ZooMoo's Chinese New Year Paper Plate Rooster - Art Craft Anak

ZooMoo's Chinese New Year Paper Plate Rooster - Art Craft Anak | Kalau dah nama mak-mak ni, kan..tak sah, tak hiburkan hati anak-anak dengan permainan. Permainan untuk Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry kali ini datangnya dari ZooMoo. Kitrang buat seni kraf ayam ZooMoo's Chinese New Year Paper Plate Rooster sempenan Tahun Baru Cina hari tu. 

ZooMoo's Chinese New Year Paper Plate Rooster - Art Craft Anak


ZooMoo's Chinese New Year Paper Plate Rooster - Art Craft Anak

Antara barangan yang ada dalam ZooMoo's Chinese New Year Paper Plate Rooster - Art Craft Anak ialah :-

Pinggan kertas
Gam
Bulu ayam berwarna
Kertas kraf
Mata


ZooMoo's Chinese New Year Paper Plate Rooster - Art Craft Anak

Memang suka dak dua orang ni, bab buat art craft. Seronok nak bermain dengan gam tampal sana sini.

 

Nak buat ZooMoo's Chinese New Year Paper Plate Rooster - Art Craft Anak mudah je :-


1. Bahagikan pinggan kertas kepada dua bahagian
2. Guntingkan kertas berwarna merah dan oren secara tiga segi
3. Gamkan mata pada hujung pinggan kertas
4. tampalkan kertas segitiga merah sebagai muncung ayam
5. Kertas segi tiga oren pula sebagai kaki ayam
6. Bulu ayam berwarna warni pula di jadikan sebagai ekor ayam. 
7. Akhir sekali deko bersama angpow. Siap !

ZooMoo's Chinese New Year Paper Plate Rooster - Art Craft Anak 

Yang mana ada anak kecil, cubalah buat kraf ini, mudah dan senang sangat ! 

Tentang ZooMoo :

 

SOTONG BERHANTU KAT AEON SHAH ALAM

Ada sesapa pernah rasa sotong goreng berhantu ini dekat AEON Shah Alam, tak? Sekali makan, memang nak repeat je rasanya. Gitulah kami kalau ke AEON Shah Alam.

Sotong goreng berhantu ini berharga RM3.90 untuk 100gm. 

 

SOTONG BERHANTU KAT AEON SHAH ALAM


SOTONG BERHANTU KAT AEON SHAH ALAM 

Kenapa mummy panggil sotong goreng berhantu di AEON Shah Alam? Kerana, sentiasa je ada orang beli. Berebut-rebut lak tu. Lelagi kalau baru lepas goreng. Memasing tak sabar nak bungkus.

Kalau jam 9 malam tu pulak, memang ikut nasib lah. Kadang-kadang habis..kadang kadang ada.

Sedap ke sotong goreng berhantu di AEON Shah Alam ni. Bagi mummy, sedap gak ! Lelagi masa sedang panas tu. Perghhhh...berebut dengan daddy dan anak-anak !

Yeay, Dah Nampak Gender Anak Dengan 2D 3D Details Scan di Sonovision Kelana Jaya

Yeay, Dah Nampak Gender Anak Dengan 2D 3D Details Scan di Sonovision Kelana Jaya - Alhamdulillah, selesai buat details scan 2D 3D babyD. Banyak nau pulak D ye ! Mummy buat details scan baby kali ini di tempat biasa, Sonovision Kelana Jaya. Masih setia dengan Sonographer - Jezzlyn atau Jezz. Dari zaman Dhia dan Dzal mummy memilih scan baby dengan beliau. 

Zaman kakak dan abang babyD hanya buat sekali scan je dengan Sonographer Jezzlyn. Untuk BabyD ni special sket. Kasik 4x scan insyaallah.

Yeay, Dah Nampak Gender Anak Dengan 2D 3D Details Scan di Sonovision Kelana Jaya



Mummy bersama Sonongrapher Jezzlyn dan juga BabyD. Scan kali ini ialah details scan 2D 3D di mana scan ini melibatkan semua anggota badan dan dalam badan babyD. Betul-betul details !


Mummy jumpa awak ikut skrin je dulu ye , sayang ! Insyaallah lagi beberapa bulan.. kita jumpa live pula.



Details scan 2D 3D page 1, tumbesaran mengikut umur babyD. Serta gender babyD pun ada dalam rekod tu. Ehem...geng Dzal Aidi Fiqry rupanya.

Kami dah agak dari awal. Sebab masa awal mengandung tu suka asam. Padahal mummy bukan penggemar asam. 

Berlawanan mengandungkan Dhia, awal kehamilannya suka makanan yang manos-manis.

Tapi, bila dah banyak bulan dan bintangya...selera makan dah jadi carca marba.

Paling ketara dapat tahu babyD boy sebab Dzal Aidi Fiqry tetiba berenggang sedikit dengan mummy. Pendek kata, tak suka mummy :(

Siap cakap, "adik tak sayang mummy". Hoi...nangis mak kau ni, tau tak!

Apa-apa pun..tak boleh terlalu selesa juga dengan keputusan ini.

Walau mummy tahu, dari zaman Dhia dan Dzal. Scan seawal 18minggu untuk gender dengan Jezz adalah tepat tekaan gender nya.

Apa BEZA 2D, 3D, 4D, HD, 5D SCAN?

Yang mummy buat scan baby kali iniialah 2d dan 3D





2D scan 
- hitam / putih scan di klinik / hospital untuk mengetahui perkembangan bayi. Terdapat 3 jenis 2d scan iaitu 2d growth scan / 2d full detail scan / 2d partial detail scan.


(a) 2d growth (4-40week)
- check baby saiz, placenta, air ketuban, kedudukan tetapi tidak check kecacatan baby. 


(b) 2d FULL detail scan (20-24week) 
- check kecacatan baby termasuk kira jari kaki dan tangan , tulang2 semua , organ dalaman , otak, muka , jantina , tulang belakang, Tengok jantung berlubang , Accuracy 80-90% fizikal kecacatan baby akan dikesan


(c) 2d PARTIAL detail scan (24-30week)
- check kecacatan baby tetapi tidak akan mengira jari dan kaki baby sebab baby padat , otak structur tidak akan diukur sebab tidak accurate . tulang2 baby baby , tulang belakang, organ, muka . Accuracy 50-60% fizikal kecacatan baby akan dikesan





3D 4D scan 
- 3d scan merupakan gambar tidak bergerak manakala 4d scan ialah video baby secara live. 


HD scan 
- Hd scan sama dengan 3d4d , ianya bukan 5d scan , sebab tiada extra dimensi yang boleh dikelihatan - BEZA dengan 3d4d scan ialah , texture baby kelihatan lebih real macam kulit baby.


5D scan 
- dalam bentuk 4d scan video baby, anda boleh merasa extra 1D lagi dengan memakai SPEC 3D dan menonton melalui TV. 


90% success rate baby muka boleh dikelihatan, tiada alasan baby muka sorok , halang dengan tangan, block dengan uri , gender tidak nampak dan lain-lain.


REPORT DETAILS SCAN 2D 3D BABY DARI SONOVISION KELANA JAYA



Page kedua pula report yang seterusnya. Mummy tak larat nak cerita dari awal hingga akhir. Korang baca je dari gambar tu ye ;)


Alhamdulillah semua dalam keadan normal mengikut umur kandungannya.

Injap jantung, buah pinggang, pundi kencing dan lain-lain telah berfungsi sepenuhnya. Alhamdulillah ! Syukur..


Koleksi CD scan babyD. Insyaallah nanti mummy print ke photobook ya !


Okey lah..nanti mummy cerita pengalaman scan babyD untuk 5D 6D pula. Dengar kata nampak real muka baby.



Huhu...cant wait to see u again...



Untuk yang berminat scan dengan our most favourite Sonographer Jezzlyn. Boleh buat booking online je.

Langkah-langkah booking scan ultrasound dengan Sonovision :-


1) Like Facebook : 5D scan Sonovision https://www.facebook.com/SonovisionUltrasound/
2) Klik "Make Online Booking"
3) Pilih Sonographer professional / trainer / 5D scan
4) Isikan tarikh dan masa temujanji
5) Isi butiran yang dikehendaki
6) Tekan butang "Make Appointment"
7) Hadirkan diri temujanji dan selamat berdating dengan baby :)

Booking ini un PERCUMA je. Tak perlu bayar.

Selanjutnya boleh layari:

Sonovison Ultrasound
H01-2, Plaza Kelana Jaya
Jalan SS7/13 47301 Petaling Jaya Selangor
Email : sonovisionultrasound@gmail.com
03-74503183

Waze : TKM Blades Malaysia Plaza Kelana Jaya


Artikel Terdahulu :
Dating Scan di Sonovision DISINI
NT Scan di Sonovision DISINI

BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS PANTANG JUGA SEMASA MENGANDUNG

BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS BERSALIN JUGA SEMASA MENGANDUNG - Bengkung antara barangan wajib di pakai ketika dalam pantang. Beberapa bulan ni, mummy memang tercari-cari bengkung untuk bersalin selepas pembedahan dan bengkung untuk support perut ketika mengandung. Almaklumlah..kandungan dah 5 bulan. Perut sakan bergoyang inul. Bila bergoyang tu, rasa macam tak selesa nak berjalan laju. Macam, ada gegaran gitu.

Hehehe...anak ketiga katanya kan. Mungkin gara-gara kisah bersalin yang lepas-lepas secara pembedahan. Tahu-tahu lah goyang inul nya tu macamana,kan?

Kalau ada belly support - bengkung yang boleh menahan perut dari gegeran tu. Tak adalah goyang inul di situ,kan?

Alhamdulillah..mummy telah berjumpa dengan bengkung moden yang murah. Selain boleh support perut 5 bulan ni. Ianya juga boleh di jadikan bengkung selepas bersalin.


BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS BERSALIN JUGA SEMASA MENGANDUNG - BELLY WRAP PLUS DAN HIPS WRAP PLUS



BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS BERSALIN JUGA SEMASA MENGANDUNG - BELLY WRAP PLUS DAN HIPS WRAP PLUS

Bengkung moden dari Shapee ada 2 jenis iaitu Belly Wrap Plus dan juga Hips Wrap Plus.


BENGKUNG MODEN SHAPEE BELLY WRAP PLUS


BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS BERSALIN JUGA SEMASA MENGANDUNG - BELLY WRAP PLUS DAN HIPS WRAP PLUS

Apa yang menarik tentang bengkung moden ini. Ianya sangat senang dan mudah di pakai dan di buka. Kerana tidak ada butang, klip atau zip.

Bengkung moden Shapee Belly Wrap Plus ni juga, sangat sesuai untuk ibu yang baru lepas pantang atau lepas bersalin. Sebab, ianya bersaiz besar. Hanya laras dengan cara tampal dan buka dengan pelekat zap..zap.. je. 

Kalau mummy lepas bersalin pembedahan pun, boleh pakai ini. Sebab Shapee Belly Wrap Plus ini, mempunyai sistem 'breathable fabric'. Mudah kulit bernafas terutama tempat pembedahan tu.

Juga untuk support perut dan tak perlu ikat ketat lagi.

Dengan cara berbengkung juga, badan kita boleh ada shape selepas bersalin nanti.

Badan dah ada shape...makanya, kurang lah kurang inci di pinggang.

Shapee Belly Wrap Plus ini, nursing friendly kerana dapat menjaga posture badan sewaktu menyusukan bayi.

BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS BERSALIN JUGA SEMASA MENGANDUNG - BELLY WRAP PLUS DAN HIPS WRAP PLUS

Harga bengkung moden Shapee Belly Wrap Plus ini tak mahal. Hanya berharga RM65 sahaja ! 


BENGKUK MODEN MURAH UNTUK PINGGUL - SHAPEE HIPS WRAP PLUS




BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS BERSALIN JUGA SEMASA MENGANDUNG - BELLY WRAP PLUS DAN HIPS WRAP PLUS

Bengkung Shapee Hips Wrap Plus pula sesuai untuk bahagian pinggul. Lepas bersalin, bahagian pinggul juga akan besar dan sedikit menggelebeh.

Oleh itu, bengkung moden Shapee Hips Wrap Plus dapat membantu menjaga shape bahagian pinggul dan bahagian belakang badan.

Apa yang mummy suka, bengkung moden Shapee Hips Wrap Plus ni boleh support perut bahagian bawah kandungan mummy yang semakin berat ke bawah. Pendek kata, nak kurangkan goyangan inul ketika berkerja atau beraktiviti.

Orang kata sebagai belly supports.

Memang sedap pakai Shapee Hips Wrap Plis ketika mengandung. Perut tu, macam firm terletak !

BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS BERSALIN JUGA SEMASA MENGANDUNG - BELLY WRAP PLUS DAN HIPS WRAP PLUS

Harga bengkung moden Hips Wrap Plus ini sangat murah. Berharga RM45 sahaja.

BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS BERSALIN JUGA SEMASA MENGANDUNG - BELLY WRAP PLUS DAN HIPS WRAP PLUS

Zap..zap..zap.. siap !

Material kedua-dua bengkung moden Shapee ini ialah dari 65% polyester,  20% elastane, 15% cotton.

Manakala nak menjaganya mudah sahaja. Basuh tangan pada suhu 40 darjah, cuci dan terus sidai. 

Selanjutnya tentang Bengkung Moden Murah Shapee. Boleh layari :


Website :


Facebook :


Instagram :

MAKAN PERCUMA NANDO'S MANGO & LIME CHICKEN TENDERS.

Petang ! Dah makan tengah hari? Lunch apa tu tadi? Mummy lunch kat Nando's Shah Alam Mall tadi. Try menu baru Mango & Lime. Yang di perasakan dengan cili api. Hehehe bagi yang tak tahan. Jangan cuba Mango & Lime ye. Boleh ambil sos Nando's yang lain.

MAKAN PERCUMA NANDO'S MANGO & LIME CHICKEN TENDERS.


Makan PERCUMA di Nando's? Ya..PERCUMA je. Nando's dah berkali-kali mesej mummy untuk mummy redeem Mango & Lime Chicken Tenders ini sebelum 28 Februari 2017.

MAKAN PERCUMA MANGO & LIME CHICKEN TENDERS.

Ni lah, keuntungannya bila muat turun aplikasi Nando's. Bukan sahaja kumpul point 'chilli' dan tebus ayam PERCUMA. 

Malah kalau ada menu baru pun, dapat gak merasa PERCUMA gak. Alhamdulillah !

MAKAN PERCUMA MANGO & LIME CHICKEN TENDERS.

Air free refill fresh orange menjadi pilihan dan sup sebagai pembuka selera. Beberapa hari lepas, jumpa doktor pakar pemakanan lecturer UiTM. Beliau menggalakkan orang mengandung makan sup dengan kerap. Kalau nak tahu...Sebab tu, sup menjadi pilihan mummy. Hihi

Air dan suo ni tak termasuk dalam pakej makan FREE. Ni versi berbayar..walau tak gaji lagi. 

Ops !

MAKAN PERCUMA MANGO & LIME CHICKEN TENDERS.


Dalam masa beberapa minit sampailah Nando's Mango & Lime Chicken Tenders mummy. 

Banyak ni je dapat..apa pun bersyukur. Dapat gak merasa menu baru.

REVIEW TENTANG NANDO'S MANGO &  LIME CHICKEN TENDERS.


Bagi mummy pedas sangat. Mengandung kali ni mummy kurangkan makan pedas. Sebab..ada masanya kadang-kadang cepat muntah.

Kalau muntah pedas. Boleh menangis tak berlagu, ko !

Mana yang suka makanan pedas-pedas. Boleh try sos Mango & lime ini. 

Rasanya yang masam manis pedas, sebenarnya satu kombinasi yang menyelerakan.


TUJUH PESAN SEORANG IBU KEPADA ANAK LELAKINYA YANG MENGHARUKAN

Salam Isnin semua. Pagi ni sejuk hujan kan. Bila hujan ni, masa yang baik untuk submit doa. Okey..berbalik kisah dan tujuh pesan seorng ibu kepada anak lelakinya yang mengharukan. Mummy terima mesej ini, dari bapa mertua di group Whatsapp. Mak mertua mummy tak ada lagi di dunia..makanya mesej ini mungkin mesej yang ingin beliau sampai kan.

Mummy terbaca dan tetiba mengalir air mata pulak. Bila lah kan...hati tisu ! Tengok drama biasa-biasa pun boleh nangis gak.

Jemput baca...terutama bagi yang bergelar suami. Hehehehe. Jangan marah tau. Kita kongsikan je 'sharing is caring'.

TUJUH PESAN SEORANG IBU KEPADA ANAK LELAKINYA YANG MENGHARUKAN


TUJUH PESAN SEORANG IBU KEPADA ANAK LELAKINYA YANG MENGHARUKAN



1. Ibu berkata, hargai isterimu sebagaimana engkau menghargai ibumu, sebab isterimu juga seorang ibu dari anak-anakmu.


2. Ibu berkata, jika marah boleh tidak memberi wang, boleh tidak berbicara dengan isterimu, tapi jangan bertengkar dengannya (membentaknya, memukulnya).


3. Ibu berkata, jantung rumah adalah seorang isteri. Jika hati isteri mu tidak bahagia maka seisi rumah akan tampak seperti neraka (tidak ada canda tawa, manja, perhatian). Maka sayangi isterimu agar dia bahagia dan engkau akan merasa seperti di syurga.


4. Ibu berkata, besar atau kecil gajimu, seorang isteri tetap ingin diperhatikan. Dengan begitu maka isterimu akan selalu menyambutmu pulang dengan kasih sayang.


5. Ibu berkata, 2 orang yang tinggal 1 atap (menikah) tidak perlu sombong, bertingkah, siapa menang siapa kalah. Kerana keduanya bukan untuk bertanding melainkan teman hidup selamanya.


6. Ibu berkata, diluar banyak wanita idaman melebihi isterimu. Namun mereka mencintaimu atas dasar apa yang kamu punya sekarang, bukan apa adanya dirimu. Saat kamu menemukan masa sulit, maka wanita tersebut akan meninggalkanmu dan punya pria idaman lain dibelakangmu.


7. Ibu berkata, banyak isteri yang baik. Tapi diluar sana banyak pria yang ingin mempunyai isteri yang baik dan mereka tidak mendapatkannya. Mereka akan menawarkan perlindungan terhadap isterimu. Maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah kerana kesedihan, Sebab ia akan sulit sekali untuk kembali.

BERSAMA JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3 SHELL OUT DI MY STORY CAFE KOTA KEMUNING

Baru-baru ini, mummy makan di My Story Cafe, Kota Kemuning Shah Alam. Dalam masa yang sama mummy ikuti program Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCM TV3). Kalau nak tahu, My Story Cafe ini terkenal dengan makanan bertemakan shell out Kalau nak tahu lagi, ini lah pertama kali mummy makan makanan bertemakan shell out

BERSAMA JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3 (JJCM TV3) DI MY STORY CAFE KOTA KEMUNING




Mummy, rakan blogger Shiqqen Sattar, suaminya dan pengacara Jalan-jalan Cari Makan TV3 - Nas.

Entah apa rupa kami makan dalam tv nanti tu, ye. Tak sabar pula nak tunggu 5 Mac ini untuk saksikannya.



Pengacara jemputan program Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCM TV3) kali ini ialah, Mark Adam. Kecil comel je, orang nya. Hensem ke tak? Dah tentu lakiku lagi hensem ! Hehehe.


Mula-mula kami makan dulu, kami siap makan...barulah Nas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCM TV3) makan.



Inilah My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam. Mummy datang sini berpandukan waze sahaja. Mudah !


Air pilihan mummy coconut shake. Sebab jarang-jarang minum dan owner My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam beritahu. Air ini adalah antara signature nya.




My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam ini sangat selesa dan kids friendly, anak-anak boleh main di tepi corner ruangan My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam.




Set Shell Out kami, set berharga RM75 untuk 2-3 orang makan.

Set ini di hidangkan bersama air, nasi putih, jagung rebus, sayur, ketam masak cili, udang masak butter dan hot dog mayonis.



Ada pelbagai set lain juga di My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam. Harga pun memang berbaloi sangat.

Selanjutnya, boleh layari 



Alamat :
My Story Cafe Sdn Bhd (1068514M)
No 8 Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y
Kota Kemuning 40460 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi :
Isnin hingga Ahad
2.00pm to 11.00pm


Untuk tempahan / pertanyaan :

Telefon : 603 5131 0452
Rahimah Binti Dato Abdul Rahim : 60 18 777 1468
Asrul Husni Bin Hussain : 60 18 779 1468

Sedap Ke Aiskrim Panda Mat Kool ?

Sedap Ke Aiskrim Panda Mat Kool ? | Kadang-kadang kan, macam geram dengan iklan tv. Tapi, itulah marketing strategi paling bagus untuk menaikkan sesuatu keluaran atau produksi. Kenapa mummy geram dengan iklan? Ha..sebabnya, anak-anak mudah terpengaruh.  Pantang nampak iklan best. Mesti request kat daddy dan mummy. Kali ini, mereka nak aiskrim Panda dari Mat Kool.


Sedap Ke Aiskrim Panda Mat Kool ?



Maaflah ye, gambar aiskrim tu macam nampak tak nampak je. Nak kena cepat handle aiskrim panda dari Mat Kool.

Mummy sempat dok rasa-rasa aiskrim anak. Sedap...lembut je aiskrim Panda dari Mat Kool ni.

Cuma, part kurang menarik. Cepat lembik. Tak tau la, kalau daddy beli dah lama ke apa kan.

Baru makan sket, dah terpeleot jatuh aiskrim tu. Nasib standby mangkuk sesiap.

Diam tak diam..2 entri aiskrim mummy menulis kan. Budak-budak ni suka aiskrim.

Tapi, tak selalu bagi pun. Sebulan 2, 3 kali je  budak-budak ni makan aiskrim.

Beli atau Sewa Pangsapuri: Yang Manakah Pilihan yang Lebih Tepat?

Beli atau Sewa Pangsapuri: Yang Manakah Pilihan yang Lebih Tepat? Ini lah persoalan yang membelenggu mummy ketika 6 tahun yang lalu.


Beli atau Sewa Pangsapuri: Yang Manakah Pilihan yang Lebih Tepat?


Berbanding rumah teres, mummy memang lebih suka jenis rumah pangsapuri. Ianya lebih nampak lebih mudah di urus, faktor keselamatan terjaga dan ada fasiliti tersendiri. Selain itu, kena ikut bajet jugalah kan!

Jika ada yang tanya mummy, elok beli atau sewa sahaja pangsapuri?

Mummy ada beberapa idea berkenaan perihal ini.


Beli atau Sewa Pangsapuri: Yang Manakah Pilihan yang Lebih Tepat?

Beli atau Sewa Pangsapuri: Yang Manakah pilihan yang Lebih Tepat?


Jika korang tinggal dan bekerja di bandar, adakah korang patut menyewa atau beli pangsapuri?

Bgi mummy, jika korang beli, korang akan ada rumah milik sendiri.

Tetapi jika korang menyewa, ia menawarkan sedikit kebebasan untuk berpindah sekiranya lokasi itu tidak lagi menarik.

Membuat pilihan antara keduanya akan bergantung kepada situasi semasa kewangan korang juga, situasi kerjaya dan keutamaan.

Sebenarnya, ada beberapa panduan yang akan membantu menilai baik buruk berkenaan sewa dan pemilikan pangsapuri

Untuk menentukan pilihan yang terbaik.

Kenapa Menyewa Adalah Idea Yang Bernas


Berikut adalah sebab kenapa menyewa adalah pilihan yang lebih baik.

Fleksibiliti

Satu daripada kelebihan menyewa sebuah pangsapuri adalah ia menawarkan lebih fleksibiliti. Di samping itu, mencari apartment for rent adalah sangat mudah dengan laman seperti PropertyGuru. 

Ya, membeli pangsapuri mungkin memberikan seseorang itu rasa selamat dan stabil.

Tapi apa akan terjadi jika korang dipindahkan  kerja ke bahagian bandar yang lain atau di mana-mana kawasan lain dalam negeri anda?

Korang boleh menolak untuk dipindahkan tapi mungkin boleh merosakkan peluang kenaikan pangkat

Atau korang boleh setuju dan korang akan berada di satu situasi di mana korang terpaksa mengeluarkan duit untuk pangsapuri yang korang tidak duduki.

Disebabkan ini, sewa menjadi pilihan untuk mereka yang masih baru memulakan kerjaya.

Jika korang menyewa sebuah unit, korang tidak perlu risau jika syarikat tempat korang memindahkan korang.

Kerana korang boleh memberi notis secukupnya kepada pemilik pangsapuri dan berpindah ke pangsapuri lain.

Begitu juga, dengan korang yang ada plan untuk berhenti kerja dan mahu berpindah ke syarikat yang menawarkan gaji yang lebih tinggi dan jawatan yang lebih baik.

Adakah korang rasa nak kekal di tempat kerja lama hanya semata-mata kerana rumah milik anda lebih dekat itu satu pilihan yang tepat?

Mestilah tidak! Korang pun nak maju dalam kerjaya korang dalam apa cara sekalipun.

Perkara seperti ini, menunjukkan kadangkala fleksibiliti lebih baik daripada stabiliti terutamanya untuk profesional muda yang baru memulakan kerjaya.

Kemampuan

Jika korang baru memulakan kerja dan masih membina kerjaya, menyewa pangsapuri adalah lebih murah daripada membeli.

Ya, ramai orang kata, kita patut mula melabur dengan membeli pangsapuri secepat mungkin kerana nilai hartanah yang melonjak.

Bagaimanapun, ada satu masalah pada idea ini.

Korang akan membuat pembelian jangka panjang dengan pendapatan kecil.

Semakin tinggi jawatan korang dalam syarikat, semakin tinggi gaji korang.

Ianya sebenarnya, membolehkan korang membuat pembelian yang bernilai lebih tinggi.

Memulakan proses pembelian di awal kerjaya mungkin satu keputusan yang tidak bijak dan pramatang, korang mungkin terikat dengan pangsapuri yang kecil sedangkan korang boleh dapatkan pangsapuri yang lebih besar.

Korang juga perlu ambil kira berapa banyak daripada gaji anda yang perlu digunakan untuk bayaran pinjaman setiap bulan.

Jika korang hanya menyewa, bayarannya adalah lebih kecil dan akan membolehkan anda menggunakan lebihan itu untuk benda lain seperti bercuti.

Kenapa Membeli Pangsapuri Adalah Idea Yang Bernas

Berikut adalah sebab kenapa membeli pangsapuri adalah pilihan yang lebih baik.

Menenangkan Hati

Apa yang baik mengenai pinjaman jangka panjang untuk sebuah pangsapuri di masa muda adalah, dalam tempoh 10 ke 15 tahun.

Korang akan melunaskan semua bayaran untuk pangsapuri itu.

Bil yang korang perlu korang risaukan cuma bil utiliti dan yuran pengurusan yang tentu saja .

Ianya, lebih murah daripada sewa korang. Ada rumah sendiri, tentu saja dapat menenangkan korang.

Kerana jika korang terlibat dalam kemalangan, korang boleh ambil cuti tanpa gaji tanpa perlu risaukan sewa. 

Pelaburan Jangka Panjang

Memiliki pangsapuri adalah pelaburan jangka panjang yang baik kerana korang boleh sewakan pangsapuri itu untuk tempoh 10 ke 15 tahun.

Korang juga boleh jual dengan harga yang lebih tinggi dari semasa anda mula-mula beli dahulu.

Pendapatan sewa korang, boleh buat bayaran bulanan pinjaman.

Dan hasilnya, boleh dimasukkan ke dana persaraan korang. Korang juga boleh pilih untuk jadikan ia satu hartanah sewa selamanya dan boleh menikmati pendapatan yang dihasilkan daripada sewa hartanah itu.

Memilih antara sewa atau beli adalah bergantung kepada di mana keutamaan anda.

Kedua-duanya ada baik dan buruk dan korang perlu mempertimbangkan dengan baik sebelum membuat keputusan.

Kesimpulannya, pilih berdasarkan kemampuan kewangan dan pendapat orang di sekeliling korang juga.

Jika korang tidak mampu, lebih baik jangan membeli dulu.




SIAPAKAH KIM JONG-NAM YANG TERBUNUH DI KLIA2?

SIAPAKAH KIM JONG-NAM YANG TERBUNUH DI KLIA2? | Mummy selalu lambat keretapi, bila orang dah kecoh-kecoh tentang kematian Kim Jong-Nam di KLIA2 baru-baru ini. Baru lah nak ambil tahu tentang Kim Jong-Nam. Siapakah Kim Jong-Nam ni ye?

KIM JONG-NAM DI BUNUH DI KLIA2


Mummy pun baru tahu selepas tragedi ini. Jom kita lihat siapakah Kim Jong-Nam.

SIAPAKAH KIM JONG-NAM?


SIAPAKAH KIM JONG-NAM YANG TERBUNUH DI KLIA2?
sumber gambar : itv.com

1. Mengikut akhbar tempatan, ianya kematian misteri seorang warga Korea Utara di KLIA2 pada Isnin lalu melibatkan pembunuh upahan wanita yang dikatakan dilatih oleh rejim terpencil untuk membunuh musuh negara.


2. Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un .


3. Jong-nam sebelum ini pernah disebut-sebut sebagai pengganti satu-satunya dinasti komunis di dunia ini tetapi perkara itu tidak menjadi kenyataan apabila dia dipaksa hidup dalam buangan sebelum kematian bapanya, Kim Jong-il pada 2011.


4. Jong-nam dilahirkan di Pyongyang pada Mei 1971 dan merupakan anak sulung Jong-il yang memerintah Korea Utara bermula Oktober 1997 sehingga Disember 2011.


5. Jong-nam pernah belajar di Universiti Kim Il-sung dan berkhidmat dalam Tentera Rakyat Korea sehingga 1998 sebelum dilantik menjadi pegawai kanan dalam Kementerian Keselamatan Awam.

6. Jong-nam turut mengetuai projek pembangunan teknologi maklumat Korea Utara dan pernah menemani bapanya ke Shanghai pada Januari 2001 untuk membincangkan hal berkaitan sektor teknologi maklumat.


7. Jong-nam pernah mengembara ke Republik Dominican menggunakan pasport palsu selain menyamar sebagai Pang Xiong, tetapi dia ditahan selama tiga hari atas kesalahan tersebut.


8. Jong-nam pernah juga dilaporkan melawat kawasan pelacuran di Tokyo sebanyak beberapa kali, sekali gus hal tersebut memalukan bapanya, Jong-il.


9. Jong-nam pernah mendedahkan, dia tidak berhasrat untuk membelot atau memiliki kepentingan untuk mengambil-alih kepimpinan di Korea Utara.


10. Jong-nam dilaporkan meninggalkan Macau pada hujung 2012 selepas bimbang terhadap keselamatan dirinya apabila seorang ejen Korea Utara yang ditahan di Korea Selatan mengaku memikul tugas untuk membunuhnya pada Julai 2010.

Huhu panjang rupanya kisah Jong-Nam ini ye. Wallahualam..mummy ada lihat video di KLIA2 sewaktu di bunuh. Memang seriau sangat !


BASKIN ROBBINS (BR) WHAT'S YOUR FLAVOR? Dah tentu mummy suka....

BASKIN ROBBINS (BR) WHAT'S YOUR FLAVOR?  Dah tentu mummy ada flavor kesukaan mummy di Baskin Robbins (BR) . Ha sebelum tu..mummy nak tau gak. Kalau korang, korang suka flavor apa untuk aiskrim  Baskin Robbins (BR) ? Rambang mata kan, kalau pi Baskin Robbins (BR) ni. Kalau boleh, semua perisa nak rasa.


BASKIN ROBBINS (BR) WHAT'S YOUR FLAVOR?  Dah tentu mummy suka....


BASKIN ROBBINS WHAT'S YOUR FLAVOR?  Dah tentu mummy suka....

Cotton Candy pilihan Dhia untuk aiskrim Baskin Robbins (BR). Gabungan warna purple dan pink memang menarik perhatian anak kecil seperti Dhia


BASKIN ROBBINS WHAT'S YOUR FLAVOR?  Dah tentu mummy suka....



Dzal pula memilih aiskrim perisa Pomegranate Swirl Baskin Robbins (BR).

Dalam banyak-banyak perisa aiskrim Baskin Robbins (BR). Mummy dari dulu hingga kini sukakan Pralines N Cream. Gabungan karamel, pecan dan sangat berkrim aiskrim nya


DASHING ELITE ON THE GO HAIR WAX - GAYA GEMPAK, KEKAL TERPACAK

DASHING ELITE ON THE GO HAIR WAX - GAYA GEMPAK, KEKAL TERPACAK | Ayat yang agak sinonim dengan jejaka Malaya. Tapi, memang ada betulnya...fesyen rambut jejaka ni, kadang-kadang boleh membuatkan gadis tak keruan melihatnya.

Sebab itu lah, masa kini ada pelbagai fesyen rambut. Tak kurang dengan daddy juga. Suka tukar-tukar fesyen rambutnya. 

Untuk menjadikan fesyen rambut ini kekal dan menarik. Selalunya, daddy akan menggunakan wax rambut. Ada pelbagai jenis wax ini sebenarnya, nak nampak natural, rambut kering atau rambut basah pun boleh.

FEsyen rambut pun sebenarnya tak terbatas dengan wax sahaja, boleh digayakan dengan jenis clay atau fibre juga.

Jom kita kenali dengan Dashing Elite On The Go Hair Wax.

DASHING ELITE ON THE GO HAIR WAX - GAYA GEMPAK, KEKAL TERPACAK


DASHING ELITE ON THE GO HAIR WAX - GAYA GEMPAK, KEKAL TERPACAK



ELITE, suatu jenama penggayaan rambut lelaki. Jenama pengayaan terulung memahami keperluan seorang jejaka dan percaya bahawa penggayaan rambut boleh membina imej seseorang. Memperkenalkan ELITE On The Go Hair Wax- wax untuk gaya berkekalan!

Rangkaian ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilas dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum, semuanya terkandung dalam pembungkusan yang menarik ini. Produk ini membolehkan si jejaka mengubah bentuk gaya tanpa perlu mengaplikasi semula wax bila-bila masa dan di mana sahaja untuk gaya rambut yang baru.

ELITE menjadikan semuanya mustahil untuk lelaki melangkaui batasan bagi mendapatkan gaya rambut yang mereka inginkan. Dengan pek mudah guna ELITE ON THE GO baharu, si jejaka akan sentiasa bersedia untuk tampil bergaya.

ELITE Hair Wax Gayakan Mengikut Keinginan Anda 



DASHING ELITE ON THE GO HAIR WAX - GAYA GEMPAK, KEKAL TERPACAK

Tampil santai, atau gaya berani, rekaan “rugged”, mahupun kekal terpacak atau nampak basah. ELITE adalah cara terbaik untuk gaya berkekalan!

Rugged Matte untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya. 


DASHING ELITE ON THE GO HAIR WAX - GAYA GEMPAK, KEKAL TERPACAK

Spiky Web mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas: Jejaka yang inginkan sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini. 



Wavy Loose menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan!

DASHING ELITE ON THE GO HAIR WAX - GAYA GEMPAK, KEKAL TERPACAK

Shiny Wet melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan!


Airy Wild (tiada gambar) hadir dalam wana jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda!


ELITE Hair Wax kini boleh didapati dalam dua saiz. Pek 68g berharga RM17.10 setiap satu manakala saiz poket On the Go pula berharga RM5.90 setiap satu. 

Cipta apa sahaja gaya rambut yang anda inginkan dengan variasi ELITE yang terdiri daripada fibre, clay ataupun wax. Kini anda tidak akan terhad dengan satu gaya rambut sahaja. 

ELITE boleh didapati di semua cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka.