Baby Daim Naufal Kuat Berak dan Kencing !

Kuat betul baby Daim Naufal ni berak dan kencing ! Dalam masa 10 Hari. Abes 1 Beg Pempes dan 8 Paket Wet Tisu. Nasib baik lah daddy siap beli 2 beg pempes newborn. Brand Pet Pet 64pcs dan juga MamyPoko 80pcs. Anak-anak mummy masa dalam pantang memang kuat pakai pempes. Masa 4 tahun leoas lahirkan Dhia Batrisya pula...kena pilih pempes yang lebar macam MamyPoko. Sebab, Dhia jenis berak cair sangat. Pempes lain mesti bocor sampai kena seluar, baju dan barut. Kalau 3 pagi berak tu, jenuh nak tukarkan semua.

Wet tisu kami pun dah standby sesiap. Stok kami ada 1 paket brand Huggies (80pcs), 2 paket brand Goo.N (55pcs each), pureen, 8 paket brand tesco loves (80pcs each). Jumlah stok wet tisu kami ada 12 paket. Hehehe. Macam banyak. Tapi, dalam diam tak diam. 8 paket dah abes !

Baby Daim Naufal Kuat Berak dan Kencing !


Baby Daim Naufal Kuat Berak dan Kencing !

Stok pempes newborn kedua baru buka. Kita tengok pula...berapa hari tahan hehe.

Awal-awal masa Daim Naufal lahir tu, berak hitam macam jelly. Memang standard baby baru lahir berak gitu. Dalam 2 - 3 hari juga la berak pesen cam tu.

Lepas tu, dah berak kuning. Berak kuning ni kalau baby minum susu ibu sahaja. Kalau ada susu formula. Baby akan berak sedikit hijau warnanya.

Lepas balik dari hospital. Daim Naufal dah mula kerap berak dengan kencing sebab kuat menyusu.

Boleh di katakan tiap 3 - 4 jam Daim Naufal akan berak ! Kadang tu, dua jam sekali pun hado.

Sekarang ni, mummy standby pempes saiz S sesiap dah untuk next stok ;)



5 comments on "Baby Daim Naufal Kuat Berak dan Kencing !"
  1. biasa la kalau baru lahir ni memang sehari tu boleh smpai 10 keping pampers..hhuhu

    ReplyDelete
  2. patut la..dlu mase ellsa pun kerap berak ngan kencing...
    pampers pun cepat abis..dia kuat menyusu jugak..

    ReplyDelete
  3. kuat menyusu kuat la berak kan..sama ngan Baby Aniq

    ReplyDelete
  4. Bagus la selalu membuang...tanda dia sihat

    ReplyDelete
  5. Baby memang kuat berak dan kencing kan kak..pampers dgn wet tissue memg kne standby byk

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com