Shoplinks.Asia

NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?

NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?  | Anak dah nak masuk tiga pun, harus ada checklists untuk barang ibu ...

NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL? | Anak dah nak masuk tiga pun, harus ada checklists untuk barang ibu dan anak apa yang perlu di bawa ke hospital. Urat banyak putus, cepat lupa..maka sebab tu lah mummy kena ada checklists gak ! Hehehe.


NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?


Jenuh juga lah buat checklists. Sebab checklists raya lagi nak buat, checklists itu, checklistds ni. Eh..eh..eh banyak pulak checklists ye. Kena fokus checklists barangan mak dan baby ke hospital dulu !



NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?


CHECKLISTS BARANGAN MAK KE HOSPITAL

Sebelum ke hospital perkara yang paling paling WAJIB kena pastikan ada ialah bawa kad pengenalan dan buku merah. Takada dua benda ni, kena patah balik ambil,lah jawabnya !



NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?


Antara barangan lain wajib yang mummy harus bawa ke hospital untuk melahirkan anak pula ialah :-
  • 2 helai kain batik
  • 2 helai t-shirt
  • 4 set pakaian dalaman (czer biasanya 4 hari kena tahan wad)
  • 4 pasang stokin
  • Maternity pad - yang ni mummy suka yang tali puye sebab awal2 czer tu kan nak kena free kasi angin masuk.
  • Tuala
  • Set Nipple Cream - tentunya Avent pilihan di hati
  • Minyak angin - tentunya Yu Yee Cap limau !
  • Toiletteries
  • Sikat
  • Getah Rambut
  • 2 helai Tudung 
  • Selipar
  • Suplemen
  • Bekas air
  • Susu Anmum
  • sedikit biskut
Bengkung dan set bersalin simpan kat rumah dulu hehehe


NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?

CHECKLISTS BARANGAN BABY KE HOSPITAL


  • 3 helai baju baby
  • 4 set sarung tangan dan kaki baby
  • 4 set kain bedung dan barut baby
  • 1 selimut
  • 1 topi baby
  • standby manual breast pump
  • Toilettries set
  • Minyak Angin share dengan mummy Minyak Yu Yee Cap Limau !
  • 1 beg Pempes
  • Wet tisu
  • Tuala
  • Sapu Tangan

NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?


Mana barangan keciL tu, mummy masukkan dalam bekas plastik zip lock. Beli kat bahagian jual plastik sandwich. Senang nanti, tak  de lah meraba-raba cari dalam beg nanti hehehe.

Ini antara barangan penting untuk bawa ke hospital. Banyak juga kan? Berkampung lebih kurang 4 hari mummy di wad bersalin.

Paling cepat keluar lepas bersalin czer ni selalunya 3 hari..sejarah Dhia dan Dzal pula bersalin czer kena tahan lebih 4 hari. 

Dhia masuk NICU..manakala masa lahirkan Dzal pula kuning tinggi pula !

Harap-harap kali ni, semuanya di permudahkan !

Doakan yang baik-baik untuk mummy dan baby tau. 

Jumpa lagi di next entri ;)

Pa pe nanti kita reroger dan story mory lagi dalam blog :) :)


You Might Also Like

11 comments

  1. bagus linda.. dah siap semuanya.. insyaAllah selamat balik sebelum raya tu.. ingat yg baik2 sebut yg baik2 jugak.. good luck linda!

    ReplyDelete
  2. byk checklist tu... semoga dipermudahkan semuanya sis

    ReplyDelete
  3. Seeloknya baju biar yg berbutang Di depan. Good luck ye semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. Senang kan ada checklist nie.. Kak Sue doakan semoga dipermudahkan semua urusan dan selamat semuanya ya Linda..

    ReplyDelete
  5. Dah ada checlist lebih mudah untuk bawa ke hospital..

    ReplyDelete
  6. Insha Allah sis semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  7. kakak !! semoga semuanya dipermudahkan.. in shaa Allah..

    ReplyDelete
  8. Teringat pula masa wife nak bersalin untuk Zara dan Adam.. Hehe.. Semoga di permudah ok..

    ----
    ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017

    http://www.erazfadli.com/2017/06/eraz-fadli-bagi-hadiah-raya-aidilfitri.html

    ReplyDelete
  9. checklist tu penting kan...So moga Allah permudahkan urusan mummy nanti ye

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak ada experienced buat persediaan macam ni..dah 14 tahun dah...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -