Shoplinks.Asia

NYARIS NAK MASUK WAD BILA CZER KENA INFECTION !

NYARIS NAK MASUK WAD, BILA CZER KENA INFECTION ! - Beberapa hari ni ..memang lain macam luka czer mummy yang merengat tu. Mungkin ada 1 ha...

NYARIS NAK MASUK WAD, BILA CZER KENA INFECTION ! - Beberapa hari ni ..memang lain macam luka czer mummy yang merengat tu. Mungkin ada 1 hari tu, mummy sibuk tengok tv. Berjam-jam lama tangok drama dalam keadaan duduk. Pedih nyut nyut tempat czer yang sebelah kanan tu. Teringat juga pesanan doktor. "Czer kali ni, lambat sembuh ye. Sebab dah 3x czer. Tambahan pula ada buat BTL". Mummy akui dan setuju. Dengan umur 35 tahun, boleh consider sebagai seorang yang berumur juga. Antara salah satu faktor luka czer lambat sembuh juga.

NYARIS NAK MASUK WAD, BILA CZER KENA INFECTION !


Mummy masih berpantang makan dan minum. Walaupun musim raya-raya ni. Insyaallah tak tergoda lagi hehe. Teringat czer yang pedih ngilu. Memang insaf sekejap :)

Hari ke 7 czer...tempat potong tu ada keluar sedikit air. Sama seperti kes anak nombor 2 mummy - Dzal Aidi Fiqry. Cuak,ke? Tak sangat sebab dulu pn tak de pa pe. Doktor just suruh datang klinik 3x untuk dressing cuci luka.

Kali ni..asben pn macam buat relax buat cool. 

Hari ke 8 czer..tempat czer dah mula keluarkan nanah. Perut dah jadi pedih pedih gatal. Tempat czer sebelah kanan tu dah mula panas.

Badan mummy pun dah seram sejuk macam nak demam. Huhu.

Lunch hour, daddy bawa mummy ke Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam.

Doktor dan nurse check luka mummy. Mereka menggelarkannya "breakdown" dan terus refer ke Hospital yang bersebelahan. Hospital Shah Alam. 

Walaupun bersebelahan...tapi mummy wajib naik ambulans !

Mula pening kepala!!
Macamana dengan baby? 
Nasib baik doktor benarkan mummy bawa baby ke dalam ambulans bersama mummy. Manakala daddy follow dengan kereta.


NYARIS NAK MASUK WAD, BILA CZER KENA INFECTION !

Mummy di pasangkan line untuk memudahkan kerja-kerja lain.

Nasib baik..1x cucuk terus dapat urat yang betul

NAIK AMBULANS KE HOSPITAL SHAH ALAM !


NYARIS NAK MASUK WAD, BILA CZER KENA INFECTION !

Dalam ambulans..hehehe. memang kelakar..hospital tak jauh mana. Tapi, kena naik ambulans.

Mummy di tempatkan di Bahagian kemasukan wad ibu bersalin hospital Shah Alam.

Doktor datang terus..untuk cek tempat czer. Buangkan nanah tanpa ubat bius 

Sakit? Yup ! Sangat...tapi, lepas semua nanah di buang. 

Luka di cuci. Alhamdulillah. Tak ada dah pedih-pedih gatal lagi.

Doktor kata..infection luar sahaja. Tak bahaya. Nanah tu sebab proses baik pulih sahaja. 

Doktor nasihatkan mummy cuci tempat luka macam biasa, keringkan dan banyakkan berjalan juga. 

Alhamdulillah..lega dengar dan paling best. Tak perlu admitted !

Ada juga yang kata..mummy ni jenis kulit sensitif. Sebab 2x kena macam ni. Anak nombor 2 dan 3

Sebelum meninggalkan Hospital Shah Alam. Mummy di berikan 10 hari ubat antibiotik. Harap-harap...luka czer tu pulih spt sedia kala




You Might Also Like

16 comments

  1. Sempat lagi ambik gambar ye... Moga dipermudahkan semua urusan.... amin...

    ReplyDelete
  2. Seram...kita pun 2nd cser hari tu ada infection skit...kena buka skit n cuci tiap2 hari...warded la juga 4 5 hari...pikir balik seram wooo

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh linda. Take care =)

    ReplyDelete
  4. sound scary glad you better now. you are younger than me 😉

    ReplyDelete
  5. Owhh...czer yer. Sama lah kita..cuma belum ada pengalaman yg begini. Get well sonn mummy!

    ReplyDelete
  6. sy pun dh 2x czer...next ni czer...2nd czer pun ada kuar air..mujurlah pastu okey jer

    ReplyDelete
  7. Alamak perut mama Pula Rasa gatal. Get well soon ye awak

    ReplyDelete
  8. Antibiotik kena habiskan tau. Jangan tak makan oulak nanti tak sembuh.

    ReplyDelete
  9. tgh2 pregnant ni seram pula baca sis.. Semoga cepat sembuh & selamat hari raya!!

    ReplyDelete
  10. Rasa insaf juga nie..

    Memang mencabar kena czer

    ReplyDelete
  11. ya Allah. seram baca, teringat member pun czer kali ketiga kena infection. fuh! semoga cepat sembuh kak.

    ReplyDelete
  12. Nasib baik x admitted..kalau tak lagi susah kan

    ReplyDelete
  13. Moga dipermudahkan urusan...

    ReplyDelete
  14. Semoga cepat sihat ya Linda, take care..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -