Air Kelapa Gula Merah a.k.a Air Jando Pulang

Air Kelapa Gula Merah a.k.a Air Jando Pulang - Cuaca panas lit lit memang sedap lah tekak kalau pekena air kelapa muda gula merah atau di ...

Air Kelapa Gula Merah a.k.a Air Jando Pulang - Cuaca panas lit lit memang sedap lah tekak kalau pekena air kelapa muda gula merah atau di kenali sebagai Air Jando Pulang. Air Kelapa Gula Merah a.k.a Air Jando Pulang ini sangat glamour di Kuala Pilah. Tapi, sekarang ini di mana-mana pun dah boleh dapat Air Kelapa Gula Merah a.k.a Air Jando Pulang.

Mummy tak ada lah sampai ke Kuala Pilah mencari Air Kelapa Gula Merah a.k.a Air Jando Pulang. Mummy beli Air Kelapa Gula Merah a.k.a Air Jando Pulang ini di Taman TTDI Jaya Shah Alam je. Tak jauh dari ofis.

Nak ikutkan, daddy tak bagi lagi mummy minum air kelapa sebab kandungan kehamilan baru 6 bulan lebih. Tapi, bukan mummy minum air kelapa 'pure' pun, kan. Air Kelapa Gula Merah a.k.a Air Jando Pulang ini ada campuran ais dan juga gula merah. Hehehe. 

Ada orang lain cakap. Kandungan kehamilan 5 bulan ke atas dah boleh minum air kelapa. Tak apalah kan. Kita doa yang baik-baik untuk baby dalam perut ini, ye !




Mummy pos gambar Air Kelapa Gula Merah a.k.a Air Jando Pulang ni dalam facebook dan instagram. Ramai rupanya, yang tak mengenali lagi Air Kelapa Gula Merah a.k.a Air Jando Pulang.

Kalau ada yang rajin nak buat sendiri Air Kelapa Gula Merah a.k.a Air Jando Pulang pun boleh. Sedap tau Air Kelapa Gula Merah a.k.a Air Jando Pulang. Memang tak menyesal minumnya.

Bagi yang nak resepi Air Kelapa Gula Merah a.k.a Air Jando Pulang. Jom lihat bahan-bahannya :-


Resepi Air Kelapa Gula Merah a.k.a Air Jando Pulang


1 biji kelapa muda (ambil air dan isi )
Ais kiub secukupnya

Bahan Masak Untuk Gula Merah
Daun pandan
Gula merah secukupnya @ gula melaka @ gula enau
Gula pasir secukupnya

1. Masakkan dalam air yang panas (air secukupnya) bersama simpulan daun pandan, gula merah, gula pasir. 

2. Siap masak dan di ketepikan.

3. Apabila nak minum, letakkan air kelapa dan isinya bersama beberapa sudu (ikut kemanisan yang di kehendaki)  gula merah yang sudah di masak.

4. Campurkan ais (jika suka)

5. Sedia untuk diminum !

You Might Also Like

11 comments

  1. wahhh!!! first time dengar air kelapa macam nie...nak kena buat kat rumah macam nie...thanks resepi sis!

    ReplyDelete
  2. pertama kali nampak air kelapa mcm ni..

    ReplyDelete
  3. tgk sariyanti minum kat pilah dlm rancangan taste selebriti aritu mmg teringin sgt nmpk sedap sgt.ooo camtu cara watnya so bleh try lah nanti. btw, pregnancy 6bln dah kuat/stabil so insyaallah xkan effect apa2 kat baby. in fact digalakkan sgt minum air kelapa bila dekat2 nk bersalin bg memudahkan kata org

    ReplyDelete
  4. Macam sedap pula tengok air kelapa nie, boleh cuba buat nanti.. tq for sharing Linda :)

    ReplyDelete
  5. wahhh...nampak sedap minum sejuk² nie

    ReplyDelete
  6. masih tak dapat jawapan kenapa nama air jando pulang?

    adakah janda suka minum air ni ketika pulang dari tempat kerja atau lain...

    tanya ja

    ReplyDelete
  7. nak kena cuba juga buat...tapi suka air kelapa yang fresh...camna ni

    ReplyDelete
  8. tak pernah dgr tapi sedapnya ! terus teringin

    ReplyDelete
  9. Fuh hipster sangat nama dia ni.. Jando Pulang ek.. tapi nampak segar dan menyelerakan.. sesuai minum time lunch nanti

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -