Shoplinks.Asia

Beli di Mana Pakaian Ballet Dhia Batrisya ?

Beli di Mana Pakaian Ballet Dhia Batrisya ? Ini antara soalan dari rakan mummy, apabila mummy up aktiviti kelas ballet Dhia di Rockstar ...

Beli di Mana Pakaian Ballet Dhia Batrisya ? Ini antara soalan dari rakan mummy, apabila mummy up aktiviti kelas ballet Dhia di Rockstar Gym Mines Shopping Mall. Sebelum-sebelum itu pun, daddy dan mummy pun merata survey untuk mencari pakaian dan kasut ballet Dhia. Tak tahu kat mana nak beli baju dan kasut ballet Dhia. 

Beli di Mana Pakaian Ballet Dhia Batrisya ?

Beli di Mana Pakaian Ballet Dhia Batrisya ? Sebelum mummy cerita di mana mummy beli pakaian dan aksesori Ballet Dhia. Jom baca kisah awal mummy survey pakaian, kasut dan aksesori Ballet Dhia. Memula tu, mummy survey online dalam www.shopee.com.my memang tak di nafikan, ada banyak pakaian, kasut dan aksesori ballet di situ. Cumanya, susah nak dapatkan ukuran sebenar Dhia. Sebab buyer dari China. Kita chat pun, dorang macam faham tak faham apa soalan kita. Keduanya, postage dari oversea..sampainya berminggu-minggu juga. Lama sangat nak menunggu. Jadi..Beli di Mana Pakaian Ballet Dhia Batrisya ?

Teringat beberapa bulan yang lalu. Kami ke H&M untuk cuci mata. Dhia ada minta kami belikan baju balletnya. Padahal masa tu, kami tak pernah terfikir nak hantar Dhia ke kelas ballet. Entah cemana Dhia boleh ramal yang Dhia akan ke kelas Ballet.

Oleh kerana daddy dah bank in duit pada mummy dan mummy teringat kisah Dhia nak baju Ballet di H&M. Terus mummy ke H&M Shah Alam Mall.


Alhamdulillah, ada rezeki Dhia untuk baju ballet yang berharga RM69.90. Kebetulan design baju tu, tinggal satu sahaja. Maka mummy dapat harga yang cukup murah, BEST DEAL H&M hanya RM25 sahaja. 



Kasut ballet Dhia juga mummy dapat harga BEST DEAL H&M.



Mulai hari tu, terus mummy tahu bahawa H&M ini ada harga BEST DEAL. Lepas ni, kalau ada masa, boleh la mummy jenjalan cuci mata di H&M lagi. Kot-kot dapat barangan anak pada harga BEST DEAL di H&M kan. Untung banyak di situ hehehe.

Okay lah, mummy dan daddy nak hantar Dhia ke Kelas Ballet hari ini di Rockstar Gym. 

Yang berminat dengan kelas-kelas yang ada di Rockstar Gym dan nak kelas ini semua secara PERCUMA. Tunggu mummy up entri blog GIVEAWAY ye !


You Might Also Like

3 comments

  1. Comel Dhia.. baru tau H&M ada harga best deal ya, berbaloi sangat..

    ReplyDelete
  2. comelnya baju & kasut ballet dhia..:)

    ReplyDelete
  3. wahh, cantik baju dhia! H&M memang berbaloi beli kalau yang best deal tu, kualitinya bagus..hehehe

    baru sempat singgah blog setelah beberapa hari sangkut dengan kesibukan harian, saya izyan!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -