Admitted Hospital Serdang Untuk Ceasarean Yang Ketiga

Dalam pada umat Islam nak sambut ketibaan Syawal. Mummy sibuk juga dengan persiapan Syawal dan sambut orang baru. Alhamdulillah syukur, mummy Admitted Hospital Serdang Untuk Ceasarean Yang Ketiga.

Admitted Hospital Serdang Untuk Ceasarean Yang Ketiga


Kalau ada yang terbaca entri mummy sebelum ini. Tentang kenapa czer dan mummy dah dapat tarikh czer di SINI . Mungkin ada yang tahu. Bahawa hari ini, adalah tarikh untuk mummy check in di wad bersalin. Persiapan awal juga mummy dah siap-siapkan. Boleh baca di SINIAdmitted Hospital Serdang Untuk Ceaserean Yang Ketiga ni mudah bagi mummy sebab semua anak-anak bersalin di sini dan juga di bedah czer di sini. 

Admitted Hospital Serdang Untuk Ceasarean Yang Ketiga.


Hospital Serdang ni tak pernah tak ramai orang. Tapi, ramai yang mengatakan nak bersalin pun tengok rezeki masing-masing. 

Masa untuk menunggu katil untuk bersalin  di Hospital Serdang adalah di antara 12 jam hingga 48jam. Memang lama nak tunggu katil.

Cuma pagi tadi, masa mummy daftar di Level 2 Wad Bersalin. Mummy beritahu mummy nak kelas kedua. Terus dia kata ada kosong 1 katil.

"Mohon bayar RM400 deposit, jika tidak kita akan berikan pada yang paling awal bayar " kata pendaftar.

Husband terus buat pembayaran dan mummy telah confirm untuk katil tersebut.

Allahuakbar..mudah dapat katil kali ini. 

Selesai pendaftaran, seperti biasa mummy check CTG, ujian air kencing, ambil darah, sign borang untuk ceasarean, buat itu dan buat ini. 

Dari jam 8 pagi hingga lebih kurang jam 11 lebih pagi. Barulah mummy dapat renggangkan badan atas katil.

Nurse datang cek BP, heartbeat baby...tak lama pada tu sampai makan tengah hari. Ops..maaf kita tak puasa.


Admitted Hospital Serdang Untuk Ceasarean Yang Ketiga

Menu tengah hari di Hospital Serdang - Day 1

Tak lama tu..mummy pun tertido. Hehehe Sedar-sedar pakar bius datang untuk check dan explain tentang ceasarean esok.

Muka mamai menjawab soalan-soalan. Biasalah kan prosedur. Memang kena bercerita dari awal dengan doktor yang berlainan.

Mungkin mereka nak match dengan rekod yang kita dah ada. Samada kita pesakit yang genuine atau bukan.

Selesai masa bersama pakar bius..mummy terlelap kembali. Hahaha. Entah nape letih sangat hari ini.

Sempat juga lah Whatsapp voice dengan Dhia. Pandai dah jaga diri. Tak nangis macam masa mummy bersalinkan Dzal Aidi.

Sibuk nak tolong tok Mak buat kuih raya katanya hehehe

Admitted Hospital Serdang Untuk Ceasarean Yang Ketiga

Ni pula minum petang mummy di Hospital Serdang. Susu dan bubur pulut hitam.

Okay..mummy nak berehat dan menanti encik asben sayang datang. Hehe nak minta ampun dan maaf. Lupa kita nak mohon maaf awal-awal.

Memang tunggu last minit baru minta maaf hehe.

Korang doakan mummy dan baby selamat menjalani pembedahan esok, ye !



10 comments on "Admitted Hospital Serdang Untuk Ceasarean Yang Ketiga"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com