berborak dengan rakan lama. Bercerita tentang mengandung anak nombor tiga. Kawan merangkap best friend tu, dah anak 3 sekarang ini (cepat nau potong Q :) ). Tapi, sewaktu mengandungkan anak nombor tiga dia ada sedikit down, ada banyak dugaan yang datang dalam dirinya. Bila dah jadi macam tu, seakan-akan tak ada perasaan mengandungkan anak nombor 3.  

Bila dah lahir anak nombor 3, hidupnya dah berubah. Keluarga mereka semakin bahagia, kehidupan mereka pun bertambah baik. Rezeki Allah nak bagi, memang kita tak nampak. Insyaallah ada rezeki dariNYA.
 
Berbalik cerita mummy dan kawan mummy tu. Walaupun kawan mummy tu tak tahu apa-apa tentang mummy (cerita sekarang). Dia hanya nasihat berdasarkan pengalamannya. Kata beliau "Walaupun, anak yang kita mengandung unexpected. But, you must appreciate it ! "

Mummy sebenarnya, tak ada masalah pun bab mengandung anak nombor 3. Sememangnya mengandung kali ini adalah unexpected. Tapi, sebagai orang Islam..kita tahu qada dan qadarnya. Kena faham maksud Rezeki. Anak ini satu Rezeki yang Allah nak bagi. Unexpected rezeki.

Cuma... mummy ada juga sedikit konflik dalam diri sendiri. Biasalah time mengandung ni, akal fikiran adakalanya kacau bilau sedikit, hormon mengganggu. Dalam pada tu, tetiba terfikir. Kenapa time mengandung ni lah mummy nak tukar kerja? Tetiba confuse pada diri sendiri. Tak tahulah, samada tindakan mummy tukar kerja ini, satu rezeki atau dugaan buat mummy.

Tau-tau je lah kan kalau mengandung ni, ada company tak bayar maternity leave sebab kerja tak cukup hari yang labour law tentukan.

Ada company tu pula, atas budi bicaranya. Kalau diberikan maternity leave bergaji alhamdulillah.

Bab gaji ini memang isu sensitif bagi mummy. Mungkin ada orang yang tak sensitif sebab tanggungan yang tak banyak. Atau dah ada bisnes untuk membantu.

Syarikat lama mummy bekerja dulu, ngam-ngam beberapa bulan masuk kerja. Dapat tahu mengandungkan Dzal Aidi Fiqry (hujung tahun 2013). Alhamdulillah di bayar gaji penuh ketika mummy maternity leave.

Syarikat baru yang mummy bekerja ni, lepas dapat letter offer dan sign letter offer. Baru mummy dapat tahu yang mummy mengandung. 

Orang kata rezeki...dah mengandung dapat pula kerja baru. Mudah pula nak balik rumah mak. 

Sebagai orang Islam. Bak kata suami, tak perlu stress sangat. Kita cuba sedaya upaya dan berdoa agar di permudahkan perjalanan kami.

Kawan mummy tu pula, siap Whatsapp kan mummy 8 Jenis Rezeki Dari Allah. Rezeki Allah tu luas sebenarnya. 
   
LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH
 

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH 


1.Rezeki Yang Telah Dijamin. 

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ 
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6). 

2. Rezeki Kerana Usaha. 

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39). 

3. Rezeki Kerana Bersyukur. 

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7). 

4. Rezeki Tak Terduga. 

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar. 

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah. 

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32). 

7. Rezeki Kerana Anak. 

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31). 

8. Rezeki Kerana Sedekah. 

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. 
Aamiin Allahumma Aamiin.
3 comments on "LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH "
  1. hee~ apsal muka nih nak tersenyum baca entri nih.. adoiyai.. alhamdulillah.. rezeki tak pernah salah alamat kalau kita 'letak' pada temapt yang betul.. nice sharing..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. hmm betul tu.. kita kena sentiasa bersyukur.. sebab kita dilimpahi dengan pelbagai rezeki setiap hari

    ReplyDelete
  3. ada lapan jenis rezeki rupanya ye. baru tau.

    betul, ada masa memang kita tak sangka akan terjadi benda macam tu. tapi ALLAH dah susun cantik kehidupan kita. mak kita pun mengandungkan adik last. unexpected. agak jauh beza. tapi lahir je adik, setahun lepas tu, arwah abah meninggal. mak kata ALLAH je tahu perasaan masa tu. nasib baik adik ada. buat pengubat rindu and kekuatan diri.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com