BERSAMA JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3 SHELL OUT DI MY STORY CAFE KOTA KEMUNING

Baru-baru ini, mummy makan di My Story Cafe, Kota Kemuning Shah Alam. Dalam masa yang sama mummy ikuti program Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCM TV3). Kalau nak tahu, My Story Cafe ini terkenal dengan makanan bertemakan shell out Kalau nak tahu lagi, ini lah pertama kali mummy makan makanan bertemakan shell out

BERSAMA JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3 (JJCM TV3) DI MY STORY CAFE KOTA KEMUNING




Mummy, rakan blogger Shiqqen Sattar, suaminya dan pengacara Jalan-jalan Cari Makan TV3 - Nas.

Entah apa rupa kami makan dalam tv nanti tu, ye. Tak sabar pula nak tunggu 5 Mac ini untuk saksikannya.



Pengacara jemputan program Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCM TV3) kali ini ialah, Mark Adam. Kecil comel je, orang nya. Hensem ke tak? Dah tentu lakiku lagi hensem ! Hehehe.


Mula-mula kami makan dulu, kami siap makan...barulah Nas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCM TV3) makan.



Inilah My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam. Mummy datang sini berpandukan waze sahaja. Mudah !


Air pilihan mummy coconut shake. Sebab jarang-jarang minum dan owner My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam beritahu. Air ini adalah antara signature nya.




My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam ini sangat selesa dan kids friendly, anak-anak boleh main di tepi corner ruangan My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam.




Set Shell Out kami, set berharga RM75 untuk 2-3 orang makan.

Set ini di hidangkan bersama air, nasi putih, jagung rebus, sayur, ketam masak cili, udang masak butter dan hot dog mayonis.



Ada pelbagai set lain juga di My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam. Harga pun memang berbaloi sangat.

Selanjutnya, boleh layari 



Alamat :
My Story Cafe Sdn Bhd (1068514M)
No 8 Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y
Kota Kemuning 40460 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi :
Isnin hingga Ahad
2.00pm to 11.00pm


Untuk tempahan / pertanyaan :

Telefon : 603 5131 0452
Rahimah Binti Dato Abdul Rahim : 60 18 777 1468
Asrul Husni Bin Hussain : 60 18 779 1468
7 comments on "BERSAMA JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3 SHELL OUT DI MY STORY CAFE KOTA KEMUNING"
  1. Wah dah masuk jjcm. 😍 Semoga murah rezeki tahun 2017 ni

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa dpt jumpa mark adam. Ainaa xpernah lg mkn shell out ni. Lain kli boleh try g makan kat kedai ni

    ReplyDelete
  3. 5 mac eh? Nanti remind dlm group tau Linda

    ReplyDelete
  4. wahhh..bestnya....
    rindu pulak nak buat shell out..hihi

    ReplyDelete
  5. Waa dapnyer..perghh masuk tv3 gtu..seronok ler tu layan makan makan.. bila la nak try makan ala2 shell out ni..beluk try lagi setakat ni..

    ReplyDelete
  6. Tempat yang sangan menarik,bisa menjadi referensi awak untuk berlibur sama keluarga.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com