Terlayan Drama Dia Bidadariku Pulak !

Terlayan Drama Dia Bidadariku Pulak !  - Lama mummy tak melayan drama setiap malam di Astro Ria HD. Sebelum ini, semua drama mummy layan. Hinggalah ke drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen tu, terus macam kurenggg je. Tapi, Dhia Batrisya tetap layan. Entah kenapa mummy kurang suka dengan drama tu. 

Sekarang terlayan pulak DIA BIDADARIKU. Dia bidadariku ini ,di tayangkan di ASTRO RIA dan ASTRO RIA HD pada Isnin - Khamis jam 10 malam.

Terlayan Drama Dia Bidadariku Pulak !

Hinggalah beberpaa minggu lepas, ada drama baru di Astro Ria iaitu Drama Dia Bidadariku. Macam seronok pula tengok karaya Dato Yusuf Haslam ni. Drama kali ini, bukan datangnya dari adaptasi novel.

Selalunya Dato' Yusuf Haslam ini suka mengarah filem dan drama aksi. Berbeza kali ini drama romantik yang agak kelakar sedikit.

Tak ada lah boring sangat nak tonton,kan !


Terlayan Drama Dia Bidadariku Pulak !


Sinopsis Drama Dia Bidadariku


Jom baca sinopsis DIA BIDADARIKU.. Dia Bidadariku mengisahkan tentang seorang wanita bernama Suri (Erra Fazira) yang memilih untuk hidup membujang setelah putus tunang lebih dari 15 tahun yang lalu. Hati Suri seolah kecewa dan tertutup buat insan bernama lelaki. Suatu hari Ridzal (Norman Hakim) yang merupakan bekas tunang Suri muncul kembali untuk menagih cintanya. Sikap Ridzal seolah dia seorang lelaki yang psiko. Dalam masa yang sama muncul pula seorang lelaki bernama Ammar (Hisyam Hamid) yang mula tertarik pada Suri dan cuba untuk mendapatkan cintanya. 


Apa yang bakal berlaku seterusnya? 

Antara Ridzal dan Ammar, siapa yang berjaya memenangi hati Suri?

Walaupun pahit nak melepaskan kenangan bersama orang tersayang. Tapi, life must go on. 

So, Mummy suka Suri dengan Ammar lagi. Berbanding Suri dan Ridzal.

Korang ?
2 comments on "Terlayan Drama Dia Bidadariku Pulak !"
  1. Macam best aja drama nie, Kak Sue dah la peminat Erra Fazira..

    ReplyDelete
  2. Akak dh lama tertinggal bab drama ni

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com