Akhirnya Dhia Batrisya Belajar Menulis Sendiri

Akhirnya Dhia Batrisya Belajar Menulis SendiriOrang lain, anak umur 4 tahun dah hantar ke sekolah. Manakala kami pula, masih belum sekolah kan lagi anak-anak. Insyaallah, tahun depan Dhia Batrisya 5 tahun. Baru ada plan untuk nak hantar Dhia ke sekolah. Tahun ini, biarkan Dhia Batrisya enjoy duduk rumah habiskan zaman kanak-kanaknya dengan bermain dan bonding dengan adiknya.

"Mummy..Dhia nak belajar tulis ! "

Gitu lah Dhia Batrisya setiap hari, apabila mummy baru sahaja pulang dari bekerja.

Setiap petang minta Whiteboard Faber Castell (pernah cerita di SINI ) untuk belajar menulis. 

Awal-awal haritu, dia follow menulis A, B, C dari sambungan titik-titik. Kali ini, Dhia tak mahu gunakan kertas sambungan titik-titik untuk menulis A, B, C.

Akhirnya Dhia Batrisya Belajar Menulis Sendiri




"Mummy..tengok Dhia tulis ni. Huruf A", dengan bangganya Dhia bercerita.

"Wow, good Dhia...boleh tulis nama Dhia tu.." , mummy nak tengok Dhia faham ke tidak huruf-huruf.

"Nak tulis huruf apa lagi,mummy?', Dhia bertanyakan soalan.

Mummy terus arahkan Dhia tulis huruf D, I dan H...Nampaknya, Dhia dah kenal setengah abjad A, B, C.

Dah nampak wajah-wajah D, I, H...cuma belum ajarkan Dhia untuk susun namanya sahaja !

Mummy memang tengokkan dari jauh. Biasalah balik kerja dah malam, nak maghrib dah pun. Banyak nak kena settlekan lpeas balik kerja. Tapi, mummy monitor juga ..takut juga Dhia terconteng dinding rumah atoknya tu !

Rupanya, Dhia memang nak belajar menulis sendiri ! 

Bila daddy balik dari kerja. Mummy cerita pada daddy yang Dhia dah boleh menulis. 

Daddy pun menyuruh Dhia tuliskan huruf A. Tapi, Dhia jawab "Dhia dah penat..nak rehat dan nak main"

Hehehe gitulah budak, umur pun baru 4 tahun. Tak boleh juga nak paksakan. 

Tulisan abstrak warna biru laut tu pula, hasil karya Dzal Aidi Fiqry. Hehehe Contenglah, nak ! Lepas conteng padam sendiri, ye !

Mudah juga ada whiteboard Faber-Castell ni..Akhirnya Dhia Batrisya Belajar Menulis Sendiri

7 comments on "Akhirnya Dhia Batrisya Belajar Menulis Sendiri"
  1. Pandai Kakak Dhia.. betul tu bagi anak-anak main kat rumah dulu puas-puas, Kak Sue pun hantar anak umur lima tahun ke tadika.. Adik je lambat enam tahun..

    ReplyDelete
  2. Comelnya Dhia.. Semoga jadi anak yang pinter bila besar.. aamiin

    ReplyDelete
  3. takpe kak..kite dulu 6 tahun baru mak hantar masuk sekolah..belajar kat rumah jugak..hihihi

    ReplyDelete
  4. yeaayyy....
    pandai kakak Dhia...

    ReplyDelete
  5. Wah, pandainya. Baru 4 tahun dah pandai tulis.

    ReplyDelete
  6. bagus tu...dia ada keinginan nak belajar...macam cik puteri masa umur 4 tahun asyik tanya bila nak pergi sekolah....

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com