MINYAK YU YEE CAP LIMAU KEGEMARAN KAMI SEKELUARGA DARI BAYI HINGGA DEWASA

MINYAK YU YEE CAP LIMAU, KEGEMARAN KAMI SEKELUARGA DARI BAYI HINGGA DEWASA - Minyak Yu Yee Cap Limau antara minyak kegemaran kami sekeluarga. Tak kira umur orang kata. Minyak Yu Yee Cap Limau ini sangat sesuai dengan kami, samada untuk sapu pada anak ketika masih baby atau mak pak baby ! 



MINYAK YU YEE CAP LIMAU KEGEMARAN KAMI SEKELUARGA DARI BAYI HINGGA DEWASA


Siapa yang tak kenal dengan Minyak Yu Yee Cap Limau ? Mummy pasti ramai yang mengenali Minyak Yu Yee Cap Limau. Minyak yang di percayai turun temurun dalam melegakan kesakitan dan juga kembung perut.

Kami sekeluarga memang dah lama gunakan Minyak Yu Yee Cap Limau . Memang serasi sangat Minyak Yu Yee Cap Limau dengan keluarga kami !




6 SEBAB KAMI SUKAKAN MINYAK YU YEE CAP LIMAU 


Mummy dan daddy sejenis badan yang mudah masuk angin. Perut sebu, orang kata ! Solusinya, memang Minyak Yu Yee Cap Limauu jawapannya !

Anak-anak juga, kurang masalah kembung perut ketika bayi. Sebab mummy sentiasa akan sapu Minyak Yu Yee Cap Limau pada tapak kaki, perut dan belakang badan setiap kali lepas mandi.

Sekarang ini pula, kadang kala mummy kena tarik mengkarung (krem kaki). Krem kaki ni, waktu mengandung je akan kena. Ada zat yang tak cukup dalam badan. Bila kena tarik mengkarung malam-malam. Kadang-kadang sampai 2 hari masih sengal lagi. Nak cepat lega.. Mummy hanya sapukan Minyak Yu Yee Cap Limau di bahagian betis. Insyaallah, cepat lega !

Anak-anak dah besar ini, memang kurang kena kembung perut. Tapi, sekali sekala memang mummy akan sapukan Minyak Yu Yee Cap Limau pada perut dan tapak kaki mereka sewaktu nak tidur. Untuk elakkan mereka rasa sejuk pada waktu malam. Dan, keselesaan tidur sepanjang malam.

Bila selsema dan batuk, kami sekeluarga juga sapukan Minyak Yu Yee Cap Limau di tempat yang perlu seperti dada, leher dan bahagian kepala. Insyaallah, kurang berlarutan sakitnya.

Minyak Yu Yee Cap Limau menjadi minyak urut kami juga, memang lepas mengurut dengan Minyak Yu Yee Cap Limau. Angin menderu-deru keluar dari badan ! Terus badan menjadi segar dan ringan.




KANDUNGAN BAHAN DALAM MINYAK YU YEE CAP LIMAU 

Linimen berwarna coklat berbau peppermint mengandungi : 

peppermint oil..................36.0 % w/v
Clove Oil............................2.6 % w/v
Nutmug Oil........................0.6 % w/v 
Menthol..............................1.6 % w/v
Borneol...............................1.0 % w/v
Cortex Cinnamoni..............1.0 % w/v
Resina Calamus Draco......1.0 % w/v
Light Liquid Paraffin..........q.s 100%


Indikasi: 
Minyak ini melegakan sakit-sakit ringan pada otot-otot atau sendi serta melegakan simptom2-simptom kembung perut juga selesema. 

Cara Pakai : 
Gosok di tempat yang sakit ketika diperlukan. 

Kesan Sampingan: 
Tidak boleh digunakan bagi orang yang berhiper sensitif terhadap bahan-bahan kandungan minyak di atas 

Amaran: 
Untuk kegunaan luar sahaja. Kesan sensitif mungkin berlaku. Jangan terkena mata. Jangan sapu atas luka atau kulit yang rosak. jangan sapu dalam lubang hidung bayi. Jika berterusan, sila dapatkan nasihat doktor. 

Cara Penyimpanan: 
Simpan dalam suhu bilik (25-30 darjah C) Jauhi dr kanak2. tempoh penggunaan 4 tahun dr tarikh pengeluaran. 


MINYAK YU YEE CAP LIMAU DI SAHKAN HALAL 




Mummy memang tak ragu-ragu menggunakan Minyak Yu Yee Cap Limau sebab ianya telah di sahkan HALAL. 

Bagi yang nak mendapatkan Minyak Yu Yee Cap Limau, boleh dapatkan di pasaraya atau kedai-kedai ubat. Harga pun tak mahal.

Keterangan lanjut mengenai Minyak Yu Yee Cap Limau , boleh layari :-

Weng Seng Heng Medical Hall Sdn. Bhd
221, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

9 comments on "MINYAK YU YEE CAP LIMAU KEGEMARAN KAMI SEKELUARGA DARI BAYI HINGGA DEWASA"
  1. MV pun memang bagi anak2 guna minyak yu yee

    ReplyDelete
  2. Kak Sue memang gunakan untuk anak-anak Kak Sue masa depa kecil.. sekarang pun masih guna juga, suka dengan bau minyak Yu Yee Cap Limau nie..

    ReplyDelete
  3. Suka minyak yu yee sebab bau citrus yang segar dan mampu meringankan sakit perut ketika period pain..banyak kegunaan dan sesuai dewasa..

    ReplyDelete
  4. Minyak favorite kami sekeluarga juga..

    ReplyDelete
  5. Cm pun suka bau minyak yu yee cap limau

    ReplyDelete
  6. Minyak ini salah satu yang perlu ada disetiap rumah...
    nieyl suka..mau dia pun best..

    ReplyDelete
  7. Elsa selalu pakai jugak nie sampai sekarang hehe. Elsa suka bau dia!

    ReplyDelete
  8. Nak guna jugak lah minyak yu yee ni nanti

    ReplyDelete
  9. Saya selaku guna minyak yu yee ni time sakit perut je...tak tahu pulak yang minyak yu yee ni pelbagai guna😅 btw, tq for information

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com