Shoplinks.Asia

DAIM NAUFAL PROLONG JAUNDICE?

DAIM NAUFAL PROLONG JAUNDICE? Assalamualaikum..selamat pagi !   Pagi ni, mummy ke Klinik Pakar Shah Alam. Untuk futher check up jaundice Da...

DAIM NAUFAL PROLONG JAUNDICE? Assalamualaikum..selamat pagi ! Pagi ni, mummy ke Klinik Pakar Shah Alam. Untuk futher check up jaundice Daim Naufal. Mummy boleh cool dan boleh rileks kali ini. Tak kalut macam masa Dzal Aidi Fiqry dulu. Jaundice jugak abangnya tu ! Prolong Jaundice sebab susu ibu.

DAIM NAUFAL PROLONG JAUNDICE?


DAIM NAUFAL PROLONG JAUNDICE?


Bila cerita dengan nurse di KK aritu. Nurse akui juga. Mungkin sama gen abangnya. Lagipun 75% baby yang lahir akan jena jaundice.

SEBAB-SEBAB LAIN DAIM NAUFAL JAUNDICE


- Mummy dan daddy berdarah O
- Bayi lelaki
- Bersalin pagi (doktor cakap gitu..tapi, jangan tanya fakta pada mummy)

USAHA TURUNKAN JAUNDICE


Terima kasih pada yang prihatin pada situasi jaundice anak kami. Mummy tak bercerita sangat dalam FB dan IG kisah jaundice Daim Naufal. Mummy banyak discuss dalam group tertutup Kelab Bayi je. Memang ramai prihatin.

Mummy dapat macam-macam tips. Seperti mandi air kucai, kerap susukan anak, bagi anak berak kencing dengan banyak (seminggu 1 beg pempes habis,,kalau kata tak banyak berak dan kencing jugak. Huhu tak tahu lah !) Dan lain-lain tips. 

Yang belum cuba ialah mandian NURAZ je.

Tak pe lah..kita tunggu keputusan darah dan air kencing baby Daim Naufal lepas check up harini.

Bila anak jaundice ni...yang penatnya kena ulang alik klinik cek bacaan darah.

Doktor nak pantau supaya bacĂ an tak lebih 308 je. So far, bacaan Daim Naufal tak tinggi.


DAIM NAUFAL PROLONG JAUNDICE?


BACAAN JAUNDICE DAIM NAUFAL

Bacaan jaundice Daim Naufal ialah 240, 224, 196 dan 207

Manakala Dzal Aidi Fiqry dulu bacaannya ( boleh baca di : SINI )

Day 3 - 185umo/L
Day 4 - 92umo/L - discharge
Day 7 - 258umo/L
Day 8 - 212umo/L
Day 9 - 225umo/L
Day 12 - 214umo/L
Day 14 - 181umo/L


Mummy paling kesian kat daddy je. Ye lah..daddy baru je masuk tempat kerja baru awal bulan lepas. Macam tak best performance nya nanti.

Erm..tak pe lah, Allah jentik sedikit je ujian ni. Insyaallah..moga kami sekeluarga kuat hadapi ujian dariNYA. Insyaallah.

Korang doakan ye moga jaundice Daim Naufal tak ada yang serius. Dan cepat sembuh ;)

You Might Also Like

14 comments

  1. atototototo baby.. semoga semua baik2 saja..

    ReplyDelete
  2. semoga segala urusan dipermudahkan baby semakin sihat dan suami kak linda dapat pergi kerja dengan tenang. Enjoy masa berpantang kak ;)

    ReplyDelete
  3. Semoga tabah..

    Anak saya pernah masuk ICU akibat kuning..

    Just ikut saranan doktor pun boleh

    ReplyDelete
  4. bby akak pun lps balk hospital ada jaudice jg bila misi check hari 4... ms lahir ok sj... akak mandikan dia dgn air rempah... hari ke4 tu p check kat kk 175 hingga hari ke14 turun 67... br leh discharge,,, x selalu akk mandikan dia ada kala selang sehari.... daun tu daun inai dan mcm2 kot, sebab ia kering akak tak pasti ramuannya... beli kat sensei cina... then amal zikir Ya Fattah Ya Salam Ya qhafid, Yang Maha Menurunkan, Yang Maha Membuka Jalan Penyembuhan...

    semoga Daim cepat semubuh k...

    ReplyDelete
  5. semoga jaundice baby cpt turun dan hilang...Amin..

    ReplyDelete
  6. semoga baby daim naufal segera sembuh ye kesian dia

    ReplyDelete
  7. moga Daim Naufal baik2 saja ye dik.. cantik nama!

    baru tau antara sbb2 nya tu...

    ReplyDelete
  8. Alaa...sian baby Daim...semoga cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  9. anak2 jue ketiga2 prolong jaundice dekat sebulan.. stress betul dulu.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. Semoga baby cepat sembuh ya.. aamiin..

    ReplyDelete
  11. Semoga Daim Naufal sembuh 100%.

    ReplyDelete
  12. Darah o susah sikit kan...tak per ujian tu...banyakkan menyusu yer...bagi baby berak banyak banyak...hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -