SIAPAKAH KIM JONG-NAM YANG TERBUNUH DI KLIA2?

SIAPAKAH KIM JONG-NAM YANG TERBUNUH DI KLIA2? | Mummy selalu lambat keretapi, bila orang dah kecoh-kecoh tentang kematian Kim Jong-Nam di KLIA2 baru-baru ini. Baru lah nak ambil tahu tentang Kim Jong-Nam. Siapakah Kim Jong-Nam ni ye?

KIM JONG-NAM DI BUNUH DI KLIA2


Mummy pun baru tahu selepas tragedi ini. Jom kita lihat siapakah Kim Jong-Nam.

SIAPAKAH KIM JONG-NAM?


SIAPAKAH KIM JONG-NAM YANG TERBUNUH DI KLIA2?
sumber gambar : itv.com

1. Mengikut akhbar tempatan, ianya kematian misteri seorang warga Korea Utara di KLIA2 pada Isnin lalu melibatkan pembunuh upahan wanita yang dikatakan dilatih oleh rejim terpencil untuk membunuh musuh negara.


2. Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un .


3. Jong-nam sebelum ini pernah disebut-sebut sebagai pengganti satu-satunya dinasti komunis di dunia ini tetapi perkara itu tidak menjadi kenyataan apabila dia dipaksa hidup dalam buangan sebelum kematian bapanya, Kim Jong-il pada 2011.


4. Jong-nam dilahirkan di Pyongyang pada Mei 1971 dan merupakan anak sulung Jong-il yang memerintah Korea Utara bermula Oktober 1997 sehingga Disember 2011.


5. Jong-nam pernah belajar di Universiti Kim Il-sung dan berkhidmat dalam Tentera Rakyat Korea sehingga 1998 sebelum dilantik menjadi pegawai kanan dalam Kementerian Keselamatan Awam.

6. Jong-nam turut mengetuai projek pembangunan teknologi maklumat Korea Utara dan pernah menemani bapanya ke Shanghai pada Januari 2001 untuk membincangkan hal berkaitan sektor teknologi maklumat.


7. Jong-nam pernah mengembara ke Republik Dominican menggunakan pasport palsu selain menyamar sebagai Pang Xiong, tetapi dia ditahan selama tiga hari atas kesalahan tersebut.


8. Jong-nam pernah juga dilaporkan melawat kawasan pelacuran di Tokyo sebanyak beberapa kali, sekali gus hal tersebut memalukan bapanya, Jong-il.


9. Jong-nam pernah mendedahkan, dia tidak berhasrat untuk membelot atau memiliki kepentingan untuk mengambil-alih kepimpinan di Korea Utara.


10. Jong-nam dilaporkan meninggalkan Macau pada hujung 2012 selepas bimbang terhadap keselamatan dirinya apabila seorang ejen Korea Utara yang ditahan di Korea Selatan mengaku memikul tugas untuk membunuhnya pada Julai 2010.

Huhu panjang rupanya kisah Jong-Nam ini ye. Wallahualam..mummy ada lihat video di KLIA2 sewaktu di bunuh. Memang seriau sangat !


9 comments on "SIAPAKAH KIM JONG-NAM YANG TERBUNUH DI KLIA2?"
  1. Malaysia juga tempat macam-macam kes berprofil tinggi berlaku.... mungkin kita ni baik sangat kot...

    ReplyDelete
  2. mmg sedih kalau Malaysia pulak dituduh bersubahat kan...

    ReplyDelete
  3. Lia nak tahu juga siapa orang yg dibunuh. Finally dpt info gak. Thanks.😃

    ReplyDelete
  4. dayah pun lambat kereta api ni..huhu baru tahu kes ni

    ReplyDelete
  5. Tgk video tu mmg seriau..semudah itu boleh mati kn.. huishh

    ReplyDelete
  6. satu hal malaysia pulak kena. harap takde apa2

    ReplyDelete
  7. scary nya ada pembunuh upahan semua.

    ReplyDelete
  8. tak tau apa kes dia ni sebenarnya.. tau2 dah heboh

    ReplyDelete
  9. Hahaha kak lya lagi tatau apa2 pasal ni..al maklum laaa tak tgk tv hahaha..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com