Upin Ipin Les Copaque Dianugerahkan Youtube GOLD & SILVER Play Button

Les Copaque Dianugerahkan Youtube GOLD & SILVER Play Button - Syarikat Les’ Copaque Production antara produksi salah satu cerita kanak-kanak Upin dan Ipin telah dikejutkan dengan kiriman “Gold Play Button” dari YouTube bagi meraikan kejayaan Channel Les’ Copaque di platform itu mencecah 1 juta pengikut. Ini merupakan kejutan berganda kerana pada pagi hari yang sama “Silver Play Button” sebagai penghargaan mencecah 100, 000 pengikut baru sahaja tiba. Hadiah ini dianggap satu penanda aras baru bagi Les’ Copaque Production yang baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya.

Upin Ipin Les Copaque Dianugerahkan Youtube GOLD & SILVER Play Button


Upin Ipin Les Copaque Dianugerahkan Youtube GOLD & SILVER Play Button


Mummy ingatkan Upin Ipin sahaja di YouTube Les Copaque Production.

Sebenarnya, Les' Copaque bukan sahaja menerbitkan cerita animasi kanak-kanak Upin dan Ipin sahaja. Ada pelbagai video dimuat naik di YouTube Les Copaque Production. Patutlah ramai pengikutnya dan ramai juga yang subscribed ya ..

Les Copaque Dianugerahkan Youtube GOLD & SILVER Play Button


Dengan 1, 000, 000 pengikut itu sekaligus menjadikannya “Most Subscribed YouTube Channel” di Malaysia. Antara lain, video yang dimuat naik di saluran ini yang bertajuk “New Toys” telah memenangi anugerah video paling popular kategori Malaysia di Anugerah Web TV Asia yang diadakan di Seoul, Korea baru-baru ini. Video itu telah dimuat naik di saluran YouTube Les’ Copaque Production dan mendapat lebih 27 juta tontonan. Penyampaian anugerah tersebut boleh disaksikan dalam video “Top 16: Les’ Copaque Highlight Moments of 2016” yang dimuatnaik pada 13 Januari 2017
 
YouTube Channel Les’ Copaque diwujudkan pada 2009 bertujuan berkongsi perkembangan terbaru syarikat tersebut dengan peminat. Les’ Copaque telah menjadi rakan kerjasama YouTube sejak 2012. Ia mula bergiat aktif dalam penghasilan karya baru termasuklah siri animasi pendek DaDuDiDo yang hanya ditayangkan di platform Youtube.

Kini, Les’ Copaque Production mensasarkan “Diamond Play Button” yang memerlukan 10 juta pengikut. Dengan kerjasama daripada peminat hasil karya syarikat ini seperti Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu, Puteri, DaDuDiDo dan banyak lagi, adalah tidak mustahil satu hari nanti ia akan dapat dikecapi.

Upin Ipin Les Copaque Dianugerahkan Youtube GOLD & SILVER Play Button

Dari Kiri : Firdaus, Hafiz, Naquyah, Hj Burhanuddin, Hajah Ainon, Mohd Zarin dan Azhar Gambar bersama team New Media yang menguruskan YouTube Channel Les’ Copaque

 Upin Ipin Les Copaque Dianugerahkan Youtube GOLD & SILVER Play Button

Tahniah buat team Les' Copaque, semoga terus maju dan berjaya.
4 comments on "Upin Ipin Les Copaque Dianugerahkan Youtube GOLD & SILVER Play Button"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com