60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ | Semalam, mummy berkesempatan untuk menyaksikan YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan dan Jakel Shah Alam Trading Sdn. Bhd dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi di Parlimen Tanah Merah . Turut menyaksikan rakan media dan rakan blogger.

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA JAKEL SHAH ALAM & AHLI PARLIMEN TANAH MERAH BAGI SUMBANGAN 60000 PASANG BAJU RAYA 

Ahli Parlimen Tanah Merah YB Dato' Sri Haji Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Barisan Nasional seperti tahun-tahun lalu. Setiap kali raya, beliau akan memberikan baju raya kepada penduduk Tanah Merah, Kelantan. Samada tinggal di Tanah Merah atau tinggal di luar Kelantan tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik.

Hadiah ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan penduduk Tanah Merah Kelantan. Yang telah berikan kepercayaan kepada beliau dalam mentadbir Tanah Merah, Kelantan selama 4 tahun ini.


60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

Hadiah baju raya ini, tentunya menjadi kegembiraan warga Tanah Merah, Kelantan.

Sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dalam persiapan raya.

Hadiah baju raya ini, di khaskan buat warga Tanah Merah Kelantan yangg telah mendaftar sebagai pengundi Tanah Merah sehingga Mac 2017.

Antara sumbangannya ialah :-

Lelaki Melayu - Baju Melayu
Wanita Melayu - Baju Kurung
Lelaki bukan Muslim - Baju Kemeja
Wanita bukan muslimah - Kain

10 RAMADHAN HINGGA 15 SYAWAL TARIKH AGIHAN BAJU RAYA JAKEL PERCUMA UNTUK WARGA TANAH MERAH KELANTAN


Agihan bermula pada 10 Ramadhan hingga 15 Syawal. 

Dato' Sri Haji Ikmal Hisham Abdul Aziz sedia maklum dan memahami bahawasanya kebanyakan penduduk yang mendaftar di Tanah Merah merantau dan bekerja di negari atau negara lain dan akan pulang di akhir Ramadhan untuk menyambut Syawal, jadi mereka tidak perlu gusar jika tidak dapat sumbangan ini maka Dato' Sri Haji Ikmal Hisham memanjangkan agihan ini sehingga 15 Syawal nanti.

Caranya, hanya tunjukkan MyKad sahaja ! Mudahkan...

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ



Pelbagai design untuk Aidilfitri dari Jakel


Dalam pada itu, Jakel tahun ini menyediakan pelbagai design dan jenis fabrik berkualiti tinggi untuk Aidilfitri. Jakel juga baru sahaja memperkenalkan duta mereka tahun ini iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta 2 icon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan.

Dan buat pertama kalinya Jakel Shah Alam dengan kerjasama Haqqi (sebuah portal online barangan haji & umrah dan barang muslimah) membangunkan khemah besar jualan Aidilfitri bersebelah Petronas Seksyen 7 Shah Alam. Terdapat lebih 20 jenama artis terkenal akan dibuka sepanjang bulan Ramadhan bermula hari ini sehingga malam raya.

Korang jangan lupa ke Jakel tau, dengar kata banyak hadiah menarik untuk pengunjungnya. 

Jakel Shah Alam
Alamat: No. 27, 29, 31, 33 & 35, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 740000 Shah Alam, Selangor
Facebook: Jakel Online
Instagram: @jakeltextile

8 comments on "60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ"
  1. Untung org tanah merah. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Setiap tahun pergi jakel beli baju melayu for en.husband..
    tahun ni tak sure lagi..nak beli baju melayu dekat mana... :)

    ReplyDelete
  3. wahhh, untung orang tanah merah dapat baju raya freeeee..

    agenda PR yang bakal tibakah? heeee

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Rezeki orang tanah merah tahun ni.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki orang Tanah Merah:)

    ReplyDelete
  6. Untung orang Tanah Merah, Kelantan..Rezeki dapat baju raya.. :D

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com