Selamat Melahirkan BabyD 21 Jun 2017 di Hospital Serdang Secara Czer

Selamat Melahirkan BabyD 21 Jun 2017 di Hospital Serdang Secara Czer - Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah. Mummy dah Selamat Melahirkan BabyD pada 21 Jun 2017 di Hospital Serdang Secara Czer / ceasearian / c-sec / C Section. Ha..penuh istilah mummy letak. Pendek kata beranak secara operate la ni. Kang mummy tak letak, ada yang tanya..beranak macamana tu? Hehehe. Ada 2 kaedah je normal atau operate. Czer ni operate la kiranya.

Sementara baby Qada' tidur ni. Mummy cepat-cepat buat entri ni. Kang lelama basi. Pastu nak story mory lain pulak dalam blog hehe.

Okay..berbalik pada kisah beranak yang ketiga.  Ada yang PM mummy, " sebelum masuk labour room nanti reroger lah ! Sebenarnya.. Kalau operate ni, tak de tunggu dalam labour room. Terus masuk bilik bedah je hehe. Tapai..tak sempat pn nk bagi tahu bedahnya bila. Selalu memang tergesa-gesa. Nurse ha nya bagi call asben saya waktu tu. Lepas tu, hp kena simoan dan cepat-cepat mummy kena tukar katil untuk ke operation theater.

Selamat Melahirkan BabyD 21 Jun 2017 di Hospital Serdang Secara Czer



Selamat Melahirkan BabyD 21 Jun 2017 di Hospital Serdang Secara Czer

Mummy memang kena buat elektif czer. Maknanya ialah czer atas tarikh yang telah di tetapkan. Kandungan 37 minggu ++ biasanya mummy dah kene masuk untuk czer.

Kenapa awal 37 minggu ++ ? Ni disebabkan kondisi dalaman mummy. Mummy kena Czer , sebelum mummy ada contraction. 

Nak tahu kenapa dan mengapa lagi? Boleh baca di entri mummy yang lepas-lepas di SINI DAN SINI

Kisah Bersalin Czer Day 1


Mummy check in / masuk ke wad pada 20 Jun 2017 untuk jalani proses sebelum beranak.

Mula-mula..doktor biasa akan buat saringan.

Setelah mendapat katil, doktor pakar bius datang berjumpa untuk interview. Interview pasal keadaan diri. Bukan pasal minta kerja tau ! Hehehe...mummy manalah layak jadi doktor..belajar pun takat Diploma je.

Pakar bius telah menetapkan waktu turn czer mummy pada jam 12 tengah hari. Mummy orang ketiga untuk elektif czer.

Maka...malamnya dah kena puasa.
Last boleh makan ialah pada jam 12 tengah malam dan minum terakhir pada jam 4 pagi !

Pagi-pagi jam 6 pagi mummy dah di kejutkan oleh nurse untuk mandi. Jam 7 pagi nak di pakaikan tiub kencing.

Mummy agak kurang selesa bila pakai tiub kencing. Mulalah..tak senang duduk. Nak terberak..nak terkencing..semua lah nak !

Pagi tu memang lapar gila ! Mungkin sebab kekerapan buang air besar sebanyak 4x. Huhu debo nak beranak ke apa pun tak tahu.

Tapi..memang rasa masuk bilik bedah tu..ingat nak mati je.

Serius ! Memang macam nak gi mati. Sebab bab-bab operate ni banyak risikonya. Tumpah darah, darah hilang banyak, dan macam-macam lagi.

Tak sempat jam 12 tengah hari. 
Nurse dah panggil untuk ke bilik bedah.
Katil untuk bawa mummy ke bilik bedah dah sampai pada jam 9 pagi.

Mak ko ! Awalnya..
Nurse kata, czer hari ni memang laju. Doktor bedah ni, memang laju dan cermat buat kerja.

Rezeki mummy dan anak-anak dapat pakar bedah super senior. Dr Asmahan !

Sampai dewan bedah yang sejuk ..mummy cuma berpakaian sahelai kain di badan.

Menggigil-gigil tak hengat ;)

Mummy di berikan ubat bius air dan epidural. 
Sebelum itu, diberi ubat gastrik, loya dan muntah.

History mummy beranak secara czer memang cepat pening, loya dan nak muntah.

Allergic betul dengan ubat bius tu



Keluarlah baby boy yang cute miut
Secara bedah dan juga forcep.

9minit pertama pembedahan...baby dah keluar. Memang laju doktor Asmahan ni bedah !

Setelah baby keluar..mummy kena bagi susu terus.

Baby sangat bijak...awal-awal lagi dah pandai menyusu badan. 

BALIK RUMAH DI HARI KEDUA SELEPAS BERSALIN


Syukur alhamdulillah..mummy masih bernyawa. Di berikan bernafas lagi di dunia ini.

Setelah baby sihat. Dah berak dan kencing. Mummy di benarkan bawa baby pulang.

Hari pertama dan kedua..baby dah berak hitam macam jelly. Bermakna baby sihat dan tak ada masalah lain


Hari keempat merangkap hari ketiga bersalin. Mummy dah di benarkan pulang.

Alhamdulillah. Doakan..Moga-moga mummy dah baby sihat selalu ye

Bersyukur dapat pulang ke rumah pada Ramadhan yang terakhir !

Mummy doakan rerakan yang sedang menanti hari tu.. di permudahkan urusan bersalin juga ! 

6 comments on "Selamat Melahirkan BabyD 21 Jun 2017 di Hospital Serdang Secara Czer"
  1. Tahniah mommy. Selamat berpantang. Take care...

    ReplyDelete
  2. Tahniah mummy..selamat dah timang baby baru..doakan murni pulak ya lps ni

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...tahniah dan selamat berpantang

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak..Selamat berpantang..Bestnya dapat bau baby

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Tahniah Lin... Seramnya nak hadap sekali lagi nanti.. Adehh..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com