Shoplinks.Asia

Lepak Makan di The Manhattan Fish Market AEON Shah Alam

Cerita makan-makan lagi. Makan kali ini merangkap dinner di The Manhattan Fish Market, AEON Shah Alam. Asalnya, nak pergi bank. Jalan-jala...

Cerita makan-makan lagi. Makan kali ini merangkap dinner di The Manhattan Fish Market, AEON Shah Alam. Asalnya, nak pergi bank. Jalan-jalan bawa anak bersiar-siar sekali. Sekali terjebak, jalan-jalan cari makan di The Manhattan Fish Market, AEON Shah Alam pulak. Korang kena fahamlah tekak mak buyung. Nampak apa makanan pun sodap sampai jejeh air liur (ni tipu je..malu oiii nak jejeh air liuq) . Walau hakikatnya, mak buyung ni...makan sedikit je dah kenyang.

Lepak Makan di The Manhattan Fish Market AEON Shah Alam

Lepak Makan di The Manhattan Fish Market Shah Alam Mall

Kid's meal Dhia. Spaghetti Bolognese ni berharga RM9.90 dengan air sekali (boleh refill).  Dak Dhia, memang suka italian foods. Masa ngandung Dhia dulu tak adalah sangat mummy kerap makan makanan Italy. 

Lepak Makan di The Manhattan Fish Market Shah Alam Mall 
Dzal tumpang sekali makan.

Rasanya kuat makan nasi lemak. Nasi Lemak Kg Baru City Garden nun jauh di sana. 

Lepak Makan di The Manhattan Fish Market Shah Alam Mall

Anak pertama memang laki melayan je lah.. Cer anak nombor 5? hehehehe

Lepak Makan di The Manhattan Fish Market Shah Alam Mall

Lepak Makan di The Manhattan Fish Market Shah Alam Mall 

Lepak Makan di The Manhattan Fish Market Shah Alam Mall 

Set untuk mummy dah daddy, amek ko ! banyak giler. Memang tak habis. hehehe

Memula mummy nak maek set kecil-kecil. Daddy kata tak cukup. Amek la set ini (lupa ntah nama apa..orang ngandung cepat lupa..ampun ye !) Ada sotong goreng tepung, ikan goreng tepung, udang goreng tepung, bawang goreng, sayur-sayuran dan 4 jenis sos. 

Set ini, tak ada air. So, air beli asing ...kami pilih yang boleh refil aje. Jimat sedikit kan.

Lepak Makan di The Manhattan Fish Market Shah Alam Mall


Lepas makan, cuci dengan tisu basah. Tisu basah ini kena cas RM0.50 tak silapnya. Dapat bil, baru tahu kena bayar kekeke. Tak pe lah...redha je la kan. 

Overall, selesa makan di sini, serve pun tak lambat sangat. 

You Might Also Like

2 comments

  1. Sedapnyaaa! Nani kalau pergi sini suka makan dessert diorang yang brownies sizzling tu. Caramel dia sedap!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -