ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA

ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA | Pejam celik..pejam celik. Anak-anak dah membesar pun ! Dhia Batrisya dah berumur 4 tahun, manakala Dzal Aidi Fiqry dah berumur 3 tahun. Masing-masing bakal jadi abang dan kakak tak lama lagi. Mereka berdua bukan umur je bertambah. Malah, akal fikiran pun bertambah. Macam-macam soalan di ajukan. Beberapa hari lepas Dhia Batrisya ada menonton YouTube dan bertanyakan soalan ini kepada mummy, "mummy minum susu materna, tak?". Dalam hati mummy, aik, tahu pulak Dhia tentang susu materna (yang bermaksud Anmum Materna). "Mana Dhia tahu susu tu?", mummy bertanyakan soalan kembali. Dhia menjawab,"ni dalam YouTube kata susu ni bagus utk pregnant, mummy minum tau !"



ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA


Terkedu mummy seketika dengan anak yang berumur 4 tahun ini !

Mummy mungkin dapat melihat anak-anak semakin membesar dan kuat secara fizikal. Namun  otak mereka juga sebenarnya sedang berkembang dengan baik.


Berbanding dengan pertumbuhan fizikal, tumbesaran otak juga agak sukar untuk diperhatikan.



ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA


ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA



ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA


Menurut Irene Cheah, Pengurus Pemasaran Anmum Malaysia, ibu bapa semestinya inginkan yang terbaik buat anak mereka. Oleh itu, ia amat penting untuk memahami tumbesaran otak kanak-kanak. Justeru itu, Anmum Essential telah memperkenalkan Grow Amazing, suatu inisiatif baharu berunsur pendidikan untuk membantu ibu bapa memahami proses tumbesaran otak dan perkara yang dapat menyokong perkembangan si manja.


Mummy pun baru tahu yang sel otak mula terbentuk pada sekitar hari ke-28 kehamilan. Setelah bayi dilahirkan, terdapat lebih kurang 100 bilion sel otak yang sedang berfungsi. Selain daripada jumlah sel otak, jumlah perhubungan antara sel otak tersebut juga amat penting.

Di peringkat awal usia kanak-kanak, hubungan sel otak ini berkembang dengan pesat dan setiap satu sel otak berupaya membentuk 2,500 perhubungan sel dengan sel otak yang lain setelah si manja anda dilahirkan. Apabila mencapati usia dua atau tiga tahun, hubungan sel otak ini mungkin telah berganda sebanyak enam kali.

Menurut Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Nutrisi Fonterra Brands Malaysia, perhubungan antara sel otak itu juga dikenali sebagai synapse. Pengalaman awal dan persekitaran luar adalah di antara faktor yang meransang pembentukan hubungan sel otak. semakin banyak rangsangan dari persekitaran luaran, semakin banyak yang terbentuk. Tambahnya lagi, perhubungan antara sel otak ini penting kerana ia menyokong pembelajaran, memori dan keupayaan kognitif yang lain. Aktiviti perangsang dan nutrisi yang sesuai seperti DHA dan Gangliosida amat penting dalam tumbesaran otak.

Pentingnya DHA dan Gangliosida (GA) untuk otak



DHA dan Gangliosida (GA) terdapat di dalam otak dan memainkan peranan penting dalam tumbesaran otak. DHA membantu dalam pembentukan sel otak dan Gangliosida menyokong pembentukan hubungan sel otak. Tumbesaran otak yang pesat semasa tiga tahun pertama amat penting dan ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi emosi, sosial dan kognitif.

Kajian menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak di Malaysia mengambil GA 40% lebih rendah daripada purata pengambilan GA dalam sehari. Selain dari makanan berasaskan ternakan seperti daging dan telur . pengambilan GA juga boleh ditingkatkan dengan susu dan produk tenusu. Anmum Essential dirumus dengan DHA dan Nuelipid untuk paras GA yang lebih tinggi dan tanpa gula tambahan. Selain itu, Anmum Essential juga mengandungi prebiotik FOS dan Inulin. Persekitaran usus yang baik adalah penting untuk penyerapan nutrien yang efektif. Anmum Essential juga turut mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ketahui lebih lanjut cara untuk menyokong tumbesaran otak si manja anda dnegan Grow Amazing dan pelajari Fakta Menarik tentang otak kanak-kanak di laman web rasmi Anmum.





5 comments on "ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA"
  1. wah..pandai dhia..budak2 skrg cepat belajar...

    ReplyDelete
  2. Pandai Kakak Dhia.. bagus produk nie kan Linda..

    ReplyDelete
  3. hebat dhia! kagum pulak baca.. baru 4 tahun kan?

    ReplyDelete
  4. pandai kakak Dhia pose..
    aunty nieyl punya entry x post lagi ni...
    dalam draf lagi...:)

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com