Shoplinks.Asia

Bila Husband Kepingin Rendang Daging

"Masak rendang daging ye, malam ni" kata daddy. "Rendang? Rendang daging? Bahan tak ada, ni?", mummy mencelah. "J...

"Masak rendang daging ye, malam ni" kata daddy. "Rendang? Rendang daging? Bahan tak ada, ni?", mummy mencelah. "Jom.. pergi beli barang..." daddy mengajak.

Dengan gigihnya, pi beli baang dan mummy pun teruskan dengan misi ketuk-ketuk di dapur. Dalam 1 jam siap semuanya. Mummy bukannya pandai masak sangat, nak tunaikan hajat tekak daddy tu kadang-kadang macam seram gituuu..

Takut gaklah menu yang di harapkan tu tak menjadi kenyataan.


Bila Husband Kepingin Rendang Daging



Bila Husband Kepingin Rendang Daging

Alhamdulillah, daddy boleh terima dan suka dengan rendang daging mummy. Daddy bukanlah seorang yang suka memuji. Jenuh nak tunggu pujiannya tau !

Bila Husband Kepingin Rendang Daging

Mummy gunakan 1kg daging lembu, di cuci bersih dan di toskan.

Bila Husband Kepingin Rendang Daging

Siapkan bahan untuk blender seperti bawang merah, putih, sedikit cili api, halia dan lengkuas. Sementara itu, rebuskan cili kering hingga lembut dan di kisar bersama bahan-bahan ini.


Selesai blender kesemua bahan tu. Mummy gorengkan sambal hingga masak ersama sedikit asam jawa, gula dan garam.

Bila Husband Kepingin Rendang Daging

Masukkan daging, masakkan selama setengah jam.
Di ratakan bersama kerisik, santan, daun kunyit dan daun limau purut.

Bila Husband Kepingin Rendang Daging


Siap rendang daging untuk makan malam. Makan dengan nasi panas-panas memang pergggggghhh menambah la jawabnya !

You Might Also Like

3 comments

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -