TAUHU SUMBAT RESEPI MASAK SENDIRI MEMBUKA SELERA

TAUHU SUMBAT RESEPI MASAK SENDIRI MEMBUKA SELERA | Lama tak update resepi masakan atau menu masakan. Lain macam letih Ramadan kali ini, mungkin kandungan dah membesar bagai juara. Badan pun dah berat. Dan menu buka puasa bebaru ini merupakan peberet mummy iaitu TAUHU SUMBAT. Sebanarnya TAUHU SUMBAT ini bukan je mummy suka, malah abah, along, daddy pun suka.

Dah lama juga craving TAUHU SUMBAT. Alhamdulillah, dapat juga makan.....Nak kata sedap atau tidak. Haruslah cakap sedap,kan. Berbanding beli kat luar, mummy tak jumpa lagi TAUHU SUMBAT macam ni. Mumm tak suka TAUHU SUMBAT cicah dengan kuah kacang.

Dan, ada yang jual TAUHU SUMBAT sayurnya tu ta fresh. Uhuuuii, bab tu boleh potong selera kot ! Tak mo, ngomel panjang resepi orang lain? Mummy kena buat sendiri lah gamaknya. 

TAUHU SUMBAT RESEPI MASAK SENDIRI MEMBUKA SELERA



RESEPI TAUHU SUMBAT


1 Biji tauhu di potong dua dan di gorengkan. Resepi ini mummy gunakan 6 keping tauhu
2 genggam taugeh (celur air panas) - buat lebih untuk ratah gitu :)
1 batang Timun 

Sos Tauhu Sumbat :
Bahagian tumbuk / kisar
5 batang Cili hidup
Sedikit air
1 biji Bawang merah kecil
1 bahagian kecil Bawang Putih

Sedikit cuka (jika suka)
1/2 sudu Garam 
1 susu Gula

CARA BUAT TAUHU SUMBAT

1. Gorengkan tauhu yang di belah dua tadi. Kemudian ke tepikan
2. Kisar bahan di atas selain cuka, garam, gula, timun, taugeh dan tauhu. Selesai kisar, panaskan atas dapur dan campurkan dengan gula, garam. Nampak sebati je, terus angkat !
3. Sumbatkan tauhu tadi dengan taugeh + hirisan timun.
4. Jiruskan sos atas tauhu.

Siap...

Mudahkan? Selamat mencuba........
5 comments on "TAUHU SUMBAT RESEPI MASAK SENDIRI MEMBUKA SELERA"
  1. peberet aina ni tauhu sumbat! Simple menu + sedappp. betul tu kak, tauhu sumbat ni better buat sendiri dr beli dekat luar.. Sayur ikut suka kita, blh letak banyak.. sos pulak ikut citarasa tekak..=)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...tp mak dah buat dah hari Rabu ari tu...akak plak takde..kena request lagi ni

    ReplyDelete
  3. sedapny. smlm ada tgk di bazaar tp mcm tak berkenan pulak huhuhu.

    ReplyDelete
  4. Sedap nya kak lin. Fav ana ni. Terliur tgk masa ni.

    ReplyDelete
  5. Sya jenis tak makan tauhu pun... rugikan.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com