JADI EMCEE SEMINAR DI HOTEL SANI KUALA LUMPUR

JADI EMCEE SEMINAR DI HOTEL SANI KUALA LUMPUR - Beberapa minggu yang lepas, kami anak beranak berkampung di Hotel Sani Kuala Lumpur . Seba...

JADI EMCEE SEMINAR DI HOTEL SANI KUALA LUMPUR - Beberapa minggu yang lepas, kami anak beranak berkampung di Hotel Sani Kuala Lumpur. Sebab mummy ada kerja pada hari Sabtu dan Ahad. Pada hari Sabtu tu, mummy bergerak bersendirian ke Hotel Sani Kuala Lumpur. Manakala daddy dan anak-anak datang lewat sedikit.

Tak apa lah, lewat ke apa. Asalkan semua berada di sisi mummy. Huhuhu. Terima kasih pada organizer kerana berikan mummy 1 bilik untuk kami sekeluarga berkampung 1 malam.


JADI EMCEE SEMINAR DI HOTEL SANI KUALA LUMPUR



Kunci bilik mummy terima dalam jam 12 tengah hari. Standard time untuk check in. Bilik kami, bernombor 516. Jemput datang ye hehehehe


Ini lah katil kami, katil Queen..sebenarnya, kami sekeluarga kalau tidur hotel suka pilih katil King. Oleh kerana bilik sponsor, mummy harus bersyukur dengan apa yang ada. Tak baik nak merungut sangat, kan? Ni pun salah satu rezeki. Alhamdulillah



Comel je cara welcome nya...di letakkan tuala bersama-sama.




Tempat sterika baju juga di sediakan dalam bilik. Mudah nak menggosok pakaian.




Bilik air yang di lengkapi dengan water heater dan bagi mummy bilik air ini sangat selesa.




Toiletries juga di sediakan di sini.





Lunch mummy pada hari pertama tu di coffee house je. Pilihan mummy ialah Nasi Goreng Cili Api Kerabu Ayam Percik berharga RM16.90 di Hotel Sani Kuala Lumpur. 


Mummy makan di tengah hari secara ala-carte dulu. Hati berdebar nak jadi emcee hihihi






Cubaan one two three...hehehe sebelum majlis bermula. Kita kasi testing dulu

Ni lah kerja mummy kena buat Sabtu dan Ahad tu. Jadi emcee untuk Milagro Coffee Patawali. 

Alhamdulillah, mummy di beri kepercayaan untuk menunaikan tanggungjawab ini. 




Founder untuk produk Milagro Coffee Patawali, Puan Salmah yang sangat peramah dan baik hati.





Mummy sangat tertarik dengan seminar yang Milagro Coffee ini adakan. Mummy tetiba rasa confident dengan produk yang bagus ini. Kenapa bagus? Sebab produk ini bukan dari kilan OEM, yang buat penjenamaan di kilang yang sama dengan usahawan lain pakai. Malah, Milagro Coffee ini proses kopi di kilangnya sendiri.

Manakala, pemilihan herba Patawali / Rajawali / Brotowali ini bukan di ambil semua bahagian herba untuk di masukkan dalam kopi. Tapi, ianya di ambil di bahagian tertentu dan menjalani pelbagai proses untuk diadunkan menjadi Milagro Coffee Patawali. 

Selain itu, ianya telah di buat research oleh Encik Nazri dari UiTM. 


Produk ada reseacher tau ! Bukan calang produk Milagro Coffee Patawali ni




Kelas FB Ads pun ada di ajar pada stokis Milagro. Banyak ilmu yang Milagro ini bagi dalam seminar bersama stokisnya. 

Mummy pun sempat juga sedut ilmu Milagro. Tak salah,kan. Kita cari rezeki tambahan yang halal, produk yang selamat.




Hari Ahad, hitamlah kita. Warna aura Ahad adalah warna hitam. Mood tak sabar nak habiskan amanah kerja.






Sedap-sedap makanan di sini. Alhamdulillah, pakej seminar Hotel Sani Kuala Lumpur ini memang berbaloi sangat !






Anak-anak balik dan check out dulu dengan daddy. Mummy masih belum boleh balik. Sebab seminar tak habis lagi.

Pengalaman mummy yang sangat indah bersama-sama dengan Milagro Coffee Patawali. Erm...sedapp ekk..

Kalau ada yang nak jana pendapatan sampingan tanpa modal. Boleh la cuba buat bisnes Milagro Coffee Patawali ini. Selain produk yang bagus, sistem marketingnya juga superb !

Eh..ter promote pulak hehehe



You Might Also Like

12 comments

  1. Bagus jika proses pembuatannya di kilang sendiri... produk oem ni banyak... kena tahu juga kan apa oem ni...

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah ada rezeki kak Linda ye. Kerja on weekend tapi kalau anak semua ikut sekali, dapat bilik lagi, berganda seronok :)

    ReplyDelete
  3. Bestnye seminar . Boleh tahan juga ye Hotel Sani ni. Nanti boleh try stay sini pulak

    ReplyDelete
  4. ayat last tergantung..kalau ada apa perlu buat
    wah tahniah mummy.

    ReplyDelete
  5. Bestnya Linda sambil kerja bawak family sekali.. Kak Sue suka tau...semoga Linda dimurahkan rezeki selalu ya..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..
    rezeki Allah tu dalam pelbagai bentuk..
    tahniah mummy...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah rezeki.
    Takde pong gambar kopi tu?
    OOpss marketing strategi kena pi web site depa ;-)

    ReplyDelete
  8. Belum pernah pergi Sani Hotel, kena cuba juga satu hari nanti mungkin weekend gateway..

    LZ x pernah jadi emcee so x tau camne perasaan sbg emcee.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah rezeki linda, tahniah ya

    ReplyDelete
  10. Waahh..jadi emcee..tahniah..sya gigil nak berckp kat dpn mcm ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -