Udang Galah Kacang Buncis Masak Kari

Udang Galah Kacang Buncis Masak Kari | Kami sekeluarga memang penggemar udang. Anak-anak biasanya, mummy masakkan Udang goreng kunyit sah...

Udang Galah Kacang Buncis Masak Kari | Kami sekeluarga memang penggemar udang. Anak-anak biasanya, mummy masakkan Udang goreng kunyit sahaja. Untuk mummy dan daddy selalunya Udang bersambal. Tapi, kalau asyik sambal je. Boring juga, kan? Jadi, kali ini..mummy masak Udang Galah Kacang Buncis Masak Kari

Udang Galah Kacang Buncis Masak Kari


Udang Galah Kacang Buncis Masak Kari

Menu dinner..nan hado istilah diet katamya hehehe. Udang Galah Kacang Buncis Masak Kari. Beli dari kedai runcit depan rumah, terus zasss masak. 

Makan Udang Galah Kacang Buncis Masak Kari dengan nasi pepanas. Laki bini tak pandang kiri kanan dah. 1 malam habis terus Udang Galah Kacang Buncis Masak Kari

Oh ya...ada yang nak tahu resepi Udang Galah Kacang Buncis Masak Kari

Resepi mummy ni, versi cecampak mudah dan senang je tau. Almaklumlah...barangan dapur tak semuanya ada. Hujung minggu baru balik rumah sendiri.

Resepi Udang Galah Kacang Buncis Masak Kari


100gm kacang buncis
1 paket rempah kari
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 kotak kecil santan
Daun kari
3 sekawan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga
Air masak
Sedikit air asam jawa

Cara Masak Udang Galah Kacang Buncis Masak Kari


1. Tumiskan 3 sekawan dengan bahan yang dah di tumbuk (bawang, halia) dalam minyak yang panas bersama sepeket rempah kari.
2. Letakkan air (sedikit) dan tumis lagi bersama daun kari.
3. Masukkan air panas dalam 3 cawan berserta air asam jawa.
4. Pabila dah mendidih, masukkan udang sehingga masak.
5. Nampak udang dah merah sedikit..terus masukkan kacang buncis yang telah di potong.
6. Habiskan santan sekotak 
7. Perasakan dengan garam.

Siap ! Ha..senang je, kan !

You Might Also Like

1 comments

  1. Udang jenis ni memang akak suka...layan sedut kepalanya tu...sebab tu selalu darah naik tinggi..hahahahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -