Shoplinks.Asia

1st Day Buka Puasa 2017 Dengan Ipar Duai

Dah 6 Ramadan.. baru nak cerita pasal aktiviti 1 Ramadan. Huhu buat-buat busy je sepanjang Ramadan ni. Okaylah berbalik pada cerita 1 Ramad...

Dah 6 Ramadan.. baru nak cerita pasal aktiviti 1 Ramadan. Huhu buat-buat busy je sepanjang Ramadan ni. Okaylah berbalik pada cerita 1 Ramadan. Kisah mummy, sama je dengan orang lain. 1 Ramadan...semestinya hari yang indah dan penuh bermakna. Tahun ini, 1 Ramadan..kami berbuka dengan ipar duai (keluarga husband). Yang dapat meraikan bersama-sama, hanya 4 keluarga dari 7 keluarga. Keluarga sebelah suami memang keluarga besar. 7 adik beradik ! 

1st Day Buka Puasa 2017 Dengan Ipar Duai

Walaupun mereka kehilangan emak kandung di dunia ini (Al-Fatihah untuk Nurimah Md Ali). Tapi, silaturrahim adik-adik beradik mereka sangat utuh ! Tu membuatkan mummy suka dengan keluarga daddy. 


1st Day Buka Puasa 2017 Dengan Ipar Duai

Juadah pun sedap-sedap masa 1 Ramadan yang lalu. Ada 2 keluarga datang bawa lauk. Alhamdulillah, mummy sempat masak sotong goreng serai bercili. 

Gambar tak de pulak amek. Hehehe, duduk berbuka rumah orang. Mummy tetiba jadi pemalu. Handphone pun tak buka sangat. Sebab... nak menghormati masa bersama keluarga. Bukan selalu dapat berbuka dan lepak-lepak macam ni.

Gambar ini pula, ehsan dari tuan rumah (isteri kepada adik daddy). Tuan rumah pun.. macam-macam makanan di hidangkannya. Daging salai lemak cili api, sayur campur goreng, ayam goreng, air soda bandung, air oren, milo untuk kanak-kanak dan jajan untuk anak-anak.

Minggu ni, macam adik daddy dari Taiping nak datang berbuka puasa di Kajang. Insyaallah.. kalau tak ada apa aral yang melintang. Kami join lagi. Kali ini, mungkin ramai yang akan join kot. Sebab dah seminggu awal di beritahu.

Tinggal kami je tak tahu status. 

Daddy pun, baru masuk kerja baru. Tak tahu kerjanya banyak atau sedikit. 

Okay lah, korang mana yang ada ceritera 1 Ramadan...tinggalkan link kat komen ye. Nak baca dan terjah juga !

You Might Also Like

5 comments

  1. Ramadhan pertama akak seronoksemua adik beradik berkumpul..tahun lepas berkumpul kat spital tahun ni berkumpul kat rumah...best giler

    ReplyDelete
  2. Puasa pertama berbuka rumah mak mertua. Puasa kedua rumah mak sendiri. Puas ketiga sila masak dan berbuka di rumah sendiri. Haha

    ReplyDelete
  3. Puasa pertama Kak Sue berbuka di tapak pasar ramadhan macam biasa setiap tahun Linda.. tapi seronok juga sebab semua anak-anak dan Abang Man ada kan..

    ReplyDelete
  4. kami pun seronok ramadhan pertama kedua.. lepas tu krik.. krik.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Wah bestnya bukak puasa ramai2.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -