Shoplinks.Asia

Selesai Bayar Zakat Fitrah 2017 di AEON Cheras Selatan

Selesai Bayar Zakat Fitrah 2017 di AEON Cheras Selatan |   Genap dah hari ini, 20 Ramadan 1438H sebenarnya dari minggu lepas lagi mummy dah...

Selesai Bayar Zakat Fitrah 2017 di AEON Cheras Selatan | Genap dah hari ini, 20 Ramadan 1438H sebenarnya dari minggu lepas lagi mummy dah perasan setiap shopping mall dah ada amil untuk kutipan Zakat Fitrah 2017. Mudah juga ada amil di shopping mall ni. Sambil kita bershopping, kita ingat tentang pembayaran Zakat Firah 2017.

Selesai Bayar Zakat Fitrah 2017 di AEON Cheras Selatan


Alhamdulillah, daddy pun dah sempurnakan Zakat Fitrah 2017. Bayar terus untuk 5 orang termasuk anak dalam perut tu sekali. Zakat Fitrah di Selangor berharga RM7.00 seorang. Daddy bayar di AEON Cheras Selatan je. Kebetulan ada amil Zakat Fitrah 2017 di sana. 


Zakat Fitrah 2017  dan 2016


Selesai Bayar Zakat Fitrah 2017 di AEON Cheras Selatan

Seperti baisa, harga Zakat Fitrah 2017 tak semestinya sama dengan lain-lain negeri. Untuk senarai penuh harga Zakat Fitrah 2017 boleh rujuk di bawah dan gambar di atas :-

1. Sabah: RM7.00Pusat Zakat Sabah (MUIS)


2. Melaka: RM6.70 - Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Melaka - Rasmi


3. Perak: RM7.00 - Zakat Perak-MAIPk


4. Kedah: RM7.00 - Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman


5. Pahang: RM7.00 - Pusat Kutipan Zakat Pahang, Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang


6. Johor : RM 7.00 - Majlis Agama Islam Johor


7. Penang : RM7.00 - Zakat Pulau Pinang


8. Negeri Sembilan : RM6.50 - Pusat Zakat Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan


9. Wilayah Persekutuan :RM7.00 - Pusat Pungutan Zakat, Baitulmal MAIWP, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan


10. Sarawak : RM7.00 - Tabung Baitulmal Sarawak


11. Terengganu : RM7.00 - MAIDAM (PUSAT URUSAN ZAKAT TERENGGANU)


12. Selangor : RM7.00 - Lembaga Zakat Selangor


13. Perlis: RM7.00

14. Kelantan : RM7.00


Selamat menunaikan Zakat Fitrah !

You Might Also Like

6 comments

  1. Kami belum bayar lagi nie, tapi dekat tempat Kak Sue berniaga memang ada depa stand by khemah khas untuk yang nak bayar zakat..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah saya baru nak bayar dalam minggu ni....

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing.. bagus ni nk refer

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas info ni linda.. kami pun belum bayar lagi ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -